Wednesday, October 24, 2012

" BFF-F4 "

Hai, Assalamualaikum.

Cuti hari pertama aku bakalan berakhir, tunggu waktu beberapa jam dan saat lagi. Dan bila aku berada di sini (syurgaku rumahku) maka kiri kanan aku sudah tiada yang nama nya teman berjimba jimba siang malam malahan sebelum tido tengah malam pun kami masih bergelak tawa bersama. Wooow ! so sweet ! muahh, muahh *hug each other*.

Entry aku berkemungkinan mendapat A+++, sekiranya tajuk karangan pada hari ini ialah " ceritakan tentang sahabat karib, karangan haruslah tidak melebihi 1000 patah perkataan". Kren tangan I kalau habis 1000 words I kena describe bout my Bestfriendforever tiga orang ni ( bakalan aku ceritakan perihal mereka, sebentar lagi)

Manusia pantang kita buat baik dengan mereka, mudah dia nak ambik kesempatan. Bila kita kesiankan dia, dia pijak lumat lumat kepala kita. Siapa mereka? meraka manusia yang tak tahu nak hargai kebaikkan orang lain. Aku menyampah manusia jenis macam ni. Berlambak dah aku jumpa( tak tahu lah kot kot aku termasuk jugak dalam kelompok ni) kalau termasuk, im sorry. I janji I tak buat dah.

Manusia macam ni kan kan kan, suka ambik kesempatan kat kawan kawan aku. Cubalah bila orang buat baik, reti hargai sikit. Teringat cerita Ana, my bodyguard..tiba tiba aku rasa macam "eeeewww, orang punyalah kesian kat dia, dia boleh buat muka toyol kat Ana bila dia gunapakai barang Ana, dia tak pulang elok elok macam yang dia pinjam masa mula mula tu. *soryy, tak ade yang terasa kan*malas cerita panjang, nanti aku yang over nak marah orang, padehal Ana rilek je. Hahahaha *take a note* aku paling tak suka kalau orang buat jahat dengan kawan kawan aku. Hoookeeey??? sokayy lah kan, tiba tiba aku emo kat sini. Hahaha..Dah dah, balik semula kepada yang lebih berkait perihal tajuk entry aku sebentar tadi (macam skrip Wanita Hari Ini pulak )tak langsung..puihh!

Maka dengan ini, aku mulakan ;)


Are-da@syuhada-emm..emmm..ini dia Kak Ada kita. Ada suka gelak kuat. Dia punya gelak, kalau aku rasa benda tu tak kelakor pun aku boleh gelak sekali dengan dia sebab dengar cara dia gelak yang sangat lah overrr itu.(banyak pulak word "gelak" dalam mendescribe Ada ni) nampak tak apa yang sama? bukan kaler baju, bukan bukan...yaayyyh, kami punya ketinggian yang sama! hahaha#ehh, ketinggian apa benda nya#kerendahan yang sama la# hahaha...Hati Ada sedang berbunga sekarang(alaa..dalam hati ada taman), dan aku pun tumpang berbunga bunga untuk dia sekali.


Anna Liana- Aku rasa Allah kirim Ana ni memang untuk menceriakan kami berempat. Aku tak boleh nak emo marah secara kritikal bila Ana start buat lawak, kadang kadang lawak dia tu tak de lah bodoh mane, tapi bagi aku lawak dia boleh kalah dengan Mr Bean yang trolololol tuuu..hahahaha! Orang kalau tak kenal Ana ni, mesti akan kata Ana ni budak bajet*opss, sory Ana*nak tau kenapa? dia ni orang yang paling berani yang aku pernah jumpa. Kalau dia tak suka orang, laju je mulut dia "Sound" orang. Tapi, hati dia baik ;)hanya kami yang tahu.Mujur lah aku kawan ngan kau Ana, kalau tak mungkin kau salah sorang, orang yang aku anti kat kolej dengan perangai kau yang otai tu. Hahahaha :) but you are the bestforeverfriend i have. Kalau aku tension, dia lah tempat aku nak lemparkan jauh jauh rasa tension aku tu.


