Monday, February 27, 2012

Doa ku di dengar, Alhamdulillah.

Dulu benda paling risau sekali bila masuk kolej, mesti ingat pasal camne perangai roomates kita nanti. Sama kepala tak ngan kita, sama kaki tak ngan kita. Kalau boleh yg tak sekepala habislah hancur. Bukan nak cakap ape, kita ni dah besar,orang kata dah kena pandai jaga diri.


 Tapi, aku ni tak pandai jaga diri. Takut, kita muda. Jiwa tengah nak mencuba macam-macam. Silap langkah tersasar lah jalan. Sekarang aku dah sem 3, syukur kami(roomates) masih kekal dari sem 1 sampai skang. Kalau boleh dah tak nak tukar lagi. Biar stay sampai abis.


Doa aku Allah dengar. Aku tak mintak roomates yg cantik dan hot, aku just mintak roomates aku semua solat. Bila solat, kita sama-sama ingat tuhan. Jalan kita pun kat landasan yang betul.

Even kadang-kadang kita jugak ade buat salah. Manusia tak lari dari buat dosa kan? dalam sedar dgn tak sedar je. Dan yang paling penting niat kami sama, datang kolej nak belajar bukan nak cari jodoh. Tapi kalau terjumpa jugak jodoh kat sini, camno? sape tahu kan? hikhikhik..



Ok bai..ingat! senjata utama kita DOA.salam sayang!

Sunday, February 26, 2012

" SEGMEN : tambah follower sampai pengsan ".

Yeahh..yeahh..lagi-lagi segmen. Segmen ni kita bukan sekadar suka-suka nak tambah follower je tau? sebab aku tak mengharapkan follower, tapi aku mengharapkan orang baca segala pengisian dalam blog aku ni.


Assalamualaikum,oke! tak nak cite panjang. Jom lah..kita eratkan perhubungan di alam maya, dunia blog nie.Wahh..wahh..kita join segmen :)




klik banner atas kalau berminat nak join.

p/s: kalau anda rasa entri saya best anda boleh tekan follow. Saya mengalu-alu kan. Kalau tak best, komen pun jadi lah..muahhh!muaaahh!!



" Segmen : Jom blogwalking + follow "

Tangan menggedik nak menaip, tapi idea aku langsung tak bole pakai untuk update. Secara kesimpulan nya, kita join segmen dari blogger Sabah ni dulu. Oke!


Assalamualaikum, haihai!!




klik banner kalau nak join, taw??
saya tag:


Dan semua yg sudi baca entri aku.muahh! muahh!
jom join, cepat2...

-Bertuah saya jadi anak mak ngan abah-

Alhamdulillah, nafas aku masih panjang. Masih diberi nikmat untuk merasai masakan mak, padahal makan makanan kat cafe bawah tu je hah boleh. Suka menyusahkan orang tua. Anak sape la yg tgh menaip nie?




Nasi lemak mak ada kat sebelah aku nie, perut aku tengah bunyi krokk..krokk.. krokk..sekali orang dengar mesti ingat bunyi kentut busuk. Hahaha..








Mak kita cantik, abah kita kachak. Bertuah dapat mak abah sempurna :)..tak dapat pakwe handsome pun tak pe, tak jejas ape pun. Sebab bukan milik awak sampai bila-bila pun.kan???


Mak abah kita tuhan bagi pinjam kat dunia,  jadi hak yang kekal di dunia sampai akhir nafas diaorang untuk siblings kita yang lain. Bahagia~lalalalalala~


Bertuah kan jadi anak mak ngan abah.Sayang mak! sayang abah!





" MISS JAJA IS THE BEST "

 LYSSA FAIZUREEN, YUYU ZULAIKHA & BEN ASHAARI dapat pegi PWTC, untuk saksikan bicara minda bersama TUN DR.MAHATHIR MOHAMAD. Wahh..jeles kita..bayangkan aku kat sana jugak.Syiookk nya. Namun apakan daya, jiwa ini lebih memilih untuk setia jangan kemana-mana selain tanah tumpahnya darah mak aku masa lahirkan aku. Bumi kuantan bandar lestari ;). Alaaa..bumi tercinta si FATIN SUHANA tu.




Assalamualaikum, siapa gerangan orang nya MISS JAJA yang aku maksudkan di post title kat atas tu. Ehemmm..she is my inspiration teacher. Masa aku sekolah dulu, dia lah miss yang paling sporting even dia tak penah ajar aku, dia langsung tak sombong ngan student lain.


