Monday, December 31, 2012

Last and Long Entry for 2012

Happy New Year, girls and guys !

Ready, go.

Sebelum ucapan selamat tinggal 2o12 saya ucapkan, izinkan saya flashback balik moment moment 2012 selama 366 hari ni.


Banyak pahit dari manis, mungkin terkurang gula atau apa saya tak tahu. Pahit pahit pun, masih menjadi sebahagian dari pengalaman dalam hidup saya. So, pahit ke manis, actually it is a same thing.


Untuk yang pernah saya gelarkan Abang Besar, jangan risau maybe ni last time saya ceritakan tentang awak disini. Awak juga sebahagian dari kenangan 2012 saya. Whether awak baca ke tak karangan saya ni, saya still akan menulis sehingga ke perenggan akhir.


Saya tahu awak dah happy cause you have already someone special by your side kan? Saya dengan rendah hati, mohon maaf seandainya saya ada terkasar bahasa dan meyakitkan jiwa. Bukan seandainya, but saya rasa memang ada terkasar bahasa pun kan?


Saya perempuan dan saya manusia biasa. Emosi saya memang selalu tak tentu hala. Saya tahu semua salah saya. Dengan ini, saya berjanji untuk tidak akan menggangu lagi life awak selepas berakhirnya tahun 2012 ni. Serius, I promise :)


Saya pernah sakit hati dan kecewa, tapi bukan sebab awak, tapi sebab silap saya sendiri yang salah menghitung hati dan perasaan sendiri. Sesakit dan sepahit mana pun hati saya sebab kenal dengan awak, awak patut tahu, awak pernah jadi kawan paling baik dan manis buat saya ketika dulu.


Im sorry for all my wrongdoings. Mana lah saya boleh lupa tentang kawan saya sorang ni. Awak satu satu nya kawan "lelaki" yang mak abah saya kenal dan suka. Suka sebab awak matang kot atau ape saya tak tau. Ataupun mungkin sebab faktor umur awak yang dah tua (hehehehe) buat abah saya senang bercakap dengan awak. Mak saya, yang selalu membantah bila saya berkawan dengan lelaki boleh selalu tanya pasal awak dulu. Gila terkejut saya? But it's okay.. Semua nya saya dah faham sekarang. Jangan risau, saya takkan salah faham lagi.


Papepun, saya takkan ganggu life awak lagi, but doa saya buat family awak especially for your abah akan sentiasa saya panjatkan. Masa abah awak sakit, saya tau awk susah nak terima keadaan tu. But, Alhamdullilah, tuhan tu Maha Penyanyang, saya tengok abah awak dalam picture facebook akak awak, dia dah semakin sihat kan?. Saya tumpang senang hati even your abah tak kenal saya pun :) Dan saya sentiasa mendokan kebahagian dunia dan akhirat untuk awak. For the last, kalau awak terbaca entry saya ni, kalau cik Aldo masih dalam keadaan baik dengan awak, take care of him ya?Kalau masih ade lah :) Sincerely, Ex Alien Kecik.


Dan paling paling pahit buat saya, tahun 2012 ni,kalau korang ade baca entry saya baru baru ni pasal my result tu..hehehe..kalian tau la kan? Result final semester 4 saya jatuh teruk. Sedih, pilu, hiba, kecewa semua dah bercampur. Salah aku jugak, jawab bukan bukan masa final. Hehe..bukan ape, soalan soalan final sem 4 ni semua membunuhku dalam diam tau? hahaha..






Allah tak pernah menjanjikan langit akan selamanya cerah membiru, Allah juga tidak berjanji sepanjang jalan hidupmu bertabur bunga, tetapi Dia menjanjikan kekuatan dan pertolonganNya..Jangan sekali kali impikan hidup yang enak tanpa ujian dari Allah, kerana bagaimanapun ujian itu sendiri merupakan kesudahan dari keberimanan kita.

Konklusinya, hidup kita takkan selalu bahagia. Sebab bila kita bahagia, kita mudah melupakan. Tuhan uji perasaan ,saat saya kecewa dengan hati dan result saya. Sebelum ni mungkin saya terlalu bahagia dengan hidup dan pencapaian saya. Kita manusia kan selalu khilaf, selalu mudah jatuh di tangan setan. Cuma kita yang tak sedar. Sebab tu tuhan bagi kita derita atau saya namakan dia sebagai ujian hidup, supaya kita muhasabah dan bertaut balik pada jalan Allah.



Hidup saya untuk 2012 haru biru. Nak nak bila nak masuk tahun baru ni. Emosi saya selalu tak menentu. Marah, melenting macam dah jadi hobi saya hari hari. Stress mungkin. Tapi saya sedar, saya kena ubah diri saya. Jadi hamba Allah yang taat perintahNya, jadi anak yang solehah buat mak bapak, jadi student yang cemerlang dunia akhirat dan jadi sahabat/teman yang boleh mengajak kepada kebaikkan. Saya rasa susah, tapi Inshaa Allah saya mampu ;)






Finally, goodbye 2012 welcome 2013. I will forgive and forget for everything was happened in 2012. It's time to make something new in 2013. Bukak buku baru, tutup buku lama. Done ! Assalamualaikum.






Saturday, December 29, 2012

Menghitung Hari

Sekian lama aku bercuti sem, tak ade apa yang menarik yang aku buat. Yang membosankan paling banyak ya teman teman. Tidur, makan, online..tidur, makan, online sampai separuh gila. Paling gila layan cerita Aku Dia Dan Tong Sampah hampir tiap tiap malam. Kegilaan apakah ini?

Nak tahu, kena tengok tengok dengan kepala mata sendiri cerita tu camne. BEST ! BEST ! BEST ! Tiba tiba aku jadi peminat Beto Kusyairi. Adakah kerana Istanbul Aku Datang? kenapa cite yang dia berlakon semua sweet sweet ! Nahh, fall in love dah.

Abis part Beto Kusyairi, dengan ini aku sedang menghitung hari untuk kembali pulang mencari ilmu untuk beberapa waktu lagi. Aku ingat cuti ni paling bosan. Seriussssss. Mujur ade kawan ajak pegi berjimba kat tempat emmm bagi aku tak menarik sangat pun. Hehehehe...

Mainan dia masih sama macam dulu. Ingat kan makin best. Tapi okayyy la, sebab pegi dengan kawan kawan sekolah dulu. So, sambil selam air kat Coco Beach, sambil ingat dan mencari ke mana kah kawan kawan sekolah kita yang dulu menghilang?



Ade yang kawin, ada yang tunang, ada yang sedang gigih mencari ilmu, dan ada yang sedang bercuti dengan bosan nya dirumah seperti aku. Mujur la ada Nomi dengan Mekcah. Rasa la cuti sem aku ni macam cuti sket kan.