Eymah@ karimah- Tu dia, akak manis aku lagi sorang. Akak september, akak apa lagi. Hahhh, eymah kalau baca ni confirm geli dooo dengar aku panggil dia akak. Tapi itu lah kenyataan. Sudah ditakdirkan, I memang lebih muda diantara kalian bertiga. Hahahaha ;P Eymah suka ajar aku akaun. Sebab akaun aku bebal sikit. Dia ni memang kepala otak "nombor". Kalau Akaun tu, serah kat dia sorang lah. Ramai peminat dalam diam ni, hehehe. Sebelum tido tu, kalau tak bergelak ngan dia tak sah!Kami suka layan #Adam Hawa sama sama. Lepastu Eymah suka bentak marah marah kat Ain Hawani dalam cite tu sebab ego sangat tak nak terima Adam Mukhriz tu.Tension plak aku tengok cite ngan dia, overact lah pulak. Hahahaha ;P


Mula mula nak masuk sem empat ni, aku rasa dunia sangat tidak adil sebab kami dah tak dapat duduk sebilik lagi(gila kau, dunia tak adil terus aku bagi) rasa macam "alaaa..dah tak best ahh gini, dah tak boleh nak bergosip sekali" nanti susah dah arr nak story mory! padehal tak terpisah jauh pun bilik nya. Sebelah je kot. Haaha..Never mind, class still sama, group assignment tak menyempat kat orang lain dah. Memang tak berpisah lah. Selalu bersama :) ngeeee~ wa cakap sama lu, payah doo nak dapat group terbaik dari dorang ni.. sebab kami sekepala, seminda, seakal..Gituuu! tengok adil dan saksama..siap buat undian lagi sape first nak kena present Law...baru adil kan kan kan?

last last, aku yang first kena present. Terbaik lah :) I like, I memang suka bab bab bercakap depan orang ni. Rasa macam aku lah raja dimana yang lain semua kena dengar apa yang aku nak present kan tu, heheheheehe! osemm nya I*ini budak cakap bapak berlagak, sekeh kepala kan baru tau*

Dan ini lah kami. You are the best friends i have in the world ;D
Tiada ganti, special for you : Ana, Ada and Imah (my kakak kakak, uolsss)

Sunday, October 21, 2012

" Gomo Kelate Gomo "

Assalamualaikum

Selamat malam di susuli selamat pagi menandakan betapa aku gian menaip di awal pagi. Bukan penanda saya seorang yang jenis nak khabarkan secara tak langsung di blog, yayyyh ! Kelantan menang piala Malaysia..ATM kalah, kecewa.. Opss, sorry! saya tak gila bola. Sekadar berbasi basa tahu sape menang sape kalah kira up to date lah jugak kan? kan ? ATM kalah bukan lah bermaksud esok lusa kau dah tak boleh keluarkan duit kat mesin ATM lagi, tak tak... Huahuahua,,ini lawak tak bodoh, senyap ahhh.

Secara tak rasmi nya, TL Twitter dipenuhi dengan kewujudan bakat bakal pengulas sukan. Kau tak tengok live pun tak pe :P On twitter belambak boleh replace tempat Hasbulah Awang (tapi dia memang hebat)..hehehe. Siap mention minit ke berapa berapa lagi pemain jaringkan gol. Hebat tak ? hahahaha ;P Gomo Kelate Gomo !

So, sape penyokong Kelantan ? salah satu nya mesti tuan blog LOVE IS CINTA yang cun melecun ni kan ? sebab tuan blog ni asal nya dari Kelate.. aku suka stalk blog mekcah/hanisah/hazanis ni. Ehh, termention banyak pulak. Sorry !___!

Korang sokong sape ? aku sokong sape yang menang je..hahaha, jahat jahat. Tak ahh, kata tadi tak layan bola sooo..saya tak sokong mana mana pun, sebab saya lack of knowledge about football, sedih kan? kesian..hahaha !



Macam over je saya mengulas entry saya kali ni. Macam tak de point langsung. Abaikan, yang penting saya tahu Kelantan menang 3-2. Ok bye ! Assalamualaikum.  For the last, tahniah Klate !

Wednesday, October 17, 2012

Sign In 30 Minit

Sign in menyelit kejap. Esok lusa mungkin dah busy kalah kan Yb, tak hadap dah lovepinkylife.blogspot ni. Siapa nak ambik ganti, tiada siapa yang tahu password ;P

Mungkin dalam waktu terdekat, emosi aku tak tentu hala. Final exam dah dekat. Maka, jerawat aku mungkin akan bercambah dengan subur nya di permukaan kulit muka. Tak kisah la aku tampal apepun, kalau dia nak timbul, tetap timbul.

