Saturday, March 31, 2012

Cite Dulu dgn Cite Skrang !!!

Assalamualaikum...

Zaman sekolah rendah dulu, cite korea mata sepet ni tak brape nak ngetop lagi kat Malaysia, dulu-dulu manusia kaki TV suka layan hindustan kan? kalau takat-takat lagu Har Dil Jo Pyar Karoege ngan Kuchi-Kuchi Pampers Hei tu semua dah terror nyanyi sambil joget lepas tu berangan kau Shah Rukh Khan, Aku Kajol kau plak yang rambut panjang tu RANI anak Pak Cik Mukherjee...





Sekarang dah kurang dah..kalau dulu yang hidung mancung kulit separa gelap jadi siulan, sekarang yang mata sepet kulit licin pulak yang jadik pujaan. Dulu semua pelakon dustan aku kenal skrang tak main arr, skrang aku dah terror hapal lagu SORRY..SORRY! GEE! GEE!  nak kata kenal tak Syahid kappor ,langsung jawab, tak kenal arr...kiteew kenal LEE MIN HO,boys over flower je.. Zaman- berzaman...





Tapi kan zaman aku dah 20 dekad nie, femes plak cite hantu kan? kihkihkih..tapi apesal lah hantu2 dalam filem tak femes cam artis korea ngan hindustan?Ingat kan aku boleh lah hafal-hafal nama hantu kat dalam filem tu, tapi semua tak lekat dalam kepala..





Anda suka layan genre yang macam nie???

Friday, March 30, 2012

" Habiskan Wang Itu Normal "

Assalamualaikum...

Ape lah erti nya ada duit berkemuk-kepuk dalam bank kalau tak dihabiskan? Ehh..membazir tu amalan satan ya? hehehe..Aku dan kawan yang lain dah tekad untuk kuar berjalan-jalan sambil mengalirkan wang ke arah pembaziran sebagai tanda untuk membalas budi kat diri sendiri, untuk study secara HARD..HARD..DAN HARD untuk quiz LAW pada hari isnin ni.. Wahhh...!





Sehinggit je bayar, urut-urut saraf otak ngan kaki, sebab pikir dan jalan kesana-kemari nak berbeli-belian..hehehehe....










- Semua kita pakai duit yang kepuk-kepuk tu untuk beli nie semua..(macam duit gaji sendiri je)






Sekian berita kewangan hari nie: hasil duit mengalir entah kemana hari ni tanpa aku sedar..

Thursday, March 29, 2012

" Rambut kita ada api lah "

Assalamualaikum...

" Ramai sungguh wanita yang cantik di mata zahir lelaki,Namun tidak ramai yang cantik di mata hati ".

Ini diari perkongsian aku, jadi aku lebih prefer untuk bercerita apa yg aku rasa di sini dr fb. Maka nya, tak de lah yang ramai tekan LIKE status kita yang jiwang dan yang entah hape-hape tapi nak jugak menaip status kat fb tu.

Sebelom tu, dengar dulu apa aku nak bagitahu nie: aku bukan yang bijak berkata-kata bilamana aku buat bajet nak nasihat orang. aku bukan alim ulama' untuk menampakkan segala tindakan aku nampak sempurna di mata semua orang. Aku bukan semua tu..


Cuma nya, di sini aku nak bagitahu..aku benci tengok orang yang ada ilmu agama tetapi sikit tak amalkan dalam hidup. Ya..aku sangat benci. Susah sangat ke nak jaga rambut dan body dari pandangan lelaki di luar sana tu?


Mak ajar kecik-kecik, tutup aurat nanti masuk api neraka rambut kena bakar. Tapi bila dah besar mungkin jadi macam ni agak nya " mak tipu je tu rambut kena bakar, rambut tu kan mahkota, jadi harus tunjukkan dan bangga dengan rambut ku yg ibarat mahkota ni kat seluruh kawan dekat fb tu. Ehhh..tak tahu ke rambut atas kepala awak tu berkutu? kutu memang suka datang kat tempat kotor dan terbiar nie.


Jadi jalan mudah je, buat pun dapat pahala sebab wajib,bila tak buat sia-sia dapat dosa sambil garu-garu kepala sebab kutu bersawang kat situ..Euuuuuwwwwww!!!! Tolong la sayang wahai muslimah. Kita ni dulu-dulu orang tak nak hidup2 tau bila dilahirkan.


