Thursday, June 28, 2012

ambil kesempatan

Assalamualaikum,


Buat baik berpada-pada, buat jahat sekali dua jangan sekali. Buat lah banyak banyak kali kalu orang yang buat kita memang tak reti duk senyap senyap.


Dengarin, aku kabarin sama kalian. Kita kalu orang buat baik, tolong hargai, bukan meminta balasan wang sumbangan, cukup kalian hargai dan ingati.

Tapi manusia berjiwa kejam, pantang ada yang menghulur, mula ambil kesempatan. Pantang aku bagi ayam goreng celup pasar minggu, kau minta ayam KFC, apakah? apakah ?

Tu mujur aku nak bagi, kalu tak? jangan buat muka selenge macam aku kat atas tu. Kau jangan buat buat tak endah. Tangan yang menghulur lebih goodgood dari tangan yang selalu mintak dihulur tau ?

Mana tak kencang hati, kalu diri diperlakukan sebegini. Bila kita buat jahat orang mengata, bila kita buat baik ada pulak durjana yang sesuka kalian menagih simpati kemudian ambik kesempatan.

Aku cincang dalam blender air Cool Blog tu nak tak ? auummm, aku garang nie, aku berang nie. Jangan caye sangat ahh dengan gambar aku kat atas tu an ? nampak sememeh ayu seposen dua.

Tuesday, June 26, 2012

Aku masih di sini

Assalamualaikum para reader's, stalker's malahan pada membe tak membe secara langsung dan tak langsung.

Aucak ! aucak ! ehh..baby pun boleh main cak cak dalam blog kita :0 Setelah berhari hari beserta beberapa minggu aku secara rasmi menjadi pekerja part time Butik Welcome yang tak bape nak welcome, maka ku rasakan hari hari semakin cepat berlalu dan menghilang. Kuantan Parade sudah menjadi rumah penginapan ku dari 10 pagi sampai lah 10 malam. 


Bosan ahh nengok Kuantan Parade hari-hari, betul ! cepat ahh cepat ahh 7hb.aku mau blahh nie. Ayat bapak kuangajar kan ?


Dapat gaji kita cabut. Surat behenti dah rasmi hanta semalam. Hakhakhak :)



Zura, merangkap rakan sekerja, seumur, kami punya ketinggian sangat tipis berbanding yang lain. Tapi dia punya lemak lebih dari aku. Lihatlah kaki ku yang ramping ala ala keding tuuuwww...


Kiera, cantik mata awak. Hakhakhak..kuangajar. Kiera sokmo K.O kalu bab snap. Mencik ahhh. 
Bedasarkan rajah di atas, siapakah yang lebih muda usia nya ?
Jika ada yang menyatakan budak keding tudung merah mak ngah, maka betul lah tekaan anda.

Tepat berdasarkan pendek nya aku. Tapi mengikut kalendar tahun monyet, yakni tahun gua dilahirkan, 1992.Aku lah sebenarnya yang lebih tua di situ.

Ya.. ya..ya..aku tau. Nampak muda kan? gunalah bedak kompek kepak kepak kepuk kepuk berbrand kan PIXY. Pasti wajahmu akan kelihatan muda seperti aku.

Ok, ini sekadar berbasi basa bagi melepaskan gian ketagih menaip entry, sampai ketemu lagi.

Al maklumlah gua skang sudah kerja. Masanya sangat suntuk untuk menaip secara lebih agresif dan teratur. Babai.Salam.

Thursday, June 21, 2012

Ben Ashaari dan Saya

Assalamualaikum...



BEN ASHAARI DAN SAYA
Blog saya suka baca, blog yang santai. Bukan saya je yang suka baca orang lain pun sama kan ? blog yang tak bosan dan ade lawak lawak sikit cam blog kupukupu kecik.Saya juga lebih prefer pada blog yang banyak beri tutorial dan tips berblog. Mudah buat saya dan yang lain kan? Penulisan blog yang paling saya suka haruslah jatuh kepada blog Honeykoyuki dan jugak Pyka Rahmat atau lebih dikenali sebagai blog NINJA PAKAI TUDUNG.. best !
Senang cite, blog yang simple menjadi pilihan saya :-)

" Rezeki Copa Lagi "

Assalamualaikum.. mula nya kata esok kuar result final semester lepas, ehh..kita baru nak try cuba test perasaan berdebar debar kekonon takut arr nie..tau tau je gedebuk dah kuar arinie..


Syukur masih punya rezeki untuk berpakaian hitam lagi, bukan hitam berkabung orang mati 7 hari 7 malam tu..tak..tak..



