Tuesday, May 21, 2013

Hampir ke penghujung.


Sikit je lagi nak sampai ke penghujung. Selesai last paper Taxation, Alhamdulillah diberi kemudahan untuk menjawab :') Maka, berakhirlah sesi diploma bagi pembelajaran, yang tinggal hanya latihan industri untuk tiga bulan nanti. 

Syukur tak terkata, aku dah sampai ke tahap ni tanpa sebarang masalah. Yelah, accountancy bukan bidang yang aku minat dan suka. Tapi rezeki belajar aku berada di situ. Allah tunjuk jalan, even tak suka aku lepas semua final.


Kawan-kawan istimewa saya, mungkin lepas ni dah tak de perjanjian nak ke kelas pakai baju spesis sama bunga bunga kecik macam kat atas kan? tak de dah mengadu bawak buku teks Tax yang berat toksah nak kata tu. hehehe..adoi :')

Kita kenal awal tahun 2011, tanpa sangka kita akan jadi seakrab ni. Takdir perpisahan sudah sampai, kita dah habis diploma. Aku tahu mana ada pertemuan, pasti akhirnya ada perpisahan.

Korang nampak aku potpetpotpet tak behenti cakap lepas habis paper semalam, sebab aku tak rasa lagi kawan kawan aku tak de depan mata, tapi bila kat rumah baru kenangan kenangan lama mengantui balik. Hehehehe...pastu tiba tiba rasa sedih nak nangis. Ingatkan nak tahan, tapi dia gedik jugak nak kuar..acane ni T_T tskkkk...

Dalam berkawan, tak selalu ada tawanya. Kita semua pun sama :(. Ingat tak kita penah gaduh tak bercakap langsung. Aku dengan Anna pun boleh ada krisis bergaduh tak bercakap apatah lagi dengan korang kan? hambekkk..masing masing keras hati..tapi tu cuma kejap je. Kita tahu kita tak leh gaduh lama-lama. Tak de faedah pun. Mujur hati kita kuat dan sabar. Kita berteman balik macam dulu-dulu. Eh, korang.ingat tak dua tiga malam sebelum dinner tu, korang selalu lepak bilik kami kan? kita bungkus hadiah sama, buat video class sama, tiup belon besor besor kacau yuyu, sebab yuyu takut belon..kan?? hahaha..ingat tak masa tu, kawan kawan? best kan? penat lelah kita berbaloi sama-sama :')

Jangan lupa kenangan Blissful Night Blocking kita. Janji?


Selamat tinggal Taxation dan jugak kepada subjek subjek lain. Mesti aku rindu study dalam keadaan stress tak terkata. Hahaha ;P mesti rindu madam Farihin, yang suka ajak berborak. Hahaha..mesti rindu sesi sharing class madam Noraini dan mesti rindu bising-bising masa class madam Suriawati. hikhikhikhik...hah..apa yang korang rindu pasal aku? bagitau siket ;P mihmihmih..

Korang jangan rindu aku lebih lebih tau. Takut aku over terharu plak nanti. Hahaha..




Dear kalkulator, aku ceraikan kau dengan talak satu dulu buat masa skang. Ada rezeki, sambung degree kita berdua bersatu balik. Okay?

Selamat tinggal kawan kawan. Moga kita ketemu lagi, untuk hantar report LI !

Salam sayang,
dari budak yang suka hentak hentak kaki bila marah. Haha.


Wednesday, May 15, 2013

Picnic Bersama.

Masa yang ada tak di sia-siakan begitu saje. Sementera menempah maut menjawab paper audit, sempatlah kami satu class pergi jalan jalan mandi air terjun sambil bakar bakar ayam. Nyuumm~ syoknya! mihmihmih..




Panching, aku datang membawa segerombolan manusia. Kihkihkih :P



Sekali pandang, macam hape je kan ayam kitaorang, tapi dua tiga kali pandang sekali rasa bapak best weiii cicah plak dengan sos lada hitam hasil air tangan maidatul, kawan kita.





Teruskan usaha kalian membakar ayam sehingga masak. I mampu pandang dan makan saje. I ni pemalas, I tahu tu :P gedik sorang sorang kat blog sendiri. Yaayyh !





Syoknya, syoknya main air terjun. Hahh kau, siap bawak pelampung lagi orang atas tu. Kemain tau. Aku yang pendek ni pun tak pakai. hahaha..bangga diri la tu.


   
Yuyu, si puteri lilin,menyesal tak bawak baju lebih kan? kalau tak, boleh mandi. Sian yuyu, hehehe :P



Awang duaorang ni mengedik mat salleh, duk berjemur bawah matahari konon nya siap pakai spec hitam tak tahan tu. Kau tu dasar keaslian melayu hokeyy??? hahahaha ;D



Peace dari saya, nampak tak motif afnan tunjuk tapak tangan dia? sebab dia nak tunjuk dialah manusia paling gigih sekali yang membakar ayam sampai abis jadi hitam macamtu tangan. Mihmihmih...







Jemput makan, sekian dari kami. Sumber gambar di atas, banyak dari hasil tangan azan, sebab tu gambar tak bape nak comey sangat. Hahahaha :P sorry zan !

Saturday, May 11, 2013

Blissful Night Blocking- Final Part

Sampai jugak ke episod akhir cerita aku. Sekarang kan blog dah berubah kulit, semangat nak menaip berkobar kobar. Entry agak pendek kot kali ni. Kasi setel semua harini jugak.


Disetiap gambar wajibun ada muka aku hokey. Hahahahak. Sape la tak nak bergambar dengan Queen of the night Datin Anna ni kan? untung ler...