Disebabkan nabi kita, Wanita ni di angkat darjat ketinggiannya.. tak bersyukur ke? taat perintah Allah, ikut suruhan nabi suruh jaga aib sendiri pun susah ke?bukan untuk orang lain pun, untuk kita-kita je. Tak pun supaya Abah kita tak kena soal dalam kubur kenapa tak suruh anak tutup aurat dulu? awak boleh tolong jawabkan nanti ke camgeni :


Ehh, suka hati aku la, rambut aku beRENBONDING mahal-mahal kot, kubur pun lain-lain, dosa aku pun kau tak tanggung,alaah.jeles la teww rambut kita lawa.


Hakikat nya macam tu la: bila ada yg menegur dia kata jangan jaga tepi kain aku boleh tak? kau, kau, aku, aku...tak pun dia cakap kita jelez ngan dia. Haah..memang kita jeles pun ngan awak..Ehhh, sory sikit, nak tanya nie, ada ke manusia berakal yang jeles tengok orang yang kena bakar rambut dia nanti kat neraka? ce jawab jap.orang yang berani melanggar perintah tuhan tu?


Ingat kita pun duduk di bawah naungan Dia tau? bila-bila masa bumi akan hancur dan hilang dan masa tu dah tak guna nak cari shawl ke, nak cari tudung bawal 2 tone, namblas tone, nak cari tudung saji pun dah susah masa tu..


Ingat jangan sampai terlewat!!!

Tuesday, March 27, 2012

Blog itu menarik!

Assalamualaikum..

Berhenti untuk update jap 5-10 minit.Sebab skarang memang tengah bertungkus lumus habiskan suara untuk speech PUBLIC COMMUNICATION SKILLS esok. Hahhh..semput! tak tau dah nak berhenti kat mane.

Blog is interesting! tu tajuk yang aku pilih untuk esok. Kira memang aku cite semua pasal blog lah. Apa yang menariknya pasal blog nie kan? dan ape kelebihan dalam berblog nie. Aku pilih tajuk ni sebab aku berminat nak share ngan classmates aku pasal benda ni. So, kalau boleh biar diaorang berminat untuk berblog macam aku.

Sepatutnya speech ni aku buat last week, tapi sebab lecturer aku busy sikit so, ditangguhkan untuk minggu nie..hohoho!!! nebes arr..takut arrr..doakan kita ya? boleh? sayang kamu(my followers and readers) kerna anda saya update!

Then, terima kasih sangat kat Lyssa dgn Ben Ashaari, sebab dulu aku ade usha-usha nak interview diaorang untuk speech nie, tapi tak bape nak jadik pulak. Sebab aku pun sibuk sangat minggu lepas dan minggu nie.Ok? sibuk ape ntah! biasalah hidup student, faham-faham lah kenapa ya? internet kat umah pun sangat lah lembap masa tu..haishh..




 
gambar curi dari : google!

Lyssa ngan Ben Ashaari ni bukan blogger sombong lah.. Saluteee!!!! dan aku dah jadikan diaorang sebagai ikon blogger untuk speech esok. Selain diaorang, adalah beberapa blogger yg memang aku suka ngan blog mereka-mereka nie, then aku pun akan memperkenalkan mereka-mereka yang otai ni kat membe-membe class aku esok.

Sampai sini je ya? tak nak taip lebih-lebih, nanti ape yg aku nak cakap esok, aku boleh lupa.Ngeh~ngeh~ngeh....

Salam sayang,
ARIFAH!


REALITI #1..

Assalamualaikum..

# Tidak selamanya yang bernama manusia hidup dalam kesenangan, pasti akan ada terselit sedikit kesusahan dan kepayahan yang aku gelarkan ia sebagai "ujian".

Ujian Allah itu nikmat, jangan dipersoalkan mengapa kita bodoh? mengapa kita miskin? mengapa kita dibenci?mengapa selalu musibah yang datang menimpa-nimpa pada diri kita?

Pegang satu kata dari ayat AL-Quran nie :
Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan mengikut kemampuanya.
Ujian itu seolah-olah bagiku menandakan Allah rindu untuk kita bertemuNya, Allah rindu untuk melihat kita di atas sejadah cinta dan Allah rindu untuk kita berdoa, meminta dan merintih kepadaNya .

Bilamana kau merasakan kau dalam dalam kesusahan, dan kau sudah jauh dariNya, kembalilah menjadi hamba yang sentiasa mengharapkan kasih sayang dariNya..itu kunci untuk kamu bahagia dunia akhirat.


Salam sayang,
ARIFAH!

Monday, March 26, 2012

I LOVE YOU!!

Assalamualaikum...