Makin tension, kerja bertimbun. Esok Presentation AIS bergabung Test COM meletup !Dah puas menatap nasib, tapi tak mampu berbuat apa selagi aku di gelar "STUDENT ". Sabar lah ;P

Bila aku tension, aku nangis. Aku tak suka nangis sorang sorang. Nanti orang bilang aku "mental disorder". Tiada tempat menadah air mata, selain mencari teman yang gila gila seperti Anna Liana. Dia punya otak pintar tapi dia sedikit gila gila. Dia tahu buruk perangai aku. Nak nak bab tension bila belaja, lepastu mengamuk, marah secara kritikal air mata pasti bercucuran, ya itu aku.Dan Anna, sedia memujuk ;P



Meena, mak jang dah lama tak balik umah, rindu bau rumah. Rindu bau Meena. Meena dah makin tombannn kan ? ok, rasa macam bebel sorang sorang je kat sini. Anak buah aku ni pun tak reti membaca lagi. Tension lagi !




 Sesepi aku di kolej profesional mara tercinta, aku tetap punya kawan sejati dan abadi. Bila aku bebal tak tahu apa, susah nak pick up madam ajar berbuih mulut, aku ada kawan yang sudi explain patpulohjuta kali kat aku. Hebat tak kawan aku ?Ehh, betul rindu kat Meena #tetiba#..tak pasal pasal..ahhh..lantak.



Dan aku, mungkin akan bersara dari melatih jejari untuk menaip buat beberapa ketika. Tapi, tak janji. huahuahua ;P sebab munasabah? revision week aku bagai nak gila, penuh dengan test dan quiz. Dan final bakal bermula 6hb November. Wish Me Luck :)

Friday, October 12, 2012

" Yana's engagement :) "

Assalamualaikum.

Tahniah yana, dah jadi tunangan orang. Tunggu masa je nak jadi isteri orang pulak kan ? Sorry, epah tak dapat datang. Tak pe, tunang je baru kan, nanti kawin confirm saya datang ambik berkat. Hahahaha :-)


SubhanaAllah, makin cantik yana sekarang. Lama dah tak jumpa..yana dah jarang text kita. Dulu selalu je, tau tau..yana dah busy sekarang.
Yana dah tunang, miera tunggu masa je nak jadi mummy. Yang lain, masih mengapai impian masing masing. Apepun, kawan tetap kawan. Saya takkan kawin selagi Ena dan Ayong tak balik lagi dari Jordan, dan saya akan tunggu kawan saya yang sama gila gila ngan saya, Sue balik dari Mesir, InsyaAllah :') doakan kita dapat jumpe balik. Bila dan di mana, saya tunggu. Kamu kawan dunia akhirat saya :)

Saya harap dalam tempoh yana bertunang, yana dapat jaga diri. Bertunang banyak dugaan, hati kena jaga. Bertunang bukan beerti kita dah halal dalam satu perhubungan.Jadi jaga hati dan perasaan masing masing baik baik eh ;P sayang Yana, muahh muahh !!!

Pss : kita rompak gambar dari fb adik nana :) hehehe.

Wednesday, October 10, 2012

Done, Mock Meeting :)

Assalamualaikum.

Selesai satu task subjek COM, rilek rilek kejap. Malam ni kepit balik dengan buku Management Accounting sebab esok ada quiz lagi !

Sangat serius muka aku. Bajet macam meeting betul ahh nie,dapat mark ok ! harus bersungguh sungguh :)
Nampak tak betapa peka kami bermeeting ni? sian muka Anna, tak nampak dalam gambar. Asik muka iteww je yang terprame kat sini, huahuahua ;P



 Sibuk nak bergambar je memanjang, tapi Alhamdulillah we have done it perfectly for our mock meeting :)
 Aku selalu nak bergambar ngan Eymah, aku nak tarik aura kepintaran dia dalam Subjek Akaun..ngeeee~

 My lovely Group, muahh muahhh!!!
 Peace in Black.
 Girls in Black: Adda, Mimie, Eymah, Mai, Anna and me :)
hello ! doakan kami study elok elok malam ni untuk quiz esok!
Ni kenapa tak cukup semua ni ? mana yang lain? ohhh..lupa, yang lain kena paksa jadi photographer ;P

Monday, October 8, 2012

"Say Hye, Kemaman"

Entry di taip buat kali kedua, mula mula aku taip tangan pantas tekan tab X, a'ah..aku memang rajin nak menaip pun !___!