Dia Chubby dan comel. Dia punya semangat memang tinggi,saya tabik berspring-pring kat miss jaja.Hokeyy? baru tadi stalk facebook dia, then..terkejut sambil bangga kejap untuk miss. Aku plak yang bangga?entah hape2..


Wahhh..miss jaja dapat jadi official emcee kat majlis bicara minda bersama Tun Dr. Mahathir 24hb FeBRUARI 2012 hari tuu..tahniah miss! muka tengah proud ni.hihikhikhik :)










Semoga miss LIZZA IMELIA sentiasa maju dan berjaya dalam hidup. Saya pun nak jadi macam miss auuww...#auww tu ape?#..brilliant, gorgeous and awesome..!!






ok bai :)..love miss!

Saturday, February 25, 2012

Dua benda satu entri!

Panas.. cuaca sangat panas. Dari semalam lagi dah, ingat kan malam nak ujan tapi tak. Dah tak pasal-pasal mandi pukul 12.00 tengah malam sebab tak tahan sangat badan dah berpeluh macam orang lumba lari 400 meter. 4oo meter je? tak leh lebih dari tu, nanti tinggal tulang badan yang sedia tahu berat nya hanya lah 38 kg..hikhikhik :)


Assalamualaikum, dari aku bercerita kosong macam cerita kat kedai kopi, baik aku share benda yg boleh beri input sikit kat readers yg sudi baca entri aku kan?


Kepada wanita yang tidak menutup aurat, ALLAH berfirman maksudnya :
" Hiduplah dengan apa yang kau suka "
Allah melaknat wanita yang sengaja mendedahkan aurat nya kepada lelaki yang bukan muhrim.
Perempuan yang memakai kain yang nipis dan jarang untuk menarik perhatian lelaki bukan muhrim atau memakai segala yang mendatangkan keghairahan kepada orang lain maka dia tidak akan dapat mencium bau syurga.
Wanita yang jahat lebih buruk dari 1000 lelaki yang jahat.



Renungkan ;)..saya pun tak sempurna.^____^

Orang Bijak.

Orang kita memang suka cari pasal ke? suka buat onar, suka cari gaduh. Gaduh depan orang ramai tu satu je, Mahu publisiti murahan. Cara gitu baru cepat orang KENAL. Wahhh..budak tu Hot, suka cari pasal ngan orang.


Dah mula dosa aku mengunung, sebab ngumpat dia. Mulut aku ni memang lembik. Sedap je nak mengata orang. Yer, betul. Aku tak tipu, tu lah sikap buruk aku. Tapi kalau nak aib orang, tu jauh simpang dari jalan aku. Baik kan saya? Wekkks!


 Assalamualaikum, awak semua sila lah baca entri saya sampai akhir,( aku tgh buat muka simpati sangat ni) kesian kan? aku bukan nak follower yg beriban, tapi aku nak readers yg berjuta. Ape? entri aku tak best?

Memang pun, awak tak cakap, penulis blog ni dah tahu. Sadiss...pesan aku jangan yer kita jadi begoo atau bodoh sebab jantan. Jangan!

Itu semua keja orang kurang bijak. Jangan serah maruah dan harga diri kita yang tak boleh di nilai dengan wang emas berlian di muka bumi yang luas dan sentosa ni. Jangan goda lelaki dengan dengan baju ketat, sendat dan mekap over hantu dalam cite Melayu tau?

Jangan guna cara tu. Tu cara paling kotor sehh!! wekkss..tunjuk laa natural beauty awak tu. Muka cantik tapi tak pandai masak buat ape? tengok aku pun pandai jugak masak megi kari tambah telur,kau ada? 

Jimat duit bakal laki aku, makan megi je hari2.. sudah,sudah.



itu dia, kawan kita. yang saya kata sehidup semati tu, sehidup bersama ke class, semati bersama bila semua berbunyi dengkur time part tidur malam. Ngeh..ngeh..ngeh..

Friday, February 24, 2012

Kita lain. Awk lain

Lain orang lain cara, lain perangai lain rupa waras. Ade orang muka hudoh tapi baik, ada orang muka cantik perangai macam tutt..tuttt..so? muka paras tak penting. Hati baik mencerminkan wajah anda. Wekkk! aku tak layan org muka cantik tapi perangai busuk.

Muka cantik kamu, buat saya meluat bila kamu perasan kamu HOT. Tapi tengok dua kali pandang tak cantik mane plak. Sebab hati busuk dah mempengaruhi. Bisa tak bisa mulut..aku hudoh, aku tau.!!

