Wednesday, November 28, 2012

Bahagia Nanti

Assalamualaikum, hi :)

" Saya tak rugi hilang awak, tapi awak yang rugi sebab hilang saya. Sebab apa? sebab awak baru kehilangan orang yang ikhlas dengan awak "- BSA

Bodoh bila terlalu buta, sayang dan suka dekat orang. Orang sekarang hati mudah beralih arah. Aku tahu mata angin ada empat, kau boleh alih kiri kanan depan belakang. Tapi kau takkan dapat yang sempurna sedangkan tiada manusia yang lebih sempurna dalam dunia ni melainkan Nabi Muhammad S.A.W.

Jangan terlalu menaruh harapan yang terlalu tinggi seolah olah ia akan menjadi hak milik mutlak kamu. Dunia penuh tipu muslihat, sape sape boleh terjebak.

Bahagia itu ada, cuma masa yang menentukan segala nya. Sekarang kau kecewa, tapi ingat Tuhan penuh dengan nikmat kasih sayang, bila bila masa dia boleh kirimkan manusia yang lebih baik untuk kau.

 *Hello, I ada baby baru. Baby boy yang sangat gagah dan kuat. Dan Alhamdulillah hari ni dia dah masuk 4 hari lahir ke bumi Allah. Semoga kau menjadi anak yang soleh :) Tapi, sebenarnya dia bukan baby I pun, dia anak kepada My bestfriend, Miera. Ya Allah, dah jadi mama kau, Yaa. Dulu kat sekolah gangster nak mampus, asyik cari gaduh dengan orang je.. sekarang dah berubah sekelip mata bila dah jadik bini dan mama kan?


Masa aku untuk semua ni belum tiba. Aku sedang memperbaiki diri yang banyak kelemahan. Jadi anak yang baik pun aku masih belum mampu apatah lagi nak menjadi isteri yang baik untuk seorang insan yang bergelar "suami"..




Tuesday, November 27, 2012

" Peplum Giveaway by Nadnod Azizan "

Assalamualaikum, hi :)

Kalau ada rezeki, boleh dapat peplum purple ni secara PERCUMA. Jom join contest dari Nadnod Azizan, syarat pun tak susah dan uloss tak perlu nak tag tag blogger lain pun :)


Due date : 29 November 2012

Monday, November 26, 2012

Pengantin Oren.

Assalamualaikum, hi :)

Laju update kisah " Dah pegang title suami orang " dah baca ? Ni sambungan hari bahagia ayah cik aku, tapi ayah cik aku ni bukan orang fofular pun tau ? tau ? saja I rajin nak pemeskan dia kat sini.


Elok lah tu, dari pengantin, pengapit sampai ke kereta semua Oren kau sapu. Mana gambar aku tah !__!

 Tu dia " pengantin oren sebelah lelaki. Asal tak senyum sampai ke telinga ?
 Pengantin oren sebelah perempuan sedang menanti tuan raja nya..hehehe..Woow, mak cik baru I muda uolsss ;P

Kalau dah ada makanan sedap depan mata, dah tak kisah ghupe nya macam mane dalam gambar tu nanti kan, yang penting kenyang perut dulu..hahahaha ;p
 My Whole family, tapi rasa rasa nya tak whole mana pun sebab ramai lagi yang tak datang :(


 Mak tua aku yang sangat comeyyyy ituuuuuu ;D
 My Tembam, Raisya Ameena. sikit pun tak senyum nak amek gambar, tau lah Meena tengah moody..hahahaha...
My sista and her son :)
Sayang selamanya :)
Semua dah kawin, semua dah ada anak. I bila lagi ? ehh tanya soalan kat diri sendiri plak. Biasa orang orang tua je yang selalu tanya soalan cenggitu kan ? gatal ehhh..Ehh, kawan kita dah selamat dapat baby boy, tahniah miera ;P(secara tiba- tiba tertaip kat sini).

Sunday, November 25, 2012

Dah pegang title "suami " orang.