Perasaan cinta yang lahir terhadap seseorang bukanlah tanda kita akan memilikinya. Namun kadang-kala ia muncul sebagai ujian dariNya buat kita, ingin melihat bagaimana kita memelihara, mengawal dan mengurusnya. Perasaan cinta itu amanah, dan amanah pasti akan di hisab oleh Allah s.w.t.

Sunday, March 25, 2012

" Doodle Pink ygComel "

Assalamualaikum...

Lepas penat menaip keja LAW tadi, keja ye? bukan penat menaip blog..ngee~ rasa macam nak bukak blog. Apa? segmen apit yang aku join kemarin dulu tu, yg free dapat doodle tu, dan sekarang dah dapat hasilnya..jeng..jeng..jeng..





comel tak? gegurl tak? sopan tak? semua nya tak?? suka..suka..suka..rugi tau sape tak sempat join..tak pe! apit nie memang suka buat segmen macam nie, kalau ada kesempatan, korang join lah..ok bai!! thankz ya apit

Sekadar khayalan saje.

Assalamualaikum...

Haram menjadikan wanita kekasih jika anda tiada niat untuk menikahinya-ustaz azhar idrus-
 " cinta itu buta " . Maka dengan word yg sangat famous amous nie aku bangkit dari tido untuk menaip dan menceritakan bagaimana cinta itu menjadi buta, terus gelap tak nampak hape-hape.

Bilamana tangan aku mengetip papan keyboard ni, dan share pasal isu LOVE IS CINTA ni, orang akan melabel aku sebagai " budak separa matang yg tak tahu hape-hape pasal cinta. Ya, mungkin itu betul.

Tapi umor aku dah sampai dua dekad, jadi aku tak sia-siakan hidup sekeliling aku tanpa mengambil kiri kanan pengalaman dari kalangan yg terdekat sama aku. Bagaimana manusia kadang-kadang menjadi hamba kepada cinta?


Aku fokuskan untuk semua laki dan pempuan. Bercinta itu tak salah, yang menjadi salah bila anda melakukan perkara yang dilarang Allah dalam pergaulan anda. Ya, bercinta tu salah bila lafaz akad nikah belom lagi terkeluar dari halkum boyfie anda.


Mencintai dan dicintai itu lumrah! nak-nak kita pempuan ni kan? perempuan memang lemah bila terdengar kata-kata manis dari lelaki. Sebab kita perempuan berjiwa lembut dan halus. Nak salahkan wanita sepenuhnya jugak pun tak boleh bila hal-hal anak luar nikah ni berlaku. Dah sampai ke tahap tu plak aku masukkan. Stoopp!


Bertudung tapi berpegangan tangan, bertudung tapi berpelukkan, bertudung tapi bercumbuan. Aku sarankan cabut saja alas atas kepala anda tu jika tudung yang anda pakai tu langsung tak menggambarkan anda seorang wanita muslimah. Sebab bila perkara macam ni jadilah orang akan label islam itu tak indah. Sebab anda,yang aku nyatakan kat atas tadi.


Suka bila ada yang memuji kecantikkan kita, yelah.lelaki mana tak puji awek's sendiri kan? kalau tak, tak de kemanisan lah dalam perhubungan couple tu? yedakk?pujian tu lah buat kita dalam dunia khayalan percintaan nie. Nak-nak satan dah jadi perencah dalam masakan bak AJINOMOTO, melazatkan makanan.
Boleh pandang-pandang,jangan pegang-pegang duduk renggang-renggang bertambah sayang biar malu-malu biar segan-segan kerna malu itu perisai orang beriman.

Yeayh! kita sambung cerita, kalau kamu berdua, aku yang ketiga,aku penambah perasa akulah pendarab nafsu serakah, hai teruna bikin perangai selamba hati si dara kata tak apa,berani buat terima padah kalau tak sedia ucap syahadah.
for the last:

boleh pandang-pandang, boleh pegang-pegang,duduk rapat-rapat nanti confirm dapat.jangan malu-jangan segan-segan..(sambil satan gelak jahat hahahahaha! akhirnya aku dapat jatuhkan kesucian islam)

Rasa bersyukur tak satan dah gelakkan kita macam tu? Dan rasa segan tak tuhan dah kasi nikmat hidup dapat lahir dari rahim ibu korang yang suci, tapi korang buat keja kotor? cuba pikir..malu tak? ke tak malu? kalau tak malu juga, mungkin pintu hati nak terima kebaikkan dah terkunci rapat.

