Friday, April 26, 2013

" All the Best My Sayang's "


Dan satu minggu revision week telah berakhir dengan selamatnya. Biasa revision week, orang dah boleh goyang kaki tunggu nak jawab final je, tapi kita tak macam tu. Deret hari hari okay quiz, test, quiz, test.

Sokayy, dah tamat pun minggu stress sedunia. Yang tinggal, enam paper untuk final exam last semester. Confirm rindu suasana class nanti. Dah tak dengar lecturer bebel itu ini, riwayat mesej " class ATAP cancel " pasti sudah tidak ku dengar lagi. Hihihi. Mesti kita rindu nanti.


Untuk kawan kawan yang tuhan pinjamkan untuk saya selama hampir tiga tahun ni :

Semoga ilmu kita diberkati.

 Apa yang aku tahu dalam minggu stress sedunia, keadaan kita dah lain macam sikit kan? dah tak kecoh kecoh macam dulu dulu.

Ada yang tersinggung, mohon ampun. Mana yang salah maafkan. Kita pun dah tak lama. Tinggal bape jam, bape saat je lagi kita nak hadap muka masing-masing. Berlapang dada, maafkan salah bicara.


Aku mengharapkan yang terbaik untuk kita semua. Aku abadikan kenangan kita bersenang hati sama sama, kita gurau gurau kecik hati sama sama, kita jalan pergi class sama sama, kita lepak study ramai ramai dalam library sama sama, kita lepak makan sama sama kat cafe sambil cuci mata. Korang jangan lupa benda ni semua bole?


Sekiranya, ada kata kata yang mengguris hati kecik semua, harap dihapus dan dimaafkan untuk yang ke sekian kali nya.


Okay, macam dah banyak gila kot perkataan ganda ganda kat atas ni kan. Tension plak orang nak baca nanti.








All the best to My Sayang's kat atas aku ni. Good luck, lebiu much much gitewwww !



Thursday, April 11, 2013

Blissful Night Blocking : Sebelum dinner :)

Entry terbaru, akhirnya tertaip jua. Kesinambungan sweet moment untuk seterusnya. Nanti bila rindu, aku datang jenguk balik semua entry entry " Blissful Night Blocking".

Dan, sebelum dinner :)


Makanan puas hati. Tak tertanggung dek perur punya lah banyak menu. Sape suka makan, sangat lah bahagia malam tu. Hahaha :)











Aummmmm...nyum nyum. Hikhikhik ;P






Tersusun molek hadiah kita. Berlambak, sampai tak cukup tangan malam tu. Hahaha.




Final part untuk Blissful Night Blocking masih belum kunjung tiba. Bila nak update lah plak. Assignment bersiap sedia mintak di siapkan. Layan dengan tak layan je. Ngeeee ~~

Sunday, April 7, 2013

Blissful Night Blocking : Petang di De Rhu Beach Resort :)

Dah tungkus lumus prepare segala macam hadiah untuk dua tiga malam, ngeee~tup tup tup Jumaat bersamaan 5 April 2013 pun datang secara tiba tiba :) terkejut mak Tipah :P

Dalam pukul 4 bertolak ke De Rhu Beach Resort. Kami punya dinner di sana ye.




On the way. Menyempatlah aku bergambar sakan. Jarang jarang dapat bersama dengan dua dua kelas camnie. Last pun masa trip ke Parlimen tahun lepas :)







Seronok bukan kepalang dah ni. Siap ada buat tarian joget lagi kat belakang bas sambil nyanyi lagu Datuk Siti ekau ! Amani,sedap suara hang karoake dalam bas. Kalah shila amzah. Hahaha (tibatiba).










Sampai jua akhirnya ! Dah sampai tu, simpan barang, solat and enjoy bersukaneka di tepi pantai yahoooooooo! uolss group I dapat number one tau.











Semangat kan sorang sorang. Semua dop menyabor nak baling belon air. Main nya berterabur blake group masing masing.





Sweet moment ever :')





Ramai nya hantu tepung kat atas ni. Ketua dia si Hazman, Maidatul yang punya. Heroin hantu tepung jatuh kepada Datin Anna. Hahaha..bam bam boom kat Asri kena baling tepung habis habisan sebab...Asri kan birthday boy haritu :D


Habis sukaneka, semua menggedik teruja nak terjun dalam swimming pool. Aku salah sorang darinya. Tapi harammm, berenang langsung tak reti. Sedih !


Sekali tak reti jugak berenang, terdampar macam duyung je lah kat tepi kolam tu. Kesian. Hahaha :p


Dalam 6.30, semua dah berkejar naik atas. Yelah, tak sabar nak bergaya sakan untuk dinner malamnya. Nak pakai cantik cantik, nak mekap tebal macam zombie, nak pakai heels tinggi kan kan? (semua ciri di atas terkena di batang hidung sendiri)

Nantikan final entry untuk Blissful Night Blocking :)

salam sayang,
Alien Kecik.

Saturday, April 6, 2013

Blissful Night Blocking : In Progress :)

5 APRIL 2013/FRIDAY.

Alhamdulillah, dinner sem 5 Diploma In Accountancy berjaya dengan sangat sangat jaya nya :). Walaupun mula mula susah sangat nak dapat kerjasama dari yang lain.

Entry kali ni, tak lah aku nak bercerita sepenuhnya tentang moment manis semalam. Sebab gambar yang tertangkap terlalulah banyak. Di setiap gambar ada cerita :')


In progress :

Kemain sibuk kami membeli, membungkus, membalut doorgift, hadiah, hamper and macam macam lah. Bilik kami tak yah nak cakap. Dua tiga malam sebelum dinner dah macam rumah kenduri kawen. Hahaha. Penat tapi berbaloi :)



 Banyak tak banyak makanan kanak kanak ribena kita? hahaha :) Macam nak bungkus untuk tetamu yang datang rumah orang kawen kan? hahaha. Kaya dengan makanan je dinner kami kali ni :)



Hadiah sebelum di balut cantik oleh tangan tangan kami :) Macam macam hadiah ada tau?


Done, bahgian doorgift dengan hadiah. NEXT ENTRY, Petang di DE RHU RESORT :) Tunggu tau ^__^
 
© Copyright | All Right Reserved | Edit By SehijauBlogRA