Assalamualaikum, hi :)

Saat yang paling ditunggu tunggu oleh familiy dan kaum kerabat aku, akhirnya sudah tiba. Yeke, saat paling ditunggu tunggu? emm, boleh lah ~ Mana tak nya Ayah cik dah mencecah usia 44 tahun, tapi tak jugak berbini lagi, akhirnya 23/11/2012, ayah cik sah bergelar suami orang..hehehe :) sampai jugak jodoh dia kan? ingat kan tak nak kawin sebab patah hati ke apa, rupa rupanya jodoh sampai lambat :)

Malam sabtu, majlis tunang berjalan dengan baik, Alhamdulillah.. dan seterusnya dinikahkan tepat jam 9.00 malam. (Gah aku bercerita lagak nya seperti ayah cik aku famous amous macam Aaron ajiz je kan, hahaha)

Mak aku jadi wakil sarungkan cincin masa majlis tunang tu, sebab Tok aku merangkap mak kepada ayah cik aku dah meninggal(Al-fatihah)..pemes mak aku jap, orang asyik duk clik clak clik clak gambar dia ;P


Selesai majlis pertunangan antara Napi & Nory (bukan Datuk K dan Datuk CT)
Tunggu punya tunggu tok kadi tak sampai sampai lagi, aku pikir tok kadi pegi nikah satu lagi.(eh, aku tipu je)

Jeng, jeng jeng(gimik semata mata, tak de zoom muka dekat jauh dekat jauh macam sinetron Indon bila ada scene berdebar jantung tu eh)..Tok kadi pun datang..
Alhamdulillah, ayah cik aku selamat pegang title "suami" kepada mak cik baru aku yang bapak muda tu..umur dia 29 tahun uolss, my uncle 44 tahun..uolss kira lah beza nya berapa. Yang penting kalau dah nama jodoh, takkan kemana. Usia dah tak ambik kisah dah.. dan yang paling utama ayah cik aku taklah nampak tua sangat pun..hahahaha ;-) tak caya? ce telek betul betul.



Selesai semua nya :) iolss sangat lah busy jadi assistant mak aku dalam nak siap menyiap kenduri ayah cik aku ni.. ohh ya? mak cik mak cik aku sibuk duk suruh aku kunyah sireh junjung hantaran, kata nya biar jodoh cepat sampai..hahahaha, yeke ? mitos je kan ? kan ? kan ? lagipun I muda lagi, tunggu lah dapat pegang degree dulu ke master dulu ke Phd dulu ke ?*tapi tak nak sampai tunggu jadi anak dara tua*

Ehh, nanti aku sambung entry majlis kenduri sebelah perempuan plak, kalau korang sudi baca lah.. Mak I dah bising tu suruh bungkus gula gula like " Sweet talker" #ehh, tetiba. Ok baiiiii !!!

" Contest I Choose To Wear Hijab "

Assalamualaikum, hi :)

Contest yang berjaya menarik perhatian aku. Mencuba saje, menang kalah akhir cerita, Yang penting contest ni sangat menarik. Apa lagi, jom lah join :-D

Nak join ? just click the banner :)


" Hijab Is Not Just A Piece Of Cloth You Put On Your Head "

Tarikh tutup : 7 DISEMBER 2012

Saturday, November 24, 2012

"PENCARIAN 20 BLOGGER BERTUAH BY YANA"

Assalamualaikum, hi :)

Setelah sekian lama aku tak join mana mana segmen, sebab terlalu busy berdating dengan "buku dan kalkulator", tiba masa nya untuk aku kembali aktif dalam join menjoin segmen blogger Nuyuyana ni :)


Due date : 30/11/2012, jom join :) tak rugi pun..ngeeeee ~~

Wednesday, November 21, 2012

Untuk Mak a.k.a Kak Yah (Happy birthday)

Assalamualaikum, hai :)

Sebelum tarikh istimewa 21 November, melabuhkan tirainya izinkan aku mengucap syukur kepada Allah S.W.T kerana telah mengurniakan aku seorang insan yang bergelar "Emak" yang tak penah kenal erti jemu dalam menjaga dan mendidik aku dan adik beradik yang lain.

21 November 1958- My birhday's mom :)

Mak kecik (macam anak dia) tapi mak kuat jaga anak anak dia. Anak anak dia bukan sorang dua, tapi SEMBILAN orang. Kami degil, selalu tak dengar kata, tapi mak sabar. sebab mak kuat.(juga kuat membebel, ini perkara WAJIB)

Kalau bukan sebab mak, agak agak aku dah tak jadi manusia berguna sekarang. Atas ketegasan mak aku tahu banyak perkara dalam hidup.