Assalamualaikum, sini meh baca entri aku. Dah banyak cakap buruk baru reti bagi salam. Ape kau ingat aku hantu SUMPAHAN KUM KUM ke? cite tu entah ape2! seram memang seram nama pun cite hantu kan? tapi tajuk cite tak logik arr..tak de kena mengena langsung ngan hantu yang nk muka cantik pahtu pakai susuk.ngeh..ngeh!

Ok, intro aku sudah lebih. Masa jawab test LAW tak de plak kencang macam ni aku tulis kan? kan? PRACTICE MAKE PERFECT!! nanti final insyaALLAH kalau dah terbiasa tulis benda2 panjang macam ni, confirm aku angkat tangan mintak kertas lebih nk jawab exam. Angan-angan aku tahap kritikal la agak nya. Macam tak logik plak aku buat gitu.

Sebab munasabah, aku memang separuh hancur la bab LAW ni. Serius!!! test aje pun aku dah nak pengsan kena hafal tajuk yg baru masuk 2 bab je. Dah tu camne? camne? cite cket! cite dia senang, AMALKAN AMALAN MEMBACA. tu KEYWORD dia.

Ingat kan aku sorang je yang derita pasal LAW ni, rupa- rupa nya: indah khabar dari mulut. Nak diceritakan betapa kami,( roomates) aku begitu menghargai masa yg ada sejak dua menjak ni tido pukul 2 pagi bangun awal pukul 6 pagi.Ahhh! awal pekebenda nya? untuk bertungkus lumus menjayakan buku Commercial Law agar dapat di manfaat kan dengan sebaik mungkin. Kan?




Tu dia, Anna liana. Untung nama komersial kan? si dia ni lagi jadi macam orang separuh sihat, kalau melibat kan benda2 yg kena baca2 dan hapal2 nie. Sian aku tengok. Tak pasal2 bangun pagi ari tu demam mengejut! dah kenapa? semua gara2 LAW lah. Nasib baik kita ade kan..**tetiba**.



Hahh tu dia. Kak ADDA kita. Bab cinta2 boleh mintak tips dari dia. Pandai berlakon ni. Boleh menang award rasa nya. hikhikhik..adda, kalau terbaca ni, jangan marah ea!!! gurau sikit2 je nie. Esok lusa saya buat lagi. muahh,muaahh.


Baru ingat nak buat sesi berkenalan dengan ahli roomates aku merangkap kawan sehidup dan semati bersama bila masih diberi nafas bangun pagi2 untuk ke kelas. Tapi hampa. Entri aku dah lebih dari summary English aku masa SEM 1. Nanti kena potong markah,dah tak dapat A.*memang tak dapat dah pun*.


 Lagi sorang roomate tak leh kita nak kenal Sebab dia pemalu sangat kot. Kot? kot? nanti lah.Orang nya cun sangat lah. Kot!!!

Monday, February 20, 2012

Student Nama Nya!!!

Tension betol bila dengar ade test dan quiz. Alamak! masa tido dah kurang. Kena bangun awal pagi sebab nak ngafal semata-mata. Kena bersaing secara sihat lagi dgn kawan2 yg lain. Hadoii..semangat datang la menerpa hidop aku sekarang!!!




Assalamualaikum, my mata's~


Arghhh! bila nama nya student penyakit migrain agak-agak memang harus di alami kot. Tension tak yah nak cakap. Tapi nak mengeluh banyak pun tak boleh jugak kan? sekaligus minggu ni ada 4 test. Tak pe la, pengorbanan tu orang kata biar lah ada. Takkan nak rasa berjaya dengan senang2 je kan? biar kita rasa susah nya mak ayah kita cari duit untuk kita, macam tu lah kita kena rasa sikit kesusahan untuk buat mak ayah kita happy bila kita dah berjaya kan?








TEST & QUIZ :
commercial law <====== yg ni aku rasa berat sikit kot. Kena ingat fakta dan kes2! huh! aku rasa aku silap ambik kos lah. Aku student Accounting kot, bukan student Law..hakhakhak!!

Grammar <======= InsyaAllah yg ni kena usaha banyak sikit ingat rules grammar yg madam dah bagi.

Pengajian islam <======== yg ni topic yg nak masuk test pun tak abis blaja lagi. Lagi kena gigih dan jitu.ngeh ngeh ngeh!!!