Assalamualaikum.Hye Kemaman ! Aku ingat perjalanan nak Kemaman ni boleh release tension sekerat dua, tapi entah, naik heran tambah tension lagi ada kot. Sebab pegi sana tak plan betul betul. Kucar lana pun ade..watlek arr..enjoy jugak.

Plan nak pegi pagi, tapi tengahari jugak bergerak, janji melayu tak leh pakai sangat, huahuahua :) mula mula aku tak eksaited pun nak pegi Kemaman ni, tapi last last aku yang terover eksaited nya, apa sebab? tak dapat nak kesan.


 Sampai sampai Kemaman, kami sesat !__! kalau mak tau aku sesat, ada kena pelempang. Dari kecik sampai ke tua.. tu lah jalan aku lalu nak pegi rumah mak tua kat Terengganu! tu lah masuk masuk keta, tau buat bunyi dengkur je, tak reti nak teman abah drive ke hape..pastu mula arr sesat. Nasib ada orang kuat Kemaman call bagi direction nak pegi rumah Adda.(terima kasih A.B)
 Bagai dicita pucuk mendatang, sampai rumah Adda nasi seperiuk berlaukkan gulai ayam dah tersedia depan mata, Alhamdulillah siap siap solat, makan..kami humban Adda masuk Kancil kesyangan abah aku, bawak Adda sekali pegi jalan jalan bandaraya dia sendiri..huahuahua :)

 tanpa Umi, tak bergerak lah Kancil aku ke Kemaman. Harap kan aku, lesen pun tak dop! dengan ini, aku berjanji pada diri sendiri cuti sem kali ni, aku kena gagah jugak buat lesen, baru reti tak menyusahkan orang ! kan ? kami lah Power powerpuff girl (kemain double power tu)
 yaayy ! akhirnya sampai jugak kami ke Mini Zoo Kemaman yang dibangga banggakan sangat oleh kawan Kemaman saya tu ;p sila lihat gambar sebagai bahan bukti, saya dah sampai ke sini..hahahaha :p
 Belum apa apa lagi, dah sibuk bergambar !__!


 Gila wangi ahhh bau bapak gajah ni, boleh tanya? bape abad dah tak mandi ? orang Kemaman, tolong jawabkan..hhehehe, sorryy..gurau je :P


 Aku lihat dan amati gambarajah di atas,dan kurasakan aku lah manusia paling comayy kat situ..kan ? kan ? hahaha :)
 Geng kita pak Rimau ni, geng kuat marah !

 Hai, fitri Gaga..kita sama kurus slim..yang lain? semua buncit ! huahuahuahua :)



 boleh tahan besar jugak Mini Zoo Kemaman ni, ni bukan mini dah ni..ni bapak mini dah. Terbaik!
 Sape paling pendek, dia paling comel :P
 suka benor bergambar, dia tak tahu rimau tengah mengaum ngaum kat bawah jabatan gantung tu duk tengok kami kat atas..Muka steady, hati sentap ! hahaha..

 Gambar beruang gali tanah pun aku bahan ambik, lantak lah !
 aku cuba jugak cari Gozilla Kemaman dalam zoo ni, tapi tak jumpa :(
yang jumpa nya ni je hahhh ! hahahaha !
 peace ! peace ! peace ! bosan dooo ! ngehhh :P masa ni kami je bernama manusia duk kat dalam..yang lain semua dah tak de..kami masuk pun dah nak dekat pukul 5, nasib lepas masuk, keluar pun dalam pukul 6..sekejap je ronda ronda dalam ni. Tak puas ! masa memang suntuk habis. Habis berkejar dah nak gi sana sini.

 Badan kecik tak menghalang aku nak naik benda alah ni. Untung tak untung tak badan kecik? sebab tu alien kecik comayyyyyyyyyyy !!! hahaha..jangan marah.jangan marah.
 ok..bai :) kita dah nak balik..tskkk !___! tskkk...nanti ada rezeki aku jejak lagi. Terima kasih la cik Daa kita bawak gi Mini Zoo Kemaman ni..jom kita sambung pegi Pantai Teluk Mak Nik  plak :)
Babai kemaman, nanti saya datang lagi. Mak saya dah call patpoluhnamjuta kali dah risau anak dara dia tak balik balik Kuantan lagi. Mak ingat aku dah tak nak balik..hahaha..sepanjang perjalanan balik dekat sepuluh kali jugak aku ON CALL ngan mak, kalau tak sampai 10 tu makna nya aku tipu sunat ahhh tu. Tapi, serius tak tipu. hahahaha...sorry mak, ya..tau! mak risau..mak mana tak risau anak dia tak balik balik rumah lagi kan. Pulak tu malam tu kitaorang sampai lewat jugak.