Pergi balik cari kunci tu dengan Allah s.wt.. mintak bukakan hati kita balik yg mungkin kita tak sedar rupa-rupanya dah bnyak titik2 hitam yg tertampung kat atas tu.

Segmen : Farah Alias nak review blog saya

..Assalamualaikum..


klik banner kalau nak join

Cepat join sebelom close date, ok?
SELAMAT BERSEGMEN!!!

Saturday, March 24, 2012

Terima kasih kepada blogger ini !!!

Assalamualaikum...

Yeayy..saya ade header baru. Nampak macam kemuda-mudaan sikit kan? comel tak? saya curi tu. Hehehe..dulu curi template dari blog tutorial lyssa, skrang aku curi header dari blog apit plak, hehehe..

Bukan aku tak nak usaha buat sendiri, tapi aku dah try buat..error je kejanya. Aku bukan dari kalangan blogger kreatif kot. Ape pun time kasih yer kpd blogger di atas. Diaorang memang suka bg freebies kat followers ngan readers diaorang tau?

Bertuah kan jadi follower lyssa ngan apit nie. Tak kedekut ilmu, selalu share tutorial untuk semua blogger. Ok, tak boleh puji lebih2 nanti aku dilabel kaki kipas!

Dan untuk blogger CIK ENA, time kasih sgt untuk header yg free tu. Even simple tetap lawa. Nanti saya gunakan yer..! cik ena memang terbaik sudi buat header free untuk sape2 yg request semalam.Terbaikkk!!!!!

Ok,bai..sampai ketemu lagi. Muaahh! muahhh!


Friday, March 23, 2012

" SNSD kat kampung aku "

Assalamualaikum.



Ramai peminat SNSD tak kat sini? hahh..suka tak diaorang datang Malaysia? korang pegi tak konsert tu?

Aku? aku pun minat jugak, layan juga lagu2 SNSD nie, tapi tak la fanatik sangat. Tapi boleh masuk la ngan muzik kpop nie. Aku lebih berminat pada korean drama sebenarnya dari muzik Kpop.

Korang plak? suka muzik korea ke drama korea? share la ngan aku..hehehe..
Tapi ingat tau? nak minat tu boleh tapi jangan fanatik sangat. Lebih fanatik kat Nabi kita tu lagi baik kan :)just reminder!

Hahh..komen la, korang suka lagu ape group SNSD ni? aku paling enjoy ngan lagu lama diaorang tu lagu GEE..hehehe..



Segmen: Saya suka doodle.

Assalamualaikum..



Comel kan doodle kat atas tu? kalau nak, anda kena join segmen dari apit nie. Cepat tau? nanti terlepas rugi..hehehe..
  • nama ringkas : arifah
  • kaler feveret : semestinya warna keperempuanan PINK. hehehe..
saya tag:


" Kehilangan "

Assalamualaikum.

Mati tak kenal usia, bila dah sampai malaikat izrail untuk mencabut nyawa, maka roh dan jasad akan terpisah. Kita tak sama nasib di alam sana. Bergembiralah insan-insan yg sentiasa melakukan kebaikan dan taat kepada penciptaNya.

Hari aku juga akan tiba, begitu kamu yang sedang membaca. Ya, amalan yang dicatat di bahu kiri ku mungkin lebih berat dari bahu kanan ku. Tapi, keindahan dunia tu selalu buat aku lalai mengingati MATI..

Syukur pada Allah kerana nyawa mak dan abah ku masih bersatu antara jasad dan roh. Entah macam mane perasaan aku kalau aku terpaksa merasai kehilangan tu. Tapi aku yakin,  kita yang dijadikan dari tanah akan kembali juga di tempat asal kita, tanah!

Bila ingat balik apa yg jadik kat  roomates aku buat aku terpikir sangat, macam mane hidup tanpa mak abah di sisi ye? pedih nya tak de orang kuat kat samping kita. Lebih-lebih lagi bila kita masih ada adik-adik yang kecil.

Aku tahu dia kuat nak hadapi benda nie, tapi kadang-kadang kita akan ingat juga benda tu. Perasaan sayu kehilangan tu memang susah kita nak elakkan lebih-lebih lagi benda tu baru singgah dalam hidup kita.

" MENANGISLAH WAHAI HATI "

Menagis tu tak salah, kerana air mata yang turun berjurai di pipi itulah yang meluahkan perasaan yg tergambar dalam hati kita. Saidatina Aisyah R.A juga pernah menagis bila mengingati takutnya akan neraka pabila mati kelak.