Auji, adik mekcah pun ada. Tak rancang pun nak pegi Gambang Waterpark ni. Plan last last minute pun jadi kan nomi? hehehe..kalau tak ajak mekcah, tak main air ombak la kita arinie. Pulak tu masuk Free ! hahahaha gelak syukur.

Inshaa Allah, ade masa dan rezeki, kita pegi jalan jalan lagi. Tapi kalau boleh lain kali, aku nak lagi ramai ade. Ayong, liyana, wawa,diyana(agak nana boleh ikut tak),Ghah, Gjah and semua semua laaa... Rindu nak jumpa semua. Aku tahu korang semua sedang belajar dan mengumpul lemak badan masing masing kan? Cuma aku tak maju, masih kurus keding dari dulu sampai skang. Ermmmm :(((


Wednesday, December 26, 2012

Cerita Dulu

Tak sangka banyak jugak aku simpan harta karun dalam bilik aku ni. Pagi tadi semangat kemas bilik kasi macam bilik Cinderella sikit, godek godek, punya la banyak aku jumpa harta harta lama aku kat bawah katil. Nampak sangat dah bertaun tak jenguk bawah katil. Haha..





Peminat gila Kpop sure tahu, magazine apa ni kan? Epop. Ni yang aku jumpa je, yang lain tak tahu dah aku humban entah ke mana. Dulu aku ni kategori peminat gila mati Kpop yerrr..Aku tak penah missed beli magazine ni. Mana yang tak sempat beli, aku rela order balik, tunggu la berabad posmen anta depan rumah. Tapi sejak masuk kolej, dah tak bape nak mati dah minat. Dah suam suam kuku dah. Dah tak macam dulu dah. Biasa biasa aja. Tapi still layan lagi drama drama korea, sebab cite korea ni sume best best dan paling penting tak mengarut dan berjela jela episod macam sinetron pak Indon.







Kad raya !!!! Ya Allah, memang cantik tulisan dia. Cute je. Haha..tiba tiba terjumpa dalam kotak bawah katil. Ekceli ni kad raya abang angkat zaman muda mudi aku dulu yang bagi. Entah macam mane lah boleh terjebak dengan abang adik berangkat angkat ni. Haha..duduk hostel kan? tak sah kalau tak berangkat. Entah hape hape =.=



Tapi bila ingat balik, sumpah lawak. Main kirim kirim surat segala bagai lah. Kalau time study malam, mesti ada yang kirim roti lah, nasi lemak lah eskrem lah. Konon abang ngan adik penyayang sangat. Hehe..tapi sweet ekau! hahaha..jimat duit I abang angkat I selalu kirim makanan. Arghh, cite lama, tapi kenangan masih ada =)





Kad kad raya yang membe membe bagi dari form 1 sampai la aku form 5, ade lagi aku simpan dalam kotak ni hahh..Memang banyak gila. Jeng jeng jeng.........tiba tiba terjumpa sekeping gambar mamat macho ni. Haha..macam mane lah boleh sesat dalam kotak ni. Boyfriend pertama di zaman cinta monyet. Gelak, gelak, gelak. Orang nak bercinta aku nak bercinta jugak. Masa form 3 dah mengatal. Kemain ekauuu ye. Suka sangat la dapat teddy bear dari dia dulu, sampai tak nak lepas. Sumpah, jakun.

Dia ni mamat paling nakal masa kat sekolah dulu. Seriussssss! Dah la kuat mengusik orang. Tak sangka dah besar panjang berubah sopan dah dia. Seingat aku, dia ni minat memasak. Masa abis PMR kitaorang ada buat macam macam aktiviti. Salah satunya pertandingan masak. Dia masak tom yam tak salah aku. Aku rasa masakan dia, memang besttttt ! tapi dia tak tau pun aku rasa, sebab aku curi curi rasa. Masa tu dah break off dah pun. Dan sekarang, aku rasa anak ustaz Hamdan Yusi ni dah hampir mencapai cita cita dia nak jadi tukang masak/chef. Setahu aku, dia belajar skang pun, dia ambik bahagian masak masak. Tengok dia dah macam terror je buat kek dalam gambar kat facebook. Alhamdulillah =) berubah 100%..heehee..

Paling aku tak bole ingat, masa aku putus dengan mamat ni, aku demam. Kawan kawan aku cakap aku demam sebab aku putus dengan dia. Padahal aku memang dah nak demam pun haritu. 

Couple pun tak lama, dua bulan je kot. Cinta monyet kan? tu pun sebab kawan kawan aku tak suka dia. Aku jenis kalau apa yang kawan aku tak suka, aku pun ikut tak suka jugak. Teruk kan? Nak nak masa tu aku couple ngan dia bukan sebab aku suka dia pun. Tapi sebab saja saja. Aku pun tak tau lah nak cakap camne. Sebab masa ni, aku ada minat kat sorang mamat tu. Tapi mamat tu tak suka aku pun. Kawan kawan aku plak duk cakap, mamat yang aku suka tu lagi baik dari dia ni. Aku pun ape lagi, ikut la telunjuk kawan. Hahaha...

Tak masuk lagi cite dengan kawan2 aku yang semua gila gila perangai. Aku ni nampak je muka cute, kecik, baik dan sewaktu dengan nya. Tapi perangai masa kat sekolah dulu macam setan jugak..Apa yang aku ngan kawan kawan tak pernah kena denda dengan warden dulu. Kena rotan sebab tak pegi semayang terawikh? kena denda berdiri sambil ketuk ketampi berjam jam depan hostel? kena jalan itik depan hostel budak laki (ini paling malu, hahaha) semua aku dah penah kena. Khatam dah segala denda. Mana tak kena nya, orang turun study petang, aku duk tidur lena atas katil. Orang duk study malam, aku dengan kawan kawan lepak dalam surau main handphone. Mane lah warden aku tak sakit hati dengan geng geng aku ni. Hehehe ;p

Tapi ai dah berubah. Naik form 5 (2009),Alhamdulillah jumpa jalan lurus sikit. Dah tak bebal macam form 3(2007) dulu dulu. Dan yang degil degil pun semua dah kawin ada anak pun. 




Nak ikutkan cite dengan kenangan dulu dulu, memang takkan abis si baju hijau ni nak cite. Terlampau banyak sangat memori masa sekolah dulu. Dari form 1 sampai lah aku form 5. Macam mane lah aku tak sayang sekolah aku tu. Sekolah kecintaan dunia akhirat aku. Banyak benda tau aku belajar kat sekolah tu. Baik buruk semua aku simpan kemas dalam minda =)

Wordless Wednesday : Be Strong :)


Assalamualaikum, hye my readers ;)
Be strong baby !!!




Tuesday, December 25, 2012

Harapanku tak sama dengan ketinggianku.