Dengan sesat jalan nya, harap kan si Azan, tanya sekali je nak lalu jalan mana ni, sekali tu lah dia bagi jawapan,salah jugak jalan nya ! tak leh harap langsung kau ni kan..haishhh!

Papepun, saya happy dapat keluar ramai ramai ngan kawan. Tapi Anna tak dop, kalau Anna ada mesti lagi best kan ? nak jumpa orang pun tak jadi,sokaaay lah ! 

Nanti kita Terengganu pulak ramai ramai ehh? jalan jalan sana plak !

Sunday, October 7, 2012

Perasaan seperti apa ?

Assalamualaikum.

Tidur..sentap. Hati tak sedap. Kenapa mata tak boleh pejam. Paksa, hampa..tak jadi apa. Barangkali memikirkan quiz akaun jumaat lepas. Aku jawab ikut suka, atau jari aku yang tulis ikut suka. Malam sebelum nya, pulun study semua, sambung plak sejam sebelum quiz, tapi jawapan yang dijawab tak segah macam yang aku study malam tadi.

Fikir sejenak, ohh..mungkin ini jawapan, kenapa semua jadi kalut.

1. Aku banyak mengeluh !

2. Aku banyak bergelak tawa-ketawa matikan hati !

3. Aku banyak memikirkan perkara sia sia !

4. Aku ajar kawan tak IKHLAS kot.

Empat perkara di atas hanya terbayang dalam minda sekarang, mana perubahan? Perubahan memerlukan kesabaran. Kesabaran separuh dari iman. Iman kukuh,dekat dan sentiasa dekat dengan tuhan. Janji Allah itu pasti.

Jiwa minta hentikan semua mainan emosi, aku tak larat nak tanggung. Aku penat. Dimana silap nya lagi ya? cari..cari..cari..muhasabah diri :') Istighfar.

Aku yang silap pilih jalan, sedangkan Allah sudah atur yang terbaik.
Perasaan seperti apakah ini ?

.......................masih berfikir.......................

" Reminder #2 "

Assalamualaikum.

Wahai Gadis,

Apabila KAMU BERKAWAN, dengan INSAN bergelar LELAKI..INGATLAH! Ada dua pilihan yang terbentang iaitu :

  • Pertama : Kamu menjadi seperti kelapa. Mudah diperoleh, diparut, diperah, diambil santannya. Selepas itu? Hampasnya di buang.

  • Kedua : Kamu menjadi seperti mutiara. Berada di dasar lautan. Tersimpan rapi. Dilindungi kulit. Bukan senang dilihat, apatah lagi mendapatkannya. Hanya orang terpilih yang bertuah dapat memilikinya.
Buat kamu dan aku yang bergelar " Hawa ".

Monday, October 1, 2012

"Reminder"

Assalamualaikum.

 Aku berpegang pada pesan nabi " Bahawa hati itu tenteram kepada kebaikkan dan gelisah terhadap kejahatan "
Kalau ujian tu datang bertimpa timpa, itu tanda Allah sayang kita. Manusia cepat lupa bila kesenangan sentiasa bertakhta. Bila kesusahan mula tiba, hati mula meraba meraba mencari secebis kasih tuhan.

Hati yang tenteram, bila hati mu sentiasa ingat tuhan. Biar kita di pandang hina tapi kalau hati kita sudah berpaut pada tali ikatan yang kukuh dengan Allah, pasti kau tidak akan merasa kecewa.

Mengapa salahkan takdir tuhan bila kita tak mampu nak gapai sesuatu, sedangkan dalam hati kamu penuh dengan rasa kedengkian pada insan lain.

Renung balik mana khilaf nya kita sebagai manusia.. mungkin kita mudah lupa Allah? mungkin kita selalu buat perkara yang Allah larang.

P/s Ilmu itu cahaya, maksiat itu kegelapan. Fikir fikir kan?
#muhasabah diri.


 
© Copyright | All Right Reserved | Edit By SehijauBlogRA