Dulu masa mak hantar aku sekolah agama, aku bentak marah marah nak pindah, sebab tak suka duduk asrama. Tapi mak buat tak layan je bila aku buat hal nak pindah, nak lari dari sekolah tu. Sebab mak tahu aku takkan mampu lari dari situ. Disebabkan mak tak terlalu ikut kerenah anak dia, maka aku sekarang ALHAMDULILLAH, aku kenal erti dosa dan pahala.(ya, aku manusia biasa, takkan lari dari dosa). Banyak perkara yang aku belajar kat sekolah tu. Ni semua atas jasa mak :)

Dulu waktu kecik, mak bebel suruh solat, mak paksa belajar mengaji. Kadang kadang aku belajar mengaji dengan mak. Tapi sekarang, mak dah makin berusia, tiba masa kami bertukar.Aku pulak yang ajar mak mengaji, suka sangat bila mak tanya ni nak baca Quran, sebutan dia macam mana? aku rasa berbaloi dengan jasa mak selama ni, aku mampu tolong ajar mak bila mak susah nak sebut sesuatu ayat tu.

Ya Allah, dipikirkan pikirkan, memang tak berbalas jasa mak. Anak mak ni selalu buat mak rasa sedih kan? anak dia yang sorang ni dah la PEMALAS, selalu tak boleh harap :'(

Pintaku,



Bismillahirahmanirahim,
Ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Dengan segala rahmat kasih sayangMu,
Kau ampunilah dosa ibuku, kasihanilah dia,
jagakan dia dalam rahmatMu,
Berkatilah dan panjangkanlah umur ibuku,
Permudahkan setiap urusan ibuku,
titipkan sedikit KekuatanMu buat ibuku supaya dia mampu menjaga dan mendidik kami selama kami hidup di muka bumi ini
Curahkan kasih sayang dan nikmat Syurga buat ibuku, Fatimah Binti Yusof :')
Amin :)

Selamat hari lahir, mak


Sayang mak :'), slim kan mak kita? hahahaha ;)

Tuesday, November 13, 2012

Ubat untuk uolls bergelar STUDENT

Assalamualaikum, hai :)

Buat sesiapa yang pegang takhta "student". Aku ada ubat buat korang yang sedang mengalami gangguan emosi tahap kritikal, bukan maksud aku korang mengalami masalah jiwa macam GILA tu, bukan bukan. It's something like when uolsss sangat tension dan stress tunggu nak gila je, sebab kena hadap dengan buku buku just like me baru baru ni. Teheee :) aku nak share something yang boleh kalian jadikan panduan. Ecececehhh..ayat aku, tak boleh blaaaa...hehehe..

Aku rasa abis kepala otak aku lebur hafal punya hafal kes untuk paper Company Law semalam. Paksa otak, paksa akal kalau tak kau nak jawab apa nanti. Aku rasa beban yang amat. Aku admit aku banyak mengeluh. Aku rasa tu salah satu reason kenapa benda yang aku baca susah sangat masuk dalam kepala otak.

Heyyy, sangat mudah ya anak anak, ibu ibu untuk mendidik diri supaya menjadi kuat dan gagah dalam menghadapi apa saja ujian dari tuhan buat kita, kita perlu bijak nak tangani. Ya, aku di sini mahu berkongsi resepi hidup yang paling simple dalam dunia :-)

  • Banyakkan solat sunat (solat hajat, solat Dhuha=bertambah rezeki, solat tahajjud, solat witir dan paling penting solat sunat Taubat )
  • Baca Al Quran, jangan tinggal. Satu muka, sehari pun dah okayy. Yang penting baca, biar dalam sehari tu terisi sikit makanan untuk rohani, biar seimbang.
  • Bagi girls, yang ma'zurah/haid..banyakkan berzikir dan berdoa. Even korang tak boleh solat and baca Quran, jangan biar hati tu kosong tanpa sebut nama Allah dalam sehari. Nak nak time kita macam ni lah emosi selalu terganggu kan? biar setan bertanduk dua tu payah nak dekat ngan kita.
  • Banyakkan dengar ayat ayat Quran, sure 100% hati dan jiwa tenang(boleh cuba dengar, SELAWAT TERAPI JIWA BY UNIC, trust me..lagu terbaik abad ni..hehehe, sangat terbaik ;-D
Aku harap resepi ni sangat berguna, aku bukan dari kalangan yang bijak pandai dalam hal hal agama, cuma apa yang baik aku cuba sampaikan. Jaga hubungan dengan Allah tau. Ini hadiah buat kalian :)


Nur Arifah, Cintailah Allah sebelum cintakan dunia dan isinya, insyaAllah hati tenang :)

Lots of love,




Arifah Wahab.