Maaf gua memang hancur masuk macroeconmic, gua bilang awal awal jangan kasi gua pegang ini punya negara Malaysia.. sah hancur! ekonomi dunia bakal meleset dan gua juga bakalan mati kebulur..hewwheww...

next part :
-rezeki ini bukan milik saya jika bukan kerana Allah. Dia pemberi segala rezeki di muka bumi ini. Saya akui saya bukan lah di lahirkan seorang yang bijak pandai, tapi ingin saya nyatakan DOA ITU SENJATA BUAT SAYA BERJAYA walau tak mencapai tahap 4 flat, tapi ini sudah cukup buat saya, jika ditakdirkan inilah rezeki terbaik dari Allah buat saya :-)

-buat mak abah, maaf jika saya selalu merunsingkan kamu berdua dengan sikap saya yang kadang kadang agak-agak menjengkelkan bukan agak tapi memang ya ! doamu jua penguat saya selama ini :)

-buat para pensyarah, terima kasih atas segala curahan ilmu kepada kami. Tanpa anda, kami bukan lah budak akaun yang hebat. sayang para madam dan sir saya sekalian. heeheeee..

-buat teman seperjuangan, yang berjaya Alhamdulillah..yang tak berjaya, chill bebbb! usaha. Kita tak behenti kat sini, hidup masih panjang jika ditakdir tuhan. Bersyukur dengan apa yang kita dapat.

-buat Anna, Imah, Adda dan Mimie, kerana anda saya menjadi budak yang sangat sebati ngan dunia kalkulator nie, tanpa perkongsian ilmu dari kamu semua, siapalah saya..sayang awak ketat ketat.

Monday, June 4, 2012

Ohh..baru tahun 1.

Assalamualaikum...

Sebenarnya malas upadate, tapi tak boleh ! tak boleh ! kena jugak..Ini aku, budak kuat marah tak pasal-pasal. Bangun pagi, entah nape tetiba aku pegi pungpang pungpang kat anak buah aku sebab main benang mak aku tengah jahit..memang orang macam aku tak leh buat menantu. Arggghh! ayat miang ada disitu :-)

Ehh, kenapa ahh ? tak sampai bulan lagi ni, bahana setan arr nie. Ace pegi main jauh-jauh sikit. Tak leh ke nengok aku ni jadi budak baik skit :)* kenyitkenyitmata*

 terkejut beruk, beruk pun tak terkejut macam aku. Ehh..siapakah dia ? namanya Nur Adawiyah, tapi dia kata dia tak suke nama nie. Katanya lagi dia nak nama mak aku, tau tak nama mak aku ape ? ohhh.. FATIMAH, sungguh ayu, lehernya jinjang..ye! dia cakap gitu. Katanya lagi nama dia tak best, cam tak komersial gitu arr..huahuahua :-) dia juga merangkap mak su kecik kepada anak anak buah nya yang punya 5 orang tueeeeww....panjang sedepa plak intro pasal dia..


 Ini gambar aku snap masa dia tengah rajin buat homework, kalau tak haram jadah lahh..malas macam aku ghupenya. Ada geng ! sep sekali, pakkk ! ada patut dia suruh aku ngajor nya dia. Sebutir sebutir dah duk ngajor dia nie.  Demand plak mintak ajar sambil pasang lagu..banyak kepet punya hidung...


Gara-gara over dengar lagu, aku suruh lah dia tulis pebenda yang aku nak sebut.
aku : menaiki basikal.
maksu kecik :(sambil dengar lagu, tangan pun bergerak sekali)
aku : nada tengah mengeja- b.a.s.i.k.a.l
maksu kecik : ape kak epah ?
aku : b.a.s.i.k.a.l (laju-laju arr nie aku sebut, macam expert sangat bab bab eja nie )

aku pun tengok la kat buku dia eja camne. Mana aku tak marah, dua tiga kali aku sebut, baham dia, ngeja nya basikal gini ghupenya -basilak-
jauh sangat beza nya.. Memang kena jerkah ngan aku la budak nie...

Pastu esyah adik bawah aku nie pun menegur la aku, hok mu duk marah ke dia " ehh..mu sedar tak dia darjah bape baru ?
hahahaha..aku baru sedar, mak su kecik baru darjah 1, tapi cara aku ajar macam dia nak ambik UPSR dah esok... siann..

Lepas tu, dia bagitau mak" malas belajar ngan kak epah, kuat maroh sokmo*ganu kita* takut adik..

Huahhuah..nasib la adik, dapat kakak kuat marah cam aku nie..hahahaha ^__^

Sunday, June 3, 2012

" Raisya Ameena "

Assalamualaikum...

Eh, selamat dah aku bercuti dua hari jaga budak cinonet bawah nie..

 Esok pagi si debab ni datang rumah cam biasa. Mama dia dah start keja esok. Papa dia tak balik-balik lagi pegi Vietnam, agaknya bila abang long aku dah balik, Meena dah tak kenal sape papa dia..huwaaaa !

 Camne lah ko ni tak debab, mulut tak reti kenal kenyang.. makan je tau :)


Whatever ! mak jang tetap sayang Ameena. Muahhhh ^__^ jangan nakal sangat, penat mak jang nak jaga, mak jang dah arr sekepeng, bukan macam Meena tommbammm kebabom !!!