And the last:
Financial Accounting <================ muahh! muahhh! kat subjek ni. Suka sangat suka,walau aku tak la terror mana bab kira2 nie. Semangat tak aku?


Doakan aku boleh jawab dengan baik yer!
Salam sayang.
arifah!

Thursday, February 16, 2012

Gugur, jual, jual bayi???

Seronok dapat menikmati keindahan cinta bersama pasangan kekasih. Kau milikku, ku milikmu! rela,aku rela kan semua nya. Nanti lepas 9 bulan baru kita pikir cara apa kita nak buat dengan benda yg bakal hidup dalam rahim nie.




Assalamualaikum, my mata's <=========mata2 yg sudi tatap entri aku.








Tadi ada terbaca paper KOSMO! korang ada baca tak? ada tak? wahhh..melampau lah manusia skarang. Tak digugur dibunuh dan dibuang nya, ada plak sindiket jual baby. Sangat berperasaan manusia cam gini kan?


MAHAL woo harga baby ni. Yang berkulit cerah dan mempunyai sijil kelahiran boleh dapat dalam rm 20,000. Betul la kata ustazah aku, manusia skrang dah tak bertamadun. Atau mungkin mereka ni tak dapat bezakan barang dgn bayi, benda yg hidup dgn tak hidup.


Sia-sia Allah bezakan kita dgn makhluk lain, ada nya akal suruh kita berfikir, tapi manusia hampehh..Nak sama jugak dgn benda yg tak de akal tu. Macam mane la hidup. Nanti orang jual kau kat manusia yg tak bertamadun kat luar sana tu, yg pakai kain seluar dalam saja tu, baru kau tahu.


Haahh..nanti dia masukkan kau dalam periuk besar2, dia gulaikan kau baru kau rasa. Dia buat kau macam ayam KFC, sedap hingga menjilat jari, baru rasa padah dia.


Siapa kau nak berkuasa kat atas muka bumi ni. Cubalah berperikemanusiaan sikit. Kita ni manusia ada akal tau? kenapa tak guna baik2? nak suruh Allah tarik balik nikmat tu?





Wednesday, February 15, 2012

" Berjubah Hitam "

Kalau bijak biarlah seimbang dengan sifat rendah diri. Jangan ingat kita lah paling pandai kat dunia ni. Tu semua milik Allah. Kita pinjam je. Ingat! belajar bersyukur, jangan cepat bangga diri.


 Assalamualaikum, hahai my mata's!!!<======== mata2 yg sudi tatap entri aku.






Alhamdulillah, semester ni dapat rasa lagi debaran naik stage berjubah hitam. Ape? berjubah hitam? stage plak tu? ape nie? ape nie? aku bakal jadik pelakon teater ke? tak..tak..title gimik semata-mata. Semester ni saya masih dikurniakan COPA=College Outstanding Performance Award, atas pencapaian yg aku nak kata cemerlang tak lah sangat, kalau nak di bandingkan dgn teman2 aku yg lain.




Tapi bukan bermaksud aku tak bersyukur, kata nak puji kawan2 sekali..hikhikhik...harus rendah diri..Aku bukan budak bijak, tapi aku nak jadik bijak mcm teman2 aku yg lain, boleh? boleh? boleh kan...




Semua ni bukan untuk aku semata-mata, tapi untuk mak ngan abah aku. Aku nak mak abah aku rasa gembira untuk aku, rasa bangga untuk aku. Walaupun hakikatnya aku harus berusaha lebih lagi dari sekarang nie. InsyaAllah!!!

Sunday, February 12, 2012

Jaga hati jap!

Orang bercinta, aku nak bercinta. Gatal sangat dah tu! Biasa lah darah muda mudah nak ikut kata hati. Salah ke betul kira belakang cite la. Yang penting aku happy aku hebat. Kau ade?

Assalamualaikum My Mata's(readers yg sudi bg pinjam mata baca entri kita)

Aku pun remaja, nak rasa mengatal bercinta di alam remaja tu, normal. Macam aku jugak. Hebat nya kuasa cinta manusia tak de siapa dapat ungkapkan. Sebab tu ramai yang jadi mangsa KEBODOHAN sebab cinta.

Aku tak tunding jari kat orang lain, aku boleh ambik contoh aku sendiri je la. Tak tambah dosa aib orang kan? Pastu bila dah putus, alamak nya macam dah hilang punca hidup. Konon-konon sanggup terjun bangunan, gaduh sikit bunuh diri.