" Neraka tidak akan menyentuh pada insan yang menangis di malam hari kerana takut kepada ALLAH "

Wednesday, March 21, 2012

" Rentetan Trip Ke Parlimen/ entry bergambar "

Assalamualaikum..picha kat bawah ni, akan aku jadikan memori dan modal untuk aku bercerita kat anak cucu cicit aku nanti, yang bakal nenek dia nie dulu ahli parlimen ngan kaki jalan..hikhikhik..







mase ni tunggu bas cakap nk dtg pukul 6 tp 6.30 baru sampai>



 < nie bukan kat parlimen oke, tp kat SOGO yg macam kuantan Parade, hikhikhik..>


 < pinggan nasi aku gaya orang kebulur kan >

 < pegi shopping gedik2 kat jalan TAR jap..hehehe >


> hudoh benor muka aku gitu >


> golongan wanita's =)<

 < golongan jejaka's>







< Lecturer LAW aku yg baru nikah >


< Rancangan masakan bersama CHEF ISMAIL,Ngeh..ngeh..ngeh.. >




 < Kenangan bergambar di restoran rebung CHEF ISMAIL >


 < Kami :)>


 < subuh2 dah kebulur nak bergambar..hehehe>



< Parlimen Malaysia >









Picha kat dalam dewan persidangan parlimen tak boleh ambik, so..ini je yg termampu..


MEMORIE DIPLOMA IN ACCOUNTANCY SEMESTER 3

Contest : Aku suka makan coklat.

Assalamualaikum.




kenapa saya suka makan coklat?

Coklat tu manis, jadi bila saya makan coklat muka saya yang tak manis ni, nampak lebih manis bila makan coklat. Hari-hari diselubungi dgn test dan quiz, so tension sangat2..jalan mudah saya suapkan je coklat dalam mulut saya. TENSION pun hilang! coklat kawan baik saya =)

Saya tagged :




"Semalam "

Assalamualaikum.

Penat seharian kat KL semalam dah beransur pegi. Syukurlah..teruja, gumbira seronok semua aku rasa bila aku dapat  pengalaman masuk parlimen Malaysia dan dapat tengok sendiri ahli2 parlimen berdebat.

Panas sangat isu yang dibahaskan semalam. Salah satu nya pasal projek LYNAS kat bandar gebeng, Kuantan nie. Tapi aku kat sini, bukan nak menyambung bahaskan pasal benda tu lagi. Cukup aku tahu yang sememangnya aku dalam keadaan berfikiran masa hadapan.
Ape yang akan jadi pada bumi kelahiran aku nie..?

Sedih pun ada semalam. Ikut perancangan batch aku semalam kami dapat pergi ke mahkamah tertinngi kuala lumpur untuk tengok sendiri camne perbicaraan dalam mahkamah dilaksanakan. Tapi hampa, terpaksa dibatalkan.

Sebab, kami terlalu kebulur makan kat restoran rebung Chef Ismail kat bangsar sampai tak sedar masa rupa-rupanya berjalan tiktok tiktok dengan pantasnya. Tak pe la =) tak de rezeki kot nak pegi.

Yang penting perut aku suka hati semalam sebab dapat rasa sendiri masakan chef Ismail yang memang sangat sedap. Tak sia2 bayar mahal2 kan? hikhikhik..tapi sayang tak sempat bergambar dengan chef, kawan2 aku yang lain semua dapat bergambar ngan dia. Aku tak sedar bila dia orang tangkap gamba, masa tu aku tengah solat kot.


Taip punya taip..ohhh..rupa-rupanya entri aku dah memanjang gila. Nanti kan orang malas pulak nak membaca nya. Pepun, tunggu next entri oke? aku tepek gamba banyak2 masa aku kat sane:)..

P/S: tak nak tunggu next entri pun tak pe..hikhikhik..ok!tipu! tunggu tau !



#tudung kita beli rm5 semalam kat jalan TAR.#

Thursday, March 15, 2012

Makin berkerut.

Tipu je kan tajuk entri. Alhamdulillah, anak buah aku semua dah besar pendek kurus kering macam mak cik dia..Entri ini tak special apatah lagi menarik hati. Nak tarik readers memang kena buat ayat bajet rendah hati macam kat atas tu kan?


Spoil mood je. Nak cite benda happy terus melayang-layang baca intro pun dah gedik kemain..nak pelempang tak tuan blog? auuchhh..please jangan buat ayat bajet macam tu lagi.


Kenyang! Makan nasi hujan salji pun dah. hujan salji? silap, aku ingat aku tengah dating dengan pemuda korea tadi siap bersalji bagai. Nasi hujan panas sebenarnya. Tapi aku makan tadi tak de plak datang sekaligus hujan panas nya.