 Berbekalkan ketinggian 148 cm, harapan dan impian aku sama sekali berbeza dengan bentuk fizikal aku. Harapan aku tinggi mencapai langit. Silalah  gelakkan aku, kalau kalian rasa aku sedang omong omong kosong.


Semakin aku, sakit hati dengan orang, semakin setan kuat memainkan peranan. Mudah saje aku nak melenting tak tentu hala. Bahana setan, pedulikan. Jadi, mohon kemaafan kalau kata kata aku tiba tiba jadi kesat serta merta.


Tapi aku punya penawar untuk leraikan dan hapuskan peranan setan yang lagi tak guna tu. Bila sakit hati, aku titip berjuta kesabaran dalam diri. Aku rilek, sabar, tenang. Dan aku fikir diam tu lebih baik dari berkata kata.


Biar kita saje yang rasa sakitnya,biar tuhan saje yang tahu, dan biar tuhan saje yang tunjukkan jalan. Yang penting kita dekat dengan Dia ;) tinggal lagi berapa waktu dan hari aku akan kembali menagih ilmu. Mencari dan menagih ilmu yang Allah redha, menuntut ilmu kasi mak abah happy, menuntut ilmu supaya cita cita aku menjadi pendidik akan terlaksana dan tercapai.



Dan inilah masa yang paling tepat untuk aku hilangkan atau lebih tepat hapuskan kenangan yang sia sia dalam tahun ni. Aku kena capai target utama aku dalam hidup. Aku dah tak perlu lagi kata kata manis, yang aku perlukan doa dalam diam kalian semua buat aku.




Saturday, December 22, 2012

Takhta Dekan (Copa)

Bangun tidur, bila result nak keluar? soalan yang tak terjawab untuk satu masa yang lama. Dan akhirnya, sudah terjawab pada tarikh 21/12/2012( tarikh yang orang gempar gempurkan  sebagai hari kiamat) walaupun masa nya belum tiba lagi, tapi beringatlah wahai kalian, hari nya pasti akan datang.

Perasaan kalut memecah kesunyian, tatkala dapat tahu result dah keluar(kemain ayat, over)..perasaan seperti apakah ini?

Dan segala kebimbangan aku selama ni dah terjawab. Takhta dekan bukan milik aku lagi. Aku akur. Kecewa? sangat penTIPU kalau aku manusia yang tak kecewa. Result aku jatuh mendadak secara lancarnya.

Aku tak malu, sebab aku manusia alpa. Kadang aku ditempat yang tinggi, kadang aku ditempat yang paling bawah. Itu biasa. Aku rasa segala impian aku hancur berderai. Mungkin cita cita aku terlalu tinggi untuk aku capai.

Mana silap aku? MUHASABAH.

Banyak silap. Aku lalai dengan perasaan tipu tipu manusia. Aku tak salahkan takdir, aku salahkan hati aku yang tak kuat untuk tepis semua nya. Aku banyak merungut, aku banyak mengeluh tapi tak usaha. Aku terjauh dari tuhan.

Selama tiga semester, aku genggam takhta dekan dalam tangan. Dan untuk semester 4 ni, aku dah leraikan genggaman dekan tu. Ya Allah, selama ni, aku berjaya, Allah yang kurniakan. Allah yang bagi, aku tak punya apa apa. Aku yang gagal untuk berjaya. Aku yang leka dengan dunia. 

Kecewa aku, tak siapa yg dapat rasa, apa yang aku rasa. Hanya Dia yang tahu. Aku mohon dengan apa yang jadi pada aku menyedarkan aku, Allah itu maha Penyayang, aku percaya akan ada hikmahnya suatu hari nanti.


20/09/12-Majlis Anugerah Akademik.
Hadiah hari jadi paling manis buat aku waktu ni. Tersenyum lebar dapat panjat pentas ye? hahaha...

Tahniah, my kakakmate Eymah. Masih memegang takhta ye semester ni. Alhamdulillah. Tak lupa jugak buat teman istimewa aku, yang paling tahan sabar dengan kerenah aku bila study dengan aku, aku selalu menangis, tension kalau tak dapat buat, MIMIE COMEL sebab dapat 4FLAT !!!! Mimie teman hebat yang selalu sudi share ilmu dengan aku. Mimie, sayang awak. Saya tahu awak akan dapat jugak 4 flat, sebab awak tak pernah kedekut sikit pun ilmu yang awak ada untuk kongsi dengan saya.

Ana dan Ada, tak lupa. Sayang awak berdua ;p
Dengan lafaz syukur,walaupun jatuh teruk, still 3 above lagi. Dan dengan ini, aku NUR ARIFAH budak kecik yang tak cukup ketinggian anggap result sem ni sebagai cabaran untuk aku panjat balik impian aku yang maha hebatnya. Hahahaha ;)

Buat madam, ampun maaf dan terima kasih atas ilmu yang dicurahkan. Cuma saya tak menghargai. Lalai dengan dunia sangat..hmmm ;)

Semester 5, my last sem..wait for me !!!! aku datang dengan harapan yang tinggi mengunung.....

Tuesday, December 18, 2012

Sibuknya Dunia

Tiga hari berturut turut, aku jadi anak dara bangun seawal pagi. Demi lesen kereta yang bakal aku miliki, sedaya upaya gigih tahap nak final exam aku study buku jalan raya, jalan bengkok, simpang kiri kanan, berhenti jarak meter dan pelbagai.

Niat selama bercuti semester, ANTI DAN BOIKOT SEGALA BUKU! (sangat kuangajor ayat ni)Tapi sayang dunia ni memang nak nobatkan aku sebagai manusia ULAT BUKU*kembang lobang hidung*

Makan, tidur, bangun tidur, gambar lampu isyarat je yang aku nampak, tak nampak dah nombor berjuta juta, tak nampak dah kalkulator saintipik kecintaan. Hahaha..semua nya demi ujian statik harinie. Bagai nak gila aku study kan? entah hape hape =.= okaaayyy, foineee!

Mujur, lulus. Cuba teka, berapa markah yang aku kutip? 42/50. Cukup cukup makan. Hahaha..Kalau dapat bawah 42 gedebuk gedebak melayang tigapuloh hinggit aku nak ambik balik ujian ni. Memang tension bagai nak gila lah kalau kena ambik balik, nak tunggu turn jawab ujian boleh aku berkempen kat situ. Lamanya, naik kebas punggung aku. Dah lah sorang sorang, macam patung barbie comel sumbang pun ade(hahahaha) kemain. I tak nak dilabel kera sumbang. Kera tak comel macam barbie doll. Ngeee..motif? sudah lah!

Cuti sem pun bakal berakir, lagi dua minggu aku akan jumpa boyfriend baru kat kolej. Argghhh, rindu nya(buku buku tebal semester 5 adalah boyprend kecintaan terbaru saya) Sukaaaanyaaa...