Dengar sini aku nak kata, kata kat aku sendiri je la, sape nak dengar jugak pasang volume kuat2 sebab takut tak dengar. Awat lagu tu? sebab aku bukan tgh bercakap aku tgh menaip mana kau nak dengar kan?


Kalau putus cinta, jangan bunuh diri tau, bunuh CINTA orang yg dah sia-sia kan hidup kau tu. Jangan bunuh orang plak nanti tak pasal-pasal kau pun terbunuh kat penjara. Nak ke gitu? tak yah rasa menyesal sangat la bila orang dah tak nak kita. Rasa relaks2 suda..


Yakin je la suatu hari nanti Allah kurniakan seorang laki-laki yang sah dan bergelar suami kpd anda dengan yang lebih baik,handsome dan soleh dari jantan-jantan haram korang yang sekarang nie. Masa dah ade ikatan yg sah, haram dah tak timbul bila nak pegang-pegang tangan nanti.kan??


Sabar..sabar. Jangan tunjuk kita HOT ade pakwe handsome skang. Belom tentu kau kawin ngan dia kot. Jumpa 10 tahun nanti tahu2 pakwa hansome awak2 tu dah ade anak-anak bini cucu cicit dah. SIA-SIA je bagi sentuh  tu, bagi sentuh ni dulu-dulu? nyesal. Suami aku dah dapat bekas orang punya. Kesian tak? kesian kan. Jom jaga maruah diri!




salam sayang,
arifah!

Friday, February 10, 2012

Segmen : Tiada lama tiada baru..

Esok cuti, so..sambil juling mata buat mind map Commercial Law, aku good,good kan minda aku jap malam nie. Aku nak join segmen lagi nie..hahhh!!!


Assalamualaikum and heyyo readers..!




5 BLOGGER LAMA YG AWESOME!!


~ Blogger cun nie kot, muda lagi! sama umur ngan kita la~


~Blog simple, dan penuh bergaya. Blogger asal negeri ngan aku la. Kuantan, Pahang!


~Man blogger! entri abg Ben ni semua ringkas tapi padat kot. Semua kena!~


~Wahh...blogger gojes nie. Memang suka la baca entri cik epal yg selamber derkk je ni~


~Blogger pahang jugak nie, suka share pasal fashion2 nie, biar aku tak terror mana pun bab2 tu.hahaha~

5 BLOGGER BARU





Siapa follower ke-150 aku? tengok jap!

Macam nak lompat sambil baling je lappy comel pink aku nie! nak tahu kenapa? kenapa? serius,keterujaan sangat tadi. Tapi tak lama, sebab takut nanti orang ingat aku sawan.


Assalamualaikum and heyoo readers!


Aku kembang hidong jap tadi, mana tak nya blog naif aku ni, telah difollow oleh abg yang entri nya  selalu berani mati nie..hikhikhik!!!




nampak tak sape? klik untuk pembesaran!
BEN ASHAARI kot!
Hehehe! babai!

Salam sayang,
arifah!

Thursday, February 9, 2012

Entry Bergambar " Hotspring".

Bila baca entri aku? orang kata: haisshh! bajet budak baik je kau ni kan? sikit2 entri nak nasihat orang,sikit2 entri ingat tuhan. Ape aku kisah? selagi benda tu baik untuk aku dan orang lain, aku dah tak peduli mulut jahat orang!

Assalamualaikum, heyoo readers!

Aku tahu tak semua suka entri nasihat orang lain kan. Tapi aku suka, sebab aku budak jahat. Tapi kali ni nak sharing is caring photo aku ngan family kat HOTSPRING SG.KELAH,PERAK!
Telek bawah jap,


~kesayangan aku~




~anak buah mak jang~




Bakpe muka aku gitu? sebab kaki aku kena celup ngan air panas kat situ..




~kenapa gamba sama je? nak buat camne, keluarga bahagia katakan!




~seronok nya kaki kena celup air panas,happy melampau sangat!~




~Meena bulat idong tepet mcm mak su,hikhikhik~





~for the last: inilah saya! manusia di muka bumi ni yang mendambakan kedamaian~
bukti: pose sy tak lari dari "peace".

Wednesday, February 8, 2012

Bila saya lupa.

Bahagia nya hidup! tak yah pikir ape, hidup aku tgh senang ni, tgh bunga-bunga nie. Lupakan! lupakan!

Assalamualaikum and alololo readers!

Kadang-kadang tiba2 hati rasa berat, tak senang. Buat tu tak kena, buat ni tak kena! pernah rasa tak perasaan macam nie? then, korang pikir tak nape tiba2 benda tu jadi kat kita?penah tak?