Nyumnyumnyum kek mahal SECRET RECEIPE pun dah.Arhh..berlagak kau makan kek mahal. Sebelom ni makan kek kat kedai sungai wang kat kuantan tu tak kecoh pun. Publisiti mahalan ye cik kak?


Ehh..tak la. Saje nak menggedik dalam blog nie. Boleh kan? Btw..tujuan utama entri ni ditaip bukanlah untuk merapu seperti perenggan kat atas tu pun. Kita kat sini nak tepek picture nie je kat bawah, hahhh..sudilah menjeling kat bawah nie:

I
I
I
I
I
I
.....................................................................................................


*kamera tak berkualiti, maka hasil gambar nya macam tu lah*

HAPPY BIRTHDAY RAZIQ AMSYAR SWEET-4

*kemain kau tiup2 lilin ea*
hensem letewww........

* kabur kabus je gambar*
naik grrrr pulok aku nengok nya.

Ok,bai..takut merapu lebih jauh. Aku noktahkan di sini je.

Tuesday, March 13, 2012

Sebab budu aku update.

Ye, aku tahu, tajuk entri boleh mengundang perasaan muak dekat orang. Ape kau hingat aku nak baca sangat ke entri merapu rabun raban nie?


Ahhh..sudah! tak nak baca, aku terima. Update tetap kena update. Hari-hari kena share dengan diary teknologi canggih ni pasal hidup aku sehari-hari. Nak memuaskan hati semua readers dan follower memang tak termampu lah..


Asal berblog kena ikhlas kan? cukup memuaskan hati sendiri pun dah oke :). Lama nya tak mengomel di sini, macam-macam jadik dalam hidup aku. Tak ngan hidup aku pun berkait dengan orang terdekat ngan hidup aku. Maksudnya, otometik jadi perencah kehidupan aku lah.Ayat berbelit-belit, aku yang baca balik pun susah nak faham.


Sebab budu aku update! haah..sebab aku nak heboh kat satu dunia yang tak makan budu tu, sebenarnya budu ni lagi lazat dari kek indulgence SECRET RECEIPE tu tau? nikmatnya makan budu tu tak tergambar oleh perasaan, hehehehe. Tambah 5 pinggan pun tak pe ; )


Budu busuk? heyyy..budu pun boleh buat orang cantik. Tak caye? pegi search sendiri kat GOOGLE.Betapa dalam seminggu ni aku alami hidup sebagai manusia, macam-macam benda aku dapat Ye, sebelom nie aku rubah dalam cite korean yang orang duk menggila tu MY GIRLFRIEND IS GUMIHO. tengok tak? kalau tak penah dengar tu bukan fanatik korean la kot. Lupakan pasal orang luar negara tuutt..


Balik semula ke alam nyata. Baru-baru nie aku mengalami keadaan dimana memang aku tak terjangka. Mak roomates aku meninggal malam jumaat lepas. AL-FATIHAH. Semoga mak ADDA ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.Amin.


Sedikit sebanyak benda ni, buat aku terasa kehilangan jugak. Sebab kita rapat ngan dia, so..sometime kita dapat rasa ape yang dia rasa. Aku doakan semoga kawan aku ni sentiasa kuat semangat walau orang kuat dalam hidup kita dah pegi tinggal kan kita. Sesungguhnya Allah itu sentiasa bersama-sama dengan hambaNya. Kita rapatkanlah diri dengan pencipta kita. InsyaAllah, kehilangan yang kita rasa sekejap tu akan beransur pergi.


Panjang nya karangan kita,akhirnya terluah..titik noktah dah sampai, ok bai...

Thursday, March 8, 2012

" MegaGiveAway By Penmerah.Com "

Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia tak sape yang tahu.hikhikhik.. :) Assalamualaikum..jom ikut kita join segmen dari blogger PENMERAH nie..






~Klik banner kalau nak join~

DITAGGED :




Lebih kurang 60 hadiah untuk dimenangi, so..peluang korang yang join ni insyaAllah boleh lah agak-agak nak sambar satu pun dari hadiah2 yg banyak tu.ok?..cuba jangan tak cuba join..^___^

" Berliku kiri kanan jalan aku "

Haahhh..sape budak sekolah kat sini? sape budak lepasan STPM kat sini? kembang lubang hidong besar2 cepat! tak pe..tak de orang ngadap pun. Jangan isauwww...lilek..lilek..isauww tu ape? tak tahu? pegi tanya budak2 bijak.