Mungkin cuti sabtu ahad aku akan terganggu nanti, aku nak habiskan waktu jam belajar drive cepat cepat. Tak nak bertangguh, dan Kancil di rumah, akan menjadi milik aku. Hahahaha...orang lain pakai kereta/van baru lah. Ngeeeeeee~

Aku dah tak sabar nak tinggalkan tahun 2012 ni. Terlalu banyak pahit dari manis.Hai tahun baru, ayuh datang berikan keajaiban buat aku ;)

Sunday, December 16, 2012

Belajar untuk kata TAK !

Tak- bukan dari sudut negatif.

Aku harus belajar..
Untuk tak suka pada manusia yang lupa tuhan.
Untuk tak  suka pada manusia yang mudah jatuh cinta.
Untuk tak suka pada manusia yang tak tau menghargai.

Simple? sangat simple, supaya hidup lebih tenteram. Itu kata aku.
Yang tak boleh menerima sila ABAIKAN.

-Tak suka pada manusia lupa tuhan.

Manusia ni tamak dunia, Allah bagi umur panjang, sihat walafiat, bernafas kencang, tak pandai nak bersyukur. Yang dia tahu, aku manusia paling hebat di dunia ni. Padahal nyawa, akal, mulut,hidung, mata, telinga, body cantik tak cantik semua Allah punya. Apa yang bukan Allah punya? Semua Allah punya. Kita tak punya apa apa. Sedangkan dunia langit dan bumi semua dalam kuasa Allah apatah lagi harta kekayaan kita tu. Semua rezeki dari Allah.Jangan kufur nikmat tuhan.

-Tak suka pada manusia yang mudah jatuh cinta.

JAUHI ! senang senang dia suka kita, senang senang dia jatuh cinta pada kita, maka dengan itu, Mudahlah/senanglah untuk dia jatuh suka/cinta pada manusia lain. Nak cari cinta, biar yang susah suka kita. Baru kita tahu seikhlas apa kita atau dia untuk cinta tu.Jangan mudah jatuh cinta/suka pada manusia yang mudah memberi dan menerima cinta. Single? Orang kata tak laku? pedulikan, yang penting Allah tahu nilai kita mahal. Fullstop.

-Tak suka pada manusia yang tak tahu menghargai.

Bila kita buat baik, kita memang mengharapkan balasan bukan? itu manusia. Normal. Ya, tak semua nya begitu. Tapi, kalau jenis manusia yang tak tau hargai orang? tak reti hargai kawan/sahabat/teman/rakan? yang hanya tahu mencari kita saat senang. Saat susah? ehh, kau siapa, aku busy(buat buat tak layan) aku menyampah spesies macam nie. Paling pantang bagi aku, orang cepat lupa kawan sebab dia dah ada special boypren/gepren. Paling benci. Biasa nya, pempuan yang jenis macam ni kan? kalau dah ade boypren cepat je lupa member. Tapi tak semua. Sekarang lelaki pun sama. Sama je perangai.

Apakah aku jugak tergolong dalam kalangan di atas? ayuh berubah, kalau aku juga tercalon dari kalangan di atas. Hee...anda? anda? macam mane?

Saturday, December 15, 2012

Congratulations Maria Elena/ kakak pelik.blogspot.

Finally, secara rasminya Maria Elena, blogger paling otai abad ni sah menjadi kakak ipar kepada blogger famous amous Fatin Liyana( blogger kecintaan)..hehehe..

Maria Elena & Asfirdaus

Selamat pengantin baru, kak maria otai ;)
Congratulations, semoga menjadi isteri yang solehah :D

Sumber picture : Maria Elena Is Greek Helen

Friday, December 14, 2012

2009- Tahun Ajaib.

Dan hampir 3 tahun, segala moment 2009 aku tinggalkan dari segi luaran. Dalaman, dalam hati, dalam jiwa, dalam minda masih utuh, dan tak mampu untuk aku tinggal pergi.

Hebat tuhan atur pertemuan dan perpisahan.

Teacher Day-2009 (muka aku bajet ayu tu)
Sangat merindukan saat ni.

Hari Raya-2009
Sebenci apa pada mula nya, takkan benci untuk selamanya. Aku benci untuk pertama kali dalam hidup aku kena berdikari tanpa mak abah.Duduk hostel sangat membosankan. Kata aku dulu, sekarang..? hostel rumah kedua aku. Mana mana saje dari sek.men sehingga ke kolej. Hostel tetap rumah kedua !

Mana nak cari teman sebumbung, sepinggan, sekatil, sekepala empat kaki kalau tak dari teman teman yang sama otak dengan aku" hidup hostel boring". Tapi tu semua prinsip untuk sementara, sekarang siapa yang tak jatuhkan air mata kalau tak bersua muka? ok..touching melampau..

2009-Masih tahun yang sama. (model colgate ramai kan?)
Untuk satu tahun, 365 hari kami mencipta moment yang tak terduga suatu hari kita akan kata " aku rindu blaa..blaa..aku rindu masa kita blaaa..(ayat keling pemalas nak menaip) iye kan? kau alami seperti aku rasakan?

-2009-
Semua dah jauh dari pandangan mata, tapi tidak untuk hati. Masih berbentuk "LOVE" untuk persahabatan kami semua. Tiada terpatah atau terpecah. Masih merindui kenangan 2009.

Terima kasih ya Allah, pertemukan aku dengan mereka. Teman seperjuangan dunia dan akhirat. 

Thursday, December 13, 2012

#Harimau Malaya kalah bermaruah.

Fahamilah aku menaip dalam keadaan rasa nak bagi kaki je kat refree sepet Korea tu. *emo emo*.


Gajah perang ni memang nak rasa tembakan senapang gajah gayanya. *masih emo*.

Even Harimau Malaya kalah, tapi tetap menang dalam hati aku. Ngee~
Aku rasa memang tak adil lah reff sepet tu tadi. Nampak sangat. Sawadekap tu main kasar sepak kepala abang Mat Yo ngan Farizal aku kau tak angkat kad merah pulak eh???

Sumpah,touching tengok Fadhli Shas menangis masa kena kad merah tadi. Walaupun Thailand menang pada pandangan orang lain, tapi tetap kalah bagi aku. Thailand menang tak beradab ! Booo ! Ok..*ni sangat marah*

Aku harap lepasni tak wujud lagi dalam dunia ni.. reff mata tak nak bukak(sepet) macam dalam game tadi. Aku rasa macam nak ambik mercun, hempap kat kepala kau. Pegi balik korea skarang!!! Hahaha ;p

Dah la bagi team Harimau Malaya padang becak untuk latihan. Tak adil tau? masa game kat Malaysia gajah gemuk Thailand tu dapat layanan terbaik tau.. Hotel lima bintang ! berlatih kat stadium tertutup lagi ! ni kau bagi padang lopak lopak! Kan aku dah marah.