Thursday, November 8, 2012

Aku Kembali.

Assalamualaikum, Hi..

Sempat lagi aku duk menghabiskan masa mengarang kan? tak sedar ape aku tengah final ni hoiiii ! Gaya macam horeyy, horeyy aku bebas! Hai kalian, I baru jawab dua paper tau ? Lagi empat paper menunggu aku di masa dan waktu yang seterusnya.. Teruk sungguh perangai aku ni kan, pastu mula ahh tension tak pasal pasal. Ok, tak ambik minit dan saat lebih lebih pun, ni pun aku mengarang sebab ghinduuuu gila kat lovepinkylife.blogspot ni.Menyampah !

Next paper, isnin depan.. Commercial Law. Patut kemain rancak kau online ye mak Tipah. Kejap lagi ada yang kepala berpusing tak study Law awal awal. Apa kau ingat satu dua kes kau kena hafal? Habislah kau nanti. Hahahahahahaha...*gelak
kat diri sendiri* Nama kes pun dah berbelit belit, nasib kau lah. Hahh..ni nak mengeluh ke apa ni? tak bagus, tak bagus..



Aku tak tau apa jenis gaya meja study aku ni. Kesan study Accounting Information System malam tadi, maka terjahitlah langsir langsir yang diperbuat dari kertas memo yang agak murah aku tempek tempek kat meja tu hahh..Dengan harapan, apa yang aku baca melekat macam gam gajah kat dalam kepala minda aku nie. Tapi sayang nya, mana yang aku baca, bape ketul je masuk exam tadi. Nak nangis, nak nangis !___! tskk..tskk..tskk (lap hingus, lap air mata) aku rasa macam aku jawab ikutsukahati sesedaprasa je..huwaaaaaa!!!

Sokayy, sokayyy..Allah tahu usaha hambaNya :-) Dah usaha, tawakal dan doa je kat Allah supaya apa yang kita jawab tadi ada betul nya..aku percaya dengan takdir tuhan :)

Sakit perut aku duk menaip sambil layan movie hantu bodoh "Ngonkrong" ni. Suka hati benor lah aku malam nie..Janji kat diri sendiri(angkat tangan) malam ni je I berjimba jimba tau. Start esok dan hari seterus seterusnya, aku isytiharkan buku buku adalah Boyfriend baru aku..ngeee~*promise*

Keep pray for me :D

Lots of love,
Arifah Wahab.

Tuesday, November 6, 2012

Selingan Final Exam

Assalamualaikum :)

Hari selasa sudah muncul, maka bermulah first paper aku. Sepatutnya malam exam kena tido awal rest cukup cukup, tapi relaksss i ambik masa nak menaip tak sampai 30minit pun..hehehehe :p Paper Com esok pukul 2 petang. Tension betul saya kalau kena jawab time petang petang camni. Idea susah nak berkembang..ngeee~(alasan semata semata)

Btw, aku disini memohon doa dari kalian, wish me luck for this final examination. Jugak tak lupa kat adik aku, Aisyah..mohon mu boleh jawab molek molek SPM ni. Usaha tangga kejayaan. Doa mak ngan abah sentiasa mengiringi perjalan kita dalam menuntut ilmu.

Tips untuk diri sendiri dan para teman teman yang akan sama sama berjuang bersama aku esok, Study betul betul, jangan lupa Allah. Mintak doa banyak banyak :) okayy..

Sesungguhnya aku, 100% percaya bahawasanya kekuatan, kefahaman dan kepintaran kita selama menuntut ilmu ni semua anugerah dari Allah ditambah usaha dan tawakkal. Belajarlah bersyukur dan menghargai nikmat yang tuhan dah kirimkan pada kalian.



Jangan sombong, jangan bongkak, jangan riak, jangan kufur nikmat tuhan :)

Lots of Love,


"Arifah Wahab"

 
© Copyright | All Right Reserved | Edit By SehijauBlogRA