Yess..aku sangat dan pernah merasai nya, bukan selalu tapi kadang-kadang. Tapi kalau selalu lagi bagus kot aku rasa? kenapa aku cakap mcm tu?mesti ada reason kan?

Aku duduk kejap, then aku pikir balik ape yg dah aku buat dua tiga hari nie. Nape hati aku tiba-tiba rasa berat tak senang hati. Bagi aku senang je jawapan nya. Aku dah mula lupa Dia. Siapa Dia? Aku dah mula lupa tuhan!!!

Nak-nak sekarang tgh musim aku cuti solat. Lagi aku jadi lupa diri kan? Dah nama nya hati tgh bahagia, dan bernama seorang manusia, mudah lupa diri. Sebab asyik2 dihimpit kesenangan je dua tiga hari nie.

Dan kerana Allah itu sangat penyayang, aku selalu dapat merasai setiap peluang yang Allah berikan untuk aku, bila mana hati nie akan kusut, dia ingatkan aku. " Tak ade ape kat dunia yang susah bila kita pikirkan akhirat ".

Dan masa tu aku sedar rupa nya aku dah jauh tersasar. Aku lupa rezeki yg Dia limpahkan untuk aku, aku lupa kurniaan nikmat yg Dia anugerahkan untuk aku. Aku malu, kenapa bila aku susah aku ingat Allah tapi bila senang? Aku lupa ALLAH.

Tu lah aku. Insan yang bernama manusia.


# rindu sahabat-sahabat aku #

Salam sayang,
arifah!


Thursday, February 2, 2012

Usaha dan tawakkal seiring!

Nak dikira selama 2 sem aku belaja subjek yg memerlukan perkara-perkara yang kena hafal dan mengingat mesti lecturer bg makan suap kat sorang-sorang. Manja kan kami? tahukah anda apa yg aku maksudkan dgn makan suap kat atas tu? adakah ia nya rasuah? maaf seribu maaf, kerana salah tanggapan anda itu..




Assalamualaikum, heyyyo my readers!


Hahhh..maksud makan suap kat atas tu kira macam bg HINT la ape yg masuk kat test atau quiz nanti. Tapi sayang seribu kali sayang, sem ni lecturer kami sudah tidak memanjakan kami seperti kanak2 tadika lagi. Harus study semua, tak de HINT2 dah. Padan la ngan muka aku.


"tiba-tiba ada muka aku"

Nak diceritakan, hari ni kami ade quiz COMERCIAL LAW..So, dgn tak de bekal hint nya seperti sebelom2 ni, kami main hafal je semua #tak de la hafal semua# tapi aku nk kategorikan semua jugak aku hafal dan baca, kalau faham tu kureng la sikit. Mana tak nya, law ni subjek belit2 tau, sebab tu kebanyakkan org India Namaste saja yg expert dalam bidang2 law nie?
tak caye? gi la buat rombongan ke mahkamah atau tempat yg sewaktu dgn nya.




Baca punya baca, hafal punya hafal..yang masuk nya dalam quiz tadi, ibarat makan biskut kongsi sepuluh orang, sikit sangat yg kami baca masuk....jap!*korang faham tak ayat keling aku nie* dah macam Rani mukherjee cara penulisan aku kan? kata terror law! cakap harus kekelingan. tak gitu?






But, tak bermaksud quiz kami failed tadi. Syukur Alhamdulillah! orang kata usaha dan tawakkal tu biarlah seiring. InsyaAllah tuhan tolong. Allah tu Maha penyayang kat hamba-hamba dia. Takkan Allah mempersia-siakan usaha hamba nya nak berjaya dalam penuh pengharapan kita pada Dia supaya diberikan kemudahan dan kejayaan kpd kita kan?
Tu lah tanda Allah sayang kita. Dia tak beri kita gagal pun, cuma kalau kita tak execellent dalam quiz tadi ada hikmah nya sendiri. 






Mungkin Allah nak kita berusaha lebih lagi dan Allah tak nak kita cepat berpuas hati dgn satu benda yg kita rasa dah boleh dibanggakan. So..kawan-kawan sy yg failed untuk quiz tadi, Dont worry ok!Allah masih beri kita peluang, jangan sia-sia kan. Make sure USAHA+TAWAKKAL= BERJAYA DUNIA AKHIRAT!. babai..




Salam sayang,
Arifah!
 
© Copyright | All Right Reserved | Edit By SehijauBlogRA