Ce tengok, ce tengok dia bagi padang kat kita acane? aku lempang laju laju cabut kepala jugak kan.*masih dalam keadaan emosi tak stabil*

Papepun, aku still tak boleh ingat time Fadhli Shas ni kena kad merah. Nak je aku ambik muka reff tu letak kat lopak padang tu. Aci tak?

Tapi kan tadi ade jugak aku gelak, Mat Yo bukak silat gayang masa dia kena asak dengan 3 pemain gajah gemuk tu tadi kan? hehehe..sian dia. Aku perasan Mat Yo ni selalu kena asak, dia plak sorang sorang ;'(

Aku bebel panjang pun dah tak de guna, melainkan game tadi patut dibatalkan atas dasar KETIDAKADILAN. Tapi tau semua tu takkan jadi.Apepun malaysia dah lakukan yang terbaik.

Selamanya, sayang, sorak, sokong #HarimauMalaya. Kalau bukan kita, siapa lagi nak sokong negara sendiri kan.

Untuk final nanti, aku harap Singapore menang. Huhuhu..Mak teh aku punya negara, aku tumpang sokong. Ehh, jap..selamanya boikot Thailand ! Hahahaha..
tapi tomyam tetap aku telan.

#Jangan Marah I tau, I tau entry I emo sikit malam ni.

Wednesday, December 12, 2012

Hanya tarikh semata mata.

Alhamdulillah, mensyukuri nikmat tuhan masih bernafas untuk satu tarikh 12/12/12.Tiada surprise atau special.Masih melewati hari hari yang sama seperti sebelum sebelum nya.Masih kuat untuk teruskan hidup. (Ciss, cakap lagak macam nak bunuh diri).

Aku kembali seperti dulu. Di samping keluarga besar dan bahagia yang sudah berpecah belah gara gara sekalian manusia yang bernama abang dan kakak2 sudah punya family sendiri..ngee..ngee..bukan berpecah belah gara gara berkelat/bermasam muka. Haha..

12/12/12- Mungkin satu tarikh yang boleh mengajar aku menjadi manusia yang lebih kental dan baik dari tahun 10/10/10 atau mungkin jugak 11/11/11??? siapa tau? kita hanya mampu merancang tuhan yang menentukan.

Andai di izin tuhan umur aku masih panjang, maka nya aku masih perlu sediakan hati yang kuat untuk meneruskan perjalan kehidupan sebagai khalifah di muka bumi Allah ;) Percaturan hidup aku tiada siapa yang tahu melainkan Dia. Maka, tak seharusnya aku menyalahkan takdir untuk apa semua yang terjadi dalam hidup aku selama ni atau masa yang akan datang.


Dan Bubu sedang melambai lambai menandakan waktu untuk tuan puteri kenyalang Arifah beradu ;) Kalau lah 12/12/12 ada anak raja datang meminang, haha..baru lah date ni jadi extraordinary date kan? Hahahaaha.

Have a nice day, kalian ! 12/12/12

Monday, December 10, 2012

Note To MySelf

Tahun 2012, bakal sekalian manusia tinggalkan. 2013..Can't wait !!! Tinggal berapa minggu je lagi kan? Banyak benda yang aku nak tinggalkan untuk tahun 2012 ni.

Tahun 2013, in sha ALLAH, diploma dalam tangan. Kalau ade rezeki, sambung degree. Dalam tahun ni aku belajar banyak benda dalam dunia ni. Betul kata orang, lagi banyak kita berusaha nak cari ilmu, lagi banyak kejahilan yang kita jumpa dalam diri kita. Sebab tu menuntut ilmu tak penah rugi ;)

Tiba-tiba semalam gagah duk godek godek utube, dan aku terjumpa satu hadiah istimewa untuk aku dan kalian semua tau. 

*Jangan lupa pause dulu lagu kat dalam blog ni*


By : Fatimah Syarha Mohd Nordin.( Yang pakai cermin mata tu, husband dia tau)
Lembut je dia bagi tazkirah kan? Aku memang minat gila dengan penulisan dia. Aku kenal penulis ni masa aku belajar kat Kuliyyah Al Lughah Waddin Sultan Abu Bakar dulu. Masa tu aku amik STPM, tapi jap je. Then aku quit. Kat sana, aku banyak kenal kawan kawan yang aku rasa bertuah sangat aku dapat jumpa diaorang dalam hidup aku.

Masa belajar dulu, biasa kalau ade novel kami memang suka share dan tunggu turn sorang sorang nak baca. Hehehe..dalam menunggu turn tu, akhirnya novel Pemilik Cintaku setelah Allah & Rasul dan Tautan Hati dah ade dalam tangan aku.Dan aku pun dah khatam baca kedua dua novel nie. Hahaha *clap, clap, clap* bangga..bangga..aisehhh, ni dah jadi geng saitonirajjim ke hape ni?

Dua dua novel ni hasil karya Fatimah Syarha Mohd Nordin. Serius aku cakap TAK RUGI skit pun kalau korang beli dan baca dua dua novel ni. Terbaik ;)

Korang akan belaja banyak benda dalam novel ni. Sangat berguna.
Kita manusia, mana pernah lari dari dosa kan? apakata isi sikit makanan rohani dalam badan kita ni dengan mendengar dan membaca perkara2 yang baik dan bermanfaat.




" Blogwalking : Ding Dong December "

Assalamualaikum, hi :)
Nak join? klik banner ye :)

Caranya mudah je :
1.  Tulis entry yang bertajuk “ BLOGWALKING : DING DONG DECEMBER ”
2.  Copy banner di atas dan link kan ke entry Paan..
3.  Lepas tue paan nak korang letakkan AZAM 2013 korang dalam entry korang ..
4.  Then , kalau korang nak tag kawan korang pun boleh , tak tag pun takpe .. terpulang ..
5.  Bila dah siap semua boleh jer tarukkan link korang tue dekat entry nie
Mudah jer kan ?? hehe

For your information , entry yang menarik akan dapat hadiah TOPUP RM$$ daripada paan .. hehe
Due date segmen nie seperti yang tertera dalam banner di atas , 8 – 31 December 2012
Kalau nak follow blog nie , amat-amatlah dialukan ~

Azam 2013 Ifah => Ifah nak berat badan ifah naik !!!! Haha..pelik kan ? orang lain semua nak kurus, tapi ifah nak gemuk, sebab ifah underweight :( At least 2013, badan naik 44 kg pun dah cukup. Dan ifah harap 2013 ni ifah dah dapat bawak kereta sendiri..Ngeh..ngeh..ngeh...

