Friday, August 5, 2011

KELEBIHAN SOLAT TERAWIH MALAM KELIMA &KEENAM

  • Kelebihan solat terawih malam kelima:
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang orang yang mengerjakan sembahyang di masjidil haram,masjidil madinah dam masjidil aqsa..
  • Kelebihan solat terawih malam keenam:
Allah SWT akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat malaikat yang bertawaf di baitul makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang orang yang mengerjakan terawih malam itu....

Kesedihan sikit..tak dapat nk rasa kelebihan solat terawih malam nie..coz hari nie aku breakfasting ngn budak budak klas aku..kt cafe kolej aku yg baru, yg berbatu batu jauh nya...hehehe..nk pegi berbuka pun tergedik gedik jalan dlm setengah jam kot baru sampai..ehh..yeke setengah jam?ke lebih lg?kurang sikit dr setengah jam kot..ape ape je la...

Dan lg sayu bila makanan yg aku order untuk makan,lmbat siap..ermm..lapar sgt masa tu..nk marah pun ada..tp kesabaran diperlukan disini..ok..aku pun nk blaja jd insan sabar jgk..sabar itu kan indah...salam ramadhan

2 comments:

  1. "مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ."

    "Sesiapa mengerjakan sembahyang malam dalam bulan Ramadhan, sedang ia beriman serta mengharapkan rahmat Allah Taala, maka ia akan diampunkan dosanya yang telah lalu" (1)



    "Qiamullail" (sembahyang malam) yang dimaksudkan dalam hadith ini ialah menghayati tiap-tiap malam bulan Ramadhan dengan sembahyang-sembahyang sunat - terutama sembahyang tarawih.



    Hadith ini menerangkan kelebihan atau fadhilat sembahyang tarawih serta balasan baik yang akan dikurniakan oleh Allah Taala kepada orang-orang yang mengerjakannya dengan ikhlas dan sempurna iaitu mengampunkan dosanya yang telah lalu.



    Kalimah "tarawih" ialah kata jama' dari perkataan "tarwihah" yang bermakna berhenti rehat, kerana orang-orang yang mengerjakan sembahyang tarawih akan berhenti sebentar pada tiap-tiap kali mereka selesai mengerjakan empat rakaat dengan dua salam.



    Mereka melakukan yang demikian sebanyak lima kali sepanjang dua puluh rakaat tarawih yang termaklum.
    Saya budak kurang belajar..kalau salah tolong tunjukkan..tq..

    ReplyDelete

Thankz ya! sudi komen =)
satu kiss, muahhh!!!

 
© Copyright | All Right Reserved | Edit By SehijauBlogRA