Balik main topic, hahhh..sape budak lepasan STPM? Pandai ea korang diam2 je. Tak nak share ke flying colour result anda2 tu.Ecececeh..flying colour result konon,GEDIKK JERR..english education aku broken@patah.Hikhikhik...


Assalamualaikum,reti pun bagi salam. Syukur Alhamdulillah,kawan-kawan saya semua nya dapat result yang sangat memuaskan. Tahniah,tak sia-sia usaha korang yer. Semangat korang memang tinggi,aku tabik tinggi-tinggi lah.


Kita dah di jalan yang berbeza skrang. Tapi tujuan kita tetap sama. Ingat tu!! menuntut ilmu  untuk berjaya dunia akhirat. Aku kat sini,korang kat sana. Dulu kita sama2 berjuang nak pegi perang kat dunia STPM ni, tapi aku serah diri awal. Sebab aku tak boleh pegi jauh dengan keadaan kita masa tu. Kita-kita je yang tau camne kan :)


Tapi aku kat dunia kolej KPMIM nie masih terus berjuang dalam DIPLOMA IN ACCOUNTANCY. Doakan aku berjaya sampai degree dan seterusnya yer. Kelakar bila ingat balik,yang aku nie memang anti gila dengan kerja kira-kira ni,tapi orang kata inilah jalan yang ALLAH dah tentukan untuk aku. Aku bersyukur = ).





Ini gambar kurun ke 18..muka sesuci embun pagi lagi kn?
Tahniah Ain for ur result.







Yana bulat pun Tahniah ea? nie gambar aku dalam private helikopter aku punya..hikhikhik..
kaya nya aku??? Yana, jangan leka sangat ngan dunia tau? sayang yana!

Wednesday, March 7, 2012

" Bertukar template dari LYSSA FAIZUREEN "

Ehhh..blog sape nie? bila dia bersalin kulit? kulit lama blog ni kena penyakit kulit ALBONO laa. Kesian kan? sedap mata memandang aku nengok. Kemas je walau nampak simple gitu2 kan?


Sebenarnya nie FRRE TEMPLATE dari blogger comel LYSSA FAIZUREEN kat tutorial blog dia tau? murah tak murah nya hati si LYSSA comel nie kan? patut la rezeki dia dalam berblogging nie bertambah-tambah..


Tocehh..tocehh,lyssa. Saya curi dengan keizinan dari lyssa untuk template yang cute dan kemas ni..Hookeyy? muahh..muahhh cikit kat lyssa! Auchhh..geli tekak orang lain baca kan? so sorry ye readers semua..


Nanti nak make-up kan sikit blog ni guna tutorial dari LYSSA biar nampak class gitu. Jangan lupa kunjung-mengunjung ke blog naif aku lagi lain kali yer. Japp..button FOLLOW nak kena tunggu orang tekan je.


Ape keterdesak sangat aku ni. Gaya macam dah kempunan pengikut nampak lagak nya. Ya sudah lah..saya enggak paksa lah..hikhikhik..ok bai..muahhhhhhh!
  

Tuesday, March 6, 2012

" Aplikasi Hidup "

Tajuk atas tu macam aku bakal jadi pakar yg sangat bermotivasi kan? very very bermotivasi..keja aku hari2 memang kira duit orang, duit syarikat,rugi untung tak orang tu.
Dengar macam ,Ehhh, kau ni bajet hebakk lah. Diam boleh tak?




Lecturer aku yang cakap cenggitu. Kira duit orang, tapi duit aku sendiri yg selalu negatif. Korang faham tak maksud negatif kat situ ape? mehh..nak explain cara mudah lagi tepat. Negatif tu membawak maksud duit poket aku selalu rabak pada waktu yang bukan sepatutnya.


Faham tak maksudnya camne? adoooiiiii...duit yg sepatut nya aku labur untuk alas perut kecik aku yang sopan nie untuk aku isi hari2 dgn lauk yg sama kat cafe KPMIM, aku dah gune secara haram..Mampuss lah! Duit aku dah hangus beb.


Duit aku mengalir..slow..slow..slow macam nie:


Semalam aku tak jumpa tudung yg match nk pakai ngan baju pegi class hari nie, jalan mudah ===> member dekat bilik ade jual tudung bawal plain 2 tone then ade plak tudung kaler match ngan baju aku nak pakai..tuuut...lenyap. Hilang RM10.