Segmen : Siapa blogger bertuah by Nelly dan Nabila Medan

Assalamualaikum, hai :)

Nak join? klik banner comel kat atas tu ye ;)

Ifah tag :
Lastly, ifah nak mintak maaf sangat sangat sebab tak dapat "like" fanpage Nabila & Nelly, sebab ifah dah tak guna facebook..Sorry ya ;) syarat lain semua ifah dah follow..Hehe
Rasa rasa bertuah tak ni ? Wish me luck ;)

NT/ 1ST END YEAR GA

Assalamualaikum, hi :)

Nak join? Klik banner ya :)

Hadiah semua best-best. Nak nak korean dress tu. Cantik gila ! Due date 31/12/2012.
So, banyak lagi masa..pemenang di pilih secara random.org. Jom join sekali ! Hehehe :)

Ombak rindu Vs Ong Bak

Perut sedang bersorak dengan riang nya, tuan belog menaip dalam keadaan perut dihumban dengan sepinggan nasi bersama kicap dan telur, sosej seketul dan loaf daging ayam dua keping, mat salihh kaww..

Lupakan tentang perut yang dalam proses membuncit, ayuh kita kembalikan kegilaan kita pada perlawan Hero Ombak rindu dan Hero Ong Bak..jeng..jeng...

Betapa tak sedarkan diri nya aku tadi, masa Malaysia gol, aku duk menjerit lompat lompat macam orang gila meroyan. Bila sedar, ehh, aku sorang plak yang over. Manusia sejagat dalam rumah ilekk je. *malu sendiri*

Ni nama dia SEMANGAT !! Walaupun keputusan seri, aku tetap puas hati. sekurang kurang nya malam ni tak ade lah aku mimpi telur ayam 0. 

Untuk dia,
Tenkiu beri much much, abam Norshahrul Idlan Talaha sebab sudi pecahkan telur ayam untuk #HarimauMalaya yakni menyumbatkan gol untuk Malaysia tanah tumpahnya darah kita bersama :)

Aku doakan kejayaan untuk pasukan #HarimauMalaya untuk perlawan kedua separuh akhir di Thailand nanti, sawadekap!!

Doodle osem dari APIT

Saturday, December 8, 2012

Perlu Arif Tabiat Lelaki.


Qani'ah Syumaila membuka diarinya...
Ketika bergelar mahasiswa, saya menjadikan perpustakaan sebagai rumah kedua. Seronok mengisi masa dengan membaca. Buku Islam dan Cinta, karangan Abdullah Nasih Ulwan menemani petang saya pada hari itu.
Tiba-tiba, ada sebuah SMS masuk.
Saudari,
Awak kelihatan sangat solehah. Sudikah awak membimbing diri saya yang jahil ini. Saya mahu berubah. Saya ikhlas dahagakan petunjuk.  Classmate.
"Membimbing atau mengajak bercinta?" hati saya mempersoal.
Jika ikhlas mencari petunjuk, dia sepatutnya berjumpa ustaz, bukan berjumpa saya. Berjumpa saya hanya menyebabkan ruang  maksiat terbuka luas.
Sekalipun dia mengajak saya bernikah agar saya dapat mengubahnya, saya tidak boleh jahil tabiat lelaki. Lelaki lazimnya tidak suka sekiranya seorang isteri mengubah dirinya. Sekiranya peluang membuat perubahan itu ada tapi tidak boleh terlalu dipercaya. Peluangnya tipis sahaja.
Tatkala lelaki memegang darjat suami, keegoan mudah merasuk diri. Sukar mengikut kehendak orang lain apatah lagi kehendak isteri. Mengubah tabiat lelaki sangatlah payah. Apatah lagi, sekiranya cara hidupnya terbiasa dengan alpa dan dosa sejak muda.
Perlukah saya memperjudikan masa depan dengan menikahi lelaki yang tidak mampu membimbing diri sendiri? Adakah dia mempunyai modal untuk membimbing keluarganya nanti?
"Orang minta bimbingan saja. Kenapa fikir jauh sampai soal nikah?" syaitan mengejek saya.
"Jika aku berani memulakan, kena fikir kesudahan. Nikah dengan lelaki sebegini atau membiarkan anggota badan berzina. Baik abaikan sahaja." Saya patahkan hujah syaitan.
Seorang rakan menuju ke arah saya kemudian duduk di sebelah.
"Ramai kawan-kawan kita suka gandingkan nama awak dengan Presiden. Boleh saya tahu hal sebenarnya?" dia mengorek rahsia.
"Itu gosip sahaja. Kami tiada apa-apa," jawab saya.
Saya menyembunyikan rahsia bahawa memang benar Presiden pernah menghantar surat risikan kepada saya. Cuma, istikharah dan musyawarah saya dengan ibubapa belum mengatakan dialah orangnya. First thing first.
"Alhamdulillah. Saya sebenarnya sudah lama minat pada Presiden," dia meluahkan.
Saya tidak pelik mendengarnya. Wanita yang baik mudah tertarik kepada lelaki yang baik. Itu fitrah. Wanita yang jahat mudah tertarik kepada lelaki yang jahat. Begitulah sebaliknya. Saya tadahkan telinga mendengar bicara hatinya.
Katanya, yang ini lain. Rasa tertarik itu pada kesolehannya. Pada akhlaknya. Pada kesamaan visi dan misi dalam dakwah. Masing-masing tahu ada batasan. Dilemanya, hati mendesak untuk memberi perhatian. Hati mendesak untuk menunjukkan sikap memahami. Hati mendesak untuk saling berpesan-pesan atas kebenaran dan kesabaran.
"Awak ikut desakan hati?" saya bertanya.