Hahh, bukan senang gambar azan ada dalam blog aku. Kata ana, Azan semart ngat malam tu. Maknanya azan sebelum dinner, bukan lah semart mana. Hikhikhik..gurau-gurau zan, jangan marah !







Wajah wajah penyumbang ilmu perakaunan. Ni tak semua ada tau. Jasamu dikenang :')



Besedia semua, ayuhh kita nyanyi sama sama. Sahabat untuk selamanya. Kau dan aku sahabat untuk selamanya bersama. Ngeh ngeh..sumbang suara sikit. Tak sedap, boleh jalan...mihmihmih...




Lambaian tangan para penyanyi mengambarkan betapa mereka gila happy dapat menyanyi ramai ramai seumur hidup. Hahhaha..kau tak tengok lagi gambar kat bawah, lagi nampak semangat waja mereka mendendangkan lagu sambil joget joget. Kau mampu?


Kan aku dah kata. Cuba cari lelaki mana yang mulut dia tak ternganga kat atas tu? tak ade kan? kesepaduan mulut belajar vokal namanya, ye kawan kawan.


Makin over plak dah aku tengok budak budak class aku ni. Happy semacam. Tak sedih tinggal kawan kawan kita ke? :'( over over tau.


DIA 5B :D


BOOM, Meletup kau ! selamat tinggal kawan ku, tak mudah aku pergi..ohhhooo..lalalalala ~~ okay, aku tak tau dah apa lirik dia lepastu.
setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Ok, bye !

Saturday, May 4, 2013

Blog berubah :')

Assalamualaikum, hye !


Maka secara rasminya, blog saya sudah berukar wajah hanya dalam masa sehari saje okay? so, apa pendapat uollss? okay tak?


Cehcehceh, macam aku plak yang edit sendiri kan? non hado nya ;P. Tak tahan header tu besar gila kot muka sendiri hehehehe :')


Apepun saya sangat berpuas hati. Untuk mata saya, nampak perfect :) so, uolls kalau berminat nak menempah, bolehlah buat tempahan kat blog MYRAVEA ni. Header yang myra design seriously semua nya cantik dan comel comel. Tak percaya? terjah blog beliau sekarang !!!!!


Harga boleh dirunding :) don't worry. Then, myra sangat friendly dalam melayan customer dia. Sehari je dia dah boleh siapkan header and template blog saya. Kalau myra free, memang cepat dia settlekan okay? hehehe..promote habis ni.

Okay lah, sampai di sini saje, Selamat mengundi :)

INIKALILAH !!!


Thursday, May 2, 2013

Blissful Night Blocking: PART 1

Perhatian kepada semua, selaku pembaca blog saya. Sudahkah anda membaca entry saya yang penuh dengan kesinambungan ini :)





Hamboi, hamboi..kemain berblissful kau ! tau tak apa di sebalik cerita sebenar aku ni? Ini semua cite kami, senior student Diploma in Accountancy punya dinner yang gempak tahap MasyaAllah, tak boleh lupa sehayat hidup. Ayat kena overrr okay!

Ni tulisan yang berjela ke gambar yang berjela japgi. Semua aku humban kat sini. Jangan bosan lagi, teruskan niat anda membaca entry aku sampai ke riwayat tulisan yang terakhir. ngehngehngeh...



Oleh kerana, aku ni bukanlah dari kalangan orang yang berketinggian ala ala model, segigih mungkin aku mencari kasut yang tinggi untuk di pakai malam dinner tu. hahaha, sila gelakkan saya !




Azan dan Wawa selaku penyambut tetamu yang comel dan encemmm ! Boo untuk Azan yang encemm la sangat tuuu..










Kalau anda nak tau, si sebelah aku ni adalah selaku mak andam tetap untuk muka aku ni tau? habis semua dia shading, jangan kata hidung, shawl pun dia boleh shading tau. Nak harap kita mekap sendiri, mungkin akan terhasil sorang lagi Zombie di bumi ni. Hahahahakk..



 Sebahagian dari claassmates. Bella, miza, yuyu (bukan yuyu zulaikha), umi and Cik Wan. Colour block sangat korang semua ni tau ? hekhekhek...






Abe- abe super senior kito belako ni deh.(tiba tiba jadi kelantaner) 


 Adakah mereka semua di atas sedang mengcoverkan muka agar kelihatan lebih macho? lebih macho? nape? kalau tak cover pun memang dah macho eh? banyak nya kita tanya soalan kat diri sendiri dalam perenggan ni. Tension hentak kepala.

  Sebahagian dari pensyarah perakaunan, tidak lupa buat anak madam Rohida yang sedang buat peace tu. Haaha..


Mereka berdua kaki gitar sama kaki nyanyi. Lihat di bawah. Konon konon power la tu Don Hisyam tu. Opssss !




Kau jangan main main dengan kitaorang punya emcee ni. Satu tinggi macho, satu rendah rendah comel. Terbaikk..i like uolss. Best tau tak korang jadi emcee, even dipilih last last minute.


Asik asik muka dia. Sape? tu hahh yang budak pakai shawl pink ala ala cinderella tu hahh. Bosan weh tengok dia je. Eh dah kau kenapa? ini kan belog dia. Memang penting dia tu dalam blog ni. HAHAHA...


Okay, jangan lerr marah, kita gurau je. Penat lah taip entry ni. Dekat sejam lebih jugak aku duk setelkan. Yelah, gambar berlambak tak tau nak campak mane. Nantikan sambungan cerita ni tau? cerita limited. Semua pawagam Malaysia tak de cerita macam aku buat ni. 

Salam sayang,
Arifah :0
 
© Copyright | All Right Reserved | Edit By SehijauBlogRA