SPECIAL FOR YOU :

Pemenang Segmen Describe Your Header

Assalamualaikum...
Pemenang 1 :

Header yang serius buat arifah jeles sangat. Cantik ! jom terjah blog scha. Bukan scha Al yahya ya ! SCHA LALALA nama nya :-) Mesti terorr esei ni kan ? hehehehe ^___^ kemain dia buat karangan. Terbaik !

Pemenang 2 :


Header yang lain dari yang lain. Betul-betul santai ni. Apa yang Yumida explain tentang header dia memang sangat kena dengan gambaran nya :-) tahniah !

Kepada pemenang bolehlah claim topup anda di alamat email arifah :
nur_saranghae92@yahoo.com..
jangan lupa email arifah oke !

Saturday, June 2, 2012

Senarai peserta "Segmen Describe Your Header "

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, akhirnya segmen arifah yang pertama dah pun tamat dengan jayanya. Tepuk tangan ! tepuk tangan..clap ! clap ! clap !

Walaupun sambutan nya tak sehangat HOT FM, tetapi ada jugak yang sudi join kan ? makasih !

SENARAI PESERTA SEGMEN DESCRIBE YOUR HEADER

Group 1 
Group 2
Group 3
Group 5
Sebelum arifah umumkan pemenang explain header terbaik, arifah harap anda semua rajin-rajinkan lah berblogwalking di blog peserta segmen ini :) jom :-)

Pemenang nya akan arifah umumkan esok tepat jam pukul 12. oke ? 12.30, kita nak tengok MELODI.. hehehehe..

Pemenang dua orang ye !
first : Topup RM 10, Review blog dan blog hebat anda akan arifah abadikan di bloglist HEBAT arifah.
Second : Topup RM 5, Review blog dan blog ohsem anda akan arifah abadikan di bloglist HEBAT arifah.

Salam sayang,
arifah :)

" Segmen : Describe Your Header "

STICKY POST !!! SCROLL KE BAWAH UNTUK ENTRY TERBARU!


Assalamualaikum...

Pengumuman !!! oleh kerana saya sedang bercuti semester selama dua bulan tanpa kerja tetap, maka terhasil lah segmen saya yang pertama buat julung kali nya..maka mudah lah untuk saya berblogwalking sambil folllow mana-mana blog yang berjaya mencuri hati saya..arghhh ! sweet nya.....


SEGMEN : DESCRIBE YOUR HEADER
Semua tahu kan header blog sangat memainkan peranan yang sangat penting untuk pengunjung berminat untuk membaca entry kita-kita di blog :). Jadi segmen saya kali ni sangat mudah.menarik.dan ada hadiahhhh!! syokk nya...
SYARAT-SYARAT SIMPLE :
  • WAJIB, sunat untuk follow blog arifah. Sekiranya anda suka dengan penulisan saya maka dialu-alu kan untuk follow. Tiada paksaan :) Sekiranya anda tidak berminat untuk menekan butang FOLLOW, anda haruslah sentiasa berkunjung ke blog saya untuk mengetahui perkembangan terkini tentang segmen ni, ok?
cara penyertaan:
  1. Buat satu entry " SEGMEN : DESCRIBE YOUR HEADER". Letak header saya di atas tu di dalam entry anda dan link kan ke entry ni.
  2. Anda diwajibkan letak header comel korang tu dan explain kan about your header tu tak lebih dari 150 patah perkataan. Ehhh...cam nak buat karangan B.M plak!
  3. Tag 2 rakan blogger,make sure mereka tahu : )
  4. LAST.. link kan entry anda di komen entry saya di sini sahaja oke? kat tempat lain, kena reject : )
Hadiah bagi peng "EXPLAIN terbaik":
TOPUP CELCOM/DIGI/MAXIS- RM 15 + BLOG ANDA AKAN DILETAKKAN DI BLOGLIST HEBAT SAYA..waaahhh! setanding dengan blog hanis jalikha gitu kalau anda terpilih..hehehehe :)

TARIKH TUTUP : 2 JUN 2012/9.00 MALAM..

Friday, June 1, 2012

Dilema ?

Assalamualaikum...

Let's click =====> HERE
Entry pendek : serius !

Ehh..arifah nak share satu tips berblog nie ? ehh..satu je? a'ahh satu. tak, tak bukan kedekut. Tapi tips ni arifah pegang, sebab ada betul nya.

TIPS TERBAIK DARI KILANG

  • Update entry time korang free dan happy. Betul ! bukan ape, time happy lah baru syok kita nak share something ngan readers kita kan :)
Korang suka tak baca entry yang sentap sentap mak nab, yang penuh ngan sumpah seranah. Nak marah kat orang lain, tapi dia update, kita baca sebab kita follow and kita plak yang terkena tempias amarah si blogger ni.

Ohh.. no ! no ! tak suke tak suke. Jatuh mood kita nanti tau. Mood pun ada jatuh jatuh ea? ingat kan hati je yang jatuh. ok ! Nice try :)
 
© Copyright | All Right Reserved | Edit By SehijauBlogRA