"Saya meminta dia menjaga, memperhatikan atau menasihati saya agar istiqamah," katanya.
"Lalu, apa yang terjadi?"saya berkata.
Dia meluahkan lagi,
Setiap hari...
Kalau tidak bertemu, rasa ada suatu yang hilang. Perlu segera diintai-intaikan.
Ada kerisauan tentang dirinya. Ada keinginan kuat untuk tahu kondisinya.
Andai bertemu, berpandangan, atau SMS muncul pula rasa bersalah, gelisah, menyesal dan takut membuat Allah murka. Kenapa ya?
"Kerana hati awak masih hidup mengenal mana dosa dan mana pahala," jawab saya.
"Lepas saya mengungkap cinta kerana Allah, dia seakan menjauhkan diri. Salahkah saya?" dia bertanya.
"Tanyalah hati. Bimbang, ungkapan cinta Yang Esa tapi pengisian leka dari-Nya," jawab saya.
Saya berkongsi pendapat dengannya. Dalam hubungan yang tidak halal, cinta yang fitrah amatlah senang bertukar menjadi fitnah. Sukar mengenali mana cinta dan mana nafsu kerana topengnya handal, sukar dikenali. Orang yang biasa mendidik hati mampu mengenalinya.
Saya tidak mahu terlalu mudah mengungkap cinta. Siapa yang bakal menerima ungkapan cinta mestilah lelaki high class bukan lelaki sembarangan. Perlu ada matlamat. Perlu lihat kesudahan. Menghampiri syurga atau menghampiri neraka?
Saya berpesan supaya tidak perlu bertindak bodoh mengucapkan "Good bye" kepada dunia andai kehilangan cinta manusia. Patah tumbuh hilang berganti. Yang penting, Allah setia mencintai.
Selepas rakan saya itu beredar, saya jadi tertanya-tanya. Kenapa wanita kaya, cantik, bijak, menarik dan solehah sepertinya tidak mendapat tempat di hati Presiden? Kenapa Presiden lebih sanggup cuba mendapatkan saya? Saya cuma seorang gadis yang sangat sederhana.
Saya semakin arif tabiat lelaki. Secara semulajadinya, lelaki sukakan cabaran. Yang mudah menyerah diri, mudah pula disakiti. Yang sukar didapati, semakin bersungguh dia mencari. Maka, saya perlu terus menghunus duri. Agar cinta ini terpelihara untuk seorang suami yang diredhai Ilahi.
Saya mesti terus belajar tabiat lelaki. Bukan untuk menyaingi atau mengalahkan mereka. Saya cuma tidak mahu diperdaya. Saya melihat betapa ramai wanita telah dipermainkan. Mereka gagal mempertahankan diri. Mereka gagal keluar dari kebergantungan kepada permainan cinta sandiwara lelaki.
Saya tahu saya tidak mampu mengubah tabiat lelaki. Tapi saya mampu membantunya menjadi lelaki sejati. Bukan dengan cara melayan dan membimbingnya menjadi model lelaki idaman. Lelaki pasti mengambil kesempatan di atas sebuah kelembutan.
Caranya, saya mesti menghunus duri. Awas, jangan dekat! Jika mahu, dapatkan secara terhormat. Biar lelaki tahu, wanita itu untuk diselamat bukan diperalat untuk keseronokan sekejap.
Malah, setelah nanti saya telahpun bergelar isteri, saya tidak boleh berhenti untuk belajar tabiat lelaki. Lelaki suka berjanji dan cepat berubah hati. Saya melihat realiti masyarakat. Biar betapa baguspun seorang isteri melayani suaminya, masih ada lelaki yang gagal setia malah sesuka-hati memperdaya isterinya. Apatah lagi jika isterinya banyak kelemahan, ramai lelaki lebih suka menghukum daripada mendidik sehikmahnya.
Saya yakin, ada suatu rahsia yang menggerakkan tindakan lelaki. Saya mesti arif rahsia ini. What you see is what you get. Saya mesti bijak menyelaraskan 'sudut pandang' terhadap sesuatu isu sensitif yang melingkari alam rumah tangga sejak mula. Perlu juga ada jaminan undang-undang untuk mempersiapkan diri pada sebarang kemungkinan. Bukan kerana tidak percaya tapi kerana tabiat lelaki cepat berubah.

Sumber : I Luv Islam
Penulis : Fatimah Syarha Mohd Nordin (penuls novel idola aku)
Pengarang Novel Pemilik Cintaku setelah Allah & Rasul

Friday, December 7, 2012

" Kurangnya Aku "

Sekarang, pada usia 20 tahun, semangat berkobar kobar nak buat lesen kereta baru timbul. Orang lain dah ke negeri China bawak kereta.(tipu). Maksud nya di sini, selama aku hidup ni.. aku like a lady boss. Haha. Cuba teka kenapa ya? Sebab aku ade supir(driver) sendiri..ngeh..ngeh..Free tak berbayar. Makin tebal la poket aku. Melampau anak dato'. Haha..

Berbekalkan cuti semester selama sebulan lebih, dan duit yang baru saja turun dari langit terus masuk ke akaun Bank Rakyat aku, maka terlaksanalah impian seorang gadis bernama Arifah menggapai impian untuk pegang stereng kereta tak lama lagi. *clap, clap, clap*

Maka semalam,Bermulalah sesi berceramah dari jam 10 pagi-4.30 ptg. Gila tak kebas punggung aku. Sesi pertama, cina tua yang aku tak paham langsung apa dia duk merepek kat depan sorang sorang. Yang pasti semuorang bosan..tekkkkkkk...Termasuk aku yang kecik pastu duk kat belakang sekali pastu duk kat dua amoi Cina kat sebelah. Mati kutu aku lah aku jawabnya.

Psstt..okay..aku nak pecahkan satu rahsia. Nak tau tak ? sedih !___! aku kan aku kan aku kan. Segan merah pipi nak bagitau. Aku...tension dooo! Aku kan...huwaaaaaaaaa ;'(
ada satu jenis penyakit yang sangat mengilatensionkan selama ni dan sekarang. Sebab sekarang aku nak buat lesennnnnnnnn !!!!! (nampak tak penulisan aku tu menunjukkan aku tension gila)






Aku buta warna *ok, boleh gelakkan saya dgn nada jahat sekarang* So, benda yang mudah dah jadi rumit. Aku terpaksa pegi medical check up pagi tadi untuk mengesahkan kebutaan warna mata aku ni. Tskkk..tskkk* sedih, lap hingus*..Tapi aku buta, tak lah sampai tak tau kaler asas. Teruk benor dah tu. Alhamdulillah..aku layak nak buat lesen kereta. Doktor tamil tadi dah sahkan. Haha..Melayang duit I duopuloh hinggit tadi. Sedih kan?

Nak buat camne? aku tak mintak pun nak buta rabun warna..Sebenarnya penyakit buta warna ni sejenis penyakit berketurunan. Yes..sebab abah dengan abang long aku alami masalah yang sama dengan aku. BUTA WARNA. Siap bold lagi.

Penyebab buta warna


  • Buta warna adalah keadaan yang diturunkan secara genetik. Dibawa oleh kromosom X pada perempuan, buta warna diturunkan kepada anak-anaknya. Ketika seseorang mengalami buta warna, mata mereka tidak mampu menghasilkan keseluruhan pigmen yang diperlukan untuk mata berfungsi dengan normal.
Inilah kekurangan aku. Tak mampu nak elak. Kalau rabun mata boleh pakai lens atau spec. Tapi kalau rabun warna ? Nothing...

Mungkin kurangnya aku kat sini. Siapa tahu aku pun punya kelebihan yang orang lain tak nampak, tapi hanya tuhan yang tahu. Nak hentak hentak kaki tanda protes pun tak guna. Kan? Jadi diri sendiri je, proud to be urself.

Doakan aku lulus ujian Statik ya. Tak pasal pasal kena study buka buku. Aku ingat cuti sem ni, aku nak anti buku. Tak jadi lah. Ok baiii....


Thursday, December 6, 2012

Dulu dan sekarang.

How much I miss my friends :'( Only Allah knows.
Terlalu banyak kenangan yang kita cipta, dulu dan sekarang.. aku mohon semua masih pakukan kemas segala precious memories supaya tidak terbang bersama angin.