Ehh..nak mesej orang tu lagi, orang nie lagi.Orang busy mcm aku memang..jalan pintas ===> bilik jual topup dua tiga langkah je dari bilik aku. So..hulurlah RM5 beli topup CELCOM.
Aisseyyman! kedekut nya. RM5 je? haah..5 je..sebab kita pakai number yang jimat tuutt..
pengguna bijak kan?


Sebagai seorang yg dah mempunyai firma sendiri, jadi duit aku adelah dah abis dalam RM1-3 untuk print out semua keja2 aku..hikhikhik..habis beribu riban dah duit aku nie. Tak layan perut kalau tengah meradang boikot hidup aku suruh sumbat jugak nasik dalam tekak lagi. Sekali aku makan, semua benda aku nak bedal..nasib perut aku not to be tong gas lagi..hakhakhak...!




Ehh..ape ni? ape ni? tiba2 keluar picture ni..Sudahh..!!!





Nampak serabut macam aku kan?



Kalkulator adalah kawan baik aku :)



nur cahaya matahari melimpahi tudung yg baru aku beli semalam.:)

Sunday, March 4, 2012

" MR. M "

What should i do when Mr.M is very interested in me? I'm already fall in love with him. Ohhh..shit! english broken! jom alih bahasa,lebih mudah nak bebel, tahukah sekalian makhluk di alam bumi Malaysia musuh utama aku dalam hidup selain syaiton adalah Mr.M..


Walau aku tahu, tatkala aku dilanda kesedihan Mr.M lah yang selalu menemani aku. Masakan tidak, bila aku nangis Mr.M selalu bagi advise kat aku camnie " heii, budak kering, layan lah kesedihan mu itu, keja-keja yg belom settle tu, bila kau dah rasa rajin, baru kau buat".








Dahsyat benor pujukan Mr.M, sampai aku terlanjur dengar kata-kata manis dia tu. Hahaha!!! kan? sebab hari hari dia teman aku. Hari-hari oke? dahsyat kan? tu lah erti CINTA SEJATI yang tak mampu ditandingi oleh cinta sesiapa pun included ROMEO V JULIET apatah lagi SI LAILA DAN MAJNUN. Apesal keluar lagi bahasa penjajah kat bold tu? tension betul aku.


Arghh, sudah! sudah! atas keputusan mahkamah, aku jatuhkan hukuman Mr.M tak boleh DAN tak akan boleh mendekati si budak comel yang nama nya NUR ARIFAH selama nafsu rajin nya masih melekat dalam diri nya? TOKK! TOKK! Tu dia tukul hakim dah berbunyi.






Tolong ye, pak M..Kita banyak keja nie, jangan la kacau kita.pegi,main jauh2.bila aku dah settle semua keja nak cium peluk aku pun boleh ye Mr.M @ Encik Malas..muahhh! muahhh!



Friday, March 2, 2012

Bukan hiasan di sidebar semata-mata.

Luaskan dunia blog anda. Biar penulisan kita dihargai. Ramai yang join segmen terbaru dari BEN ASHAARI kan? oke..dah tamat tempoh pun :) sape suruh tak join??


Assalamualaikum selamat pagi,oke pagi.Sedar-sedar lah malam anda sudah berlalu dalam pukul 12.00 tgh malam tadi.


Ok..kita nak cakap bloglist yg kita dah join dalam segmen abg BEN tu bukan sekadar suka suki nak buat hiasan kat sidebar je tau? sudi-sudilah singgah kat bloglist yg dah saling tawar-menawar tu.


Apa guna abg BEN buat segmen berlambak-lambak camnie, tapi kita sendiri tak nak lebihkan usaha untuk promosi kan blog kita. 








Psstt..jangan lupa komen entri, kalau bestt tekan button follow kat sidebar tu. Kalau entri hampeh,tak pe aku tak paksa..chilll!!!

Thursday, March 1, 2012

SEGMEN BEN ASHAARI : BLOGLIST APRIL 2012.

Assalamualaikum...




Jom klik banner atas tu kalau nak join.

Apa guna ada medium perantaraan macam blog ni kalau tak di kongsikan input-input yang berguna kan? Sharing is caring,kalau anda rasa blog ni layak untuk dijadikan hiasan dan bacaan di bloglist anda, jom kita buat tawaran sekarang.Hookey?? hehehe...


Bagi blogger baru dan follower yang masih ciput macam aku, nie lah peluang yang BEN ASHAARI dah bagi untuk kita promosikan blog kita sendiri. So,join lah ramai2 dan pakat2 lah buat tawaran yer..
 
© Copyright | All Right Reserved | Edit By SehijauBlogRA