-2010-
We are young, we are single.
-2010-
Tuhan berikan aku teman teman yang tiada ganti.
:
:
:
:
:
Sekarang ? 2012 ?
Semua nya dah berubah menjadi wanita. Haha..dulu gegurl lagi.. sekarang dah matang. Dulu pra-matang. Tahniah tahniah..

Engaged :)
Married :)

Dan Miera sudah punya baby boy :)
Tapi semua nya masih gila gila. Tunggu jadi nenek orang baru otak semua okayy kan ? Haha..Bahagia kan tengok kawan senang hati? Alhamdulillah..sekarang tengah tunggu turn Azwanie dgn Angah plak berubah status bujang. Hehe ;P

Wednesday, December 5, 2012

Sumpahan tidur

Hobi mak selama aku bercuti semester ni, bebelan tanpa henti dan boikot dari anak dara dia. Tabiat aku sejak dahulu kala, asal cuti sem pukul 2-3 pagi "alaaa, malam masih muda" Bengap ke apa manusia jenis ni? Haha..Okayy, malam masih muda aku, bukan aku habiskan masa bersosial tahap gilavavi macam terkinja kinja kat club malam tu. Brrrr =,=

Anak dara siapa yang bangun awal pagi, Comment sini, mak aku berminat buat menantu.Ngehh..ngehh (ini, aku tipu). Buat macam abang aku tak laku pulak. No..No..No..
Manusia lain kata aku untung badan, makan banyak tido banyak, tapi badan tak naik..Yaa..yaa aku untung di situ. Siapa tahu dalam diam aku berpenyakit.So, kalian diam.. Haahhh, saspen...hehehehe :)

Tido lambat, bangun lambat, sambung tido pulak petang. Dasar enggak tau diuntung apa? Bagi hidup nak tido je kejanya macam dah tak nak bangun bangun..
Harus berubah, sebelum otak aku makin mereng..banyak effect buruk sebenarnya :(

Yang aku tahu, bila aku buat keja tak berpaedah ni (Tidur tu ibadah, tapi kalau dah berlebihan, lagak macam kau dah tak sabar nak mati, Hehe) otak aku tak berfungsi secara waras. Bukan sewel. Tapi aku rasa macam ehh, asal orang lain cepat pick up, aku punya otak loading lama sangat baru nak pick up? hahhh camtu. Otak dah tersumbat. !__!

Ni aku tak tipu. Kisah benar ni. Satu hari tu kan aku tido petang sampai tak sedar diri. Dah la hujan memang tak reti bahasa malaysia kalau orang dah cakap tido petang boleh buat kau jadi gila. Sekali aku bangun tengok jam dah pukul 7 lebih, sentak mak jemah " Aku dah lambat nak pi class ni, macam gila ahh kelam kabut tu. Sumpah kelam kabut. Lama...... lama...lama...aku pun sedar, masa tu bukan pagi tapi maghrib. Hahh...padan muka ekau! tidor lagi petang kang dah jadi gila sekejap. Haha :)

Kalau nak rasa jadi gila jap, boleh ahh try tido mati sampai ke maghrib eh. Tau lah rasa dia camne..ngeee~

Kalau nak jadi manusia normal, bawak bawaklah badan tu pegi jogging ke petang petang, baru otak cergas badan sihat. Badan ramping, jauhi obesiti. Utamakan kesihatan :)
Dah boleh jadi pakar kesihatan dah aku ni. Ok bai !







Monday, December 3, 2012

" Segmen : 10 BERTUAH DAPAT HEADER FREE "

Assalamualaikum, hi :)

Menarik kan ? Nak join ? klik banner kat atas yer ;)
Tarikh tutup : Tak ditetapkan. So, janganlah lepaskan peluang..hehehe

Sunday, December 2, 2012

Tiba tiba jadi gila.

Perubahan drastik terjadi saat saat aku pun tak peduli. Secara tiba tiba aku jadi gila. Bukan gila meroyan mati laki anak ke hapee..Gila ngan saka rimau. Ehh, ehh..sedap mulut tangan menaip mulut lancang nampak tuan belog.

Konon-konon, mula nya..ahhh tak main tengok Malaysia lawan. Lembik doo ! Kata aku. Tapi adik lelaki aku buat koya tengok bola masa Malaysia Vs Singapore beberapa hari sebelumnya.
Sekali main, Malaysia kalah teruk. Kan betul aku cakap Malaysia main bola macam main joget joget. Suddenly...ngee..dalam aku duk kata gitu tiba tiba tuhan lembutkan hati jadi peminat setia #HarimauMalaya malam tu jugak. Gila ayat aku..! Kalah kalah pun, semangat jerit keluar anak tekak jugak tengok malaysia lawan. Kecewa..tapi hasil nya..bersambung di perenggan yg berikut =====>>>>

Sehingga lah, jodoh aku dengan #HarimauMalaya makin dekat dan kuat. Aku tertunggu tunggu saat saat game Malaysia lawan Laos malam..emmm..malam bila eh? ohh..malam tuu..hahaha..Secara sukarela aku unofficial jadi pengulas sukan bola sepak paling masyhur dalam dunia sendiri. Hahahahaha :) sekali menangggggggg! kau!!! 4-1 doo..

Sape yang gol kan-
Safiq Rahim
Wan Zack Haikal (aku agak, dia ni bakal pemes macam apek. Mohon jangan lupa diri ye sayang. Ehh, tergatal plak)
Safee sali
Khairil Muhaimi


weii, cite dah basi laaa..Tau.. saje nak mengimbau kenangan.

Okayy, ni cerita segar. Uollss tengok tak tadi hebat tak hebat anak anak Rajagopal main tendang tendang bola kat padang tadi? meletooppp cite dia. Sorry bapak bapak ibu ibu indon yang sedang nonton game tadi, harap diberi tahap kesabaran yang maksima ya? No kutuk kutuk Malaysia, no bash bash #HarimauMalaya..

Malaysia layak ke peringkat separuh akhir. Lawan cik abe cik abe Thailand pulop ! 
Tahniah dari aku yang entah hape hape ni..

Selamanya selamanya selamanya Harimau Malaya..Harimau Malaya..Eleeeeleee..ooooooo..eleeeeelee..oooooo...
Harimau kami cekap gelecek Pertahanan lawan tumbang sederet.........
Semangat lebih ekau ni !!!!

Ingin ditegaskan..I tengok bola bukan pemain okayyy !
Tengok jeling jeling sikit biasa ahhh..hahahahaha ;P
Like this====>..ehh, handsome nya Jersi 25 tu *kenyit kenyit mata*
Siapa jersi 25 tu eh?? cuba teka ;) hahahaha...

 
© Copyright | All Right Reserved | Edit By SehijauBlogRA