Thursday, March 28, 2013

Cuti-cuti di Hotspring, Perak.


Ceritanya dah berzaman. Sejak cuti hari raya cina dulu dulu. Tetiba petang ni baru terdetik nak bercerita di blog. Sambil makan nasi minyak kenduri sepupu, sempatlah semalamam berjimba dekat Felda Resistence (eh, betul ke ni nama dia?) hotspring Perak.


Nama je kolam air panas, tapi kolam air sejuk, air suam semua ade :) semua kolam aku mandi.


Seronok kemain bergambar si Raziq tu :)



Ameena not in mood. Tension + takut air. Tak syokk arr Ameena ni :P


My sister in law (kak Lin), my sis (esyah & mak su), anak buah mak jang (meena) and me :)


Boleh nampak tak keseronokan bermain air kat situ? Bhahahaha.




Si tembam, mak jang !!!!



Yang ni baru kat kolam air panas betul betul. Yang aku mandi kat atas tadi tu, kolam sejuk kanak kanak riang :') masa ni kami beli telur mentah, rebus kat kolam tu then terus masuk mulut buncitkan perut.



My Cousins :) masa ni memang chalet kat Hotspring di penuhi dengan kaum kerabat aku je. Mak teh, Mok Nah, Ayah cik, abang long semua ada lah. Aku cakap bukan korang kenal pun kan? hahahaha...


Ni kat kolam air suam. So, boleh la nak relak relak. Kalau kat air panas tu, rendam kaki je lah dapat. Yang paling penting, cuti raya Cina haritu terbaik bersama family :)

Friday, March 22, 2013

Lepas tension, update entry :')



Saya tak penah rasa nak kacau hidup orang. Tapi dia boleh rasa saya ni berdendam dengan dia. Dendam sebab apa ya? sebab cinta tak kesampaian atau apakah? please. please. Saya bukan pelakon cerekarama yang dendam dengan orang sebab benda yang leceh.




Saya akui, saya bukan dalam kalangan orang yang baik budi bahasa nya. Tapi kalau orang tak kacau hidup saya, perlu ke saya membazir masa yang tuhan dah tentukan untuk saya buat benda yang lebih baik dari berdendam dengan orang yang tak penting.



Benda yang jadik masa zaman muda semester 1 dan 2 tu tak penting ye awak, awak. TAK PENTING !


Jangan ganggu, jangan kacau hidup saya. Nak dendam buat apa, kalau kau tak penting. Nak marah sebab apa kalau kau bukan siapa siapa untuk aku?



p/s : Phone saya tak terima mesej orang pelik. Harap maklum. SILA TERASA.

Kan ada plak orang lain yang terasa. Susah dunia putar belit ni.



Maaf terkasar bicara, tapi hati saya semak sebab benda bukan cerdik. Saya datang kolej nak belajar, bukan nak kejar jantan. Saya datang kolej nak belajar, bukan nak cari musuh. Sekian terima kasih.






















Monday, March 18, 2013

At Kemaman : Kenduri kendara :')

Seharian jalan jalan cuci mata, singgah kenduri si kembar Diana Amir. Eh, diana amir ada kembar ke? Adee..muka sebijik macam Diana Amir, tapi sayang entry kali ni hanya dipenuhi gambar sendiri dan kawan kawan. Gambar pengantin?

Pengantin sibuk !___! pengantin merangkap kakak kepada kakak mate saya, Adda. Kitaorang pergi sekelas macam Adda plak nak kawin dengan orang Kedah. Alamak, Adda terlepas taip. Sorry :'(




Dua dara pingitan.


Tiga comel perasan, paling kuat perasan si tudung hijau. Saya tahu. Saya tahu. Bhahaha :P











  
Kami :')


Semua muka teringin nak naik pelamin sendiri. Hahahaha :D






Bila turn saya, bila turn saya??? Okay gatal.















Si Bob, driver yang comel..sorry Bob tak nampak muka. Fokus drive. Tension kan bawak pempuan jalan jalan? hahaha..banyak cerewet do !


Dari Maidatul, bukan tuan blog, selamat jalan Kemaman. Semoga bertemu lagi. Muahh, muahhh !

Thursday, March 14, 2013

Happy Wedding, Angah :-)

Sampai ke Jengka 19, sanggup saya redah semata mata nak tengok Angah pakai baju pengantin, mekap tebal tebal. Auww, tak sabar nak tunggu turn sendiri plak. Bhahahaha ;P



Dua dah kawin, sorang nya dah dapat baby boy. Hujung bulan 3 turn Yana, hujung bulan 4 turn Wanie. Berbaris panjang nampak. Haishh, sape plak lepas ni? tungguuuuuuuuuu !!!!
Hahahahaha ;)




Alhamdulillah, Angah pun dah selamat jadi isteri orang. Menangislah setan keparat tengok ramai yang lebih memilih untuk bernikah dari bercouple buat maksiat tak tentu pasal kan?




Nak bergambar dengan Angah pun tak menyempat, sibuk nya dia mengalahkan anak raja nak kawin. Lollz. Hahahaha.


Semoga Angah menjadi isteri yang solehah, Amin :')



Mama Yaa with her baby boy :') baby Aqil. Mujur la Yaa dengan husband dia ada, menumpang lah saya nak ke Majlis Angah.



Tengok baby Aqil, aunty omey dukung terus tak nangis, auhhh..sweet ! Berat jugak baby Aqil ni, tak larat mak cik sekepeng ni nak dukung lama lama. Hehehe..tak pe pegang anak sendiri nanti berat 10 kilo 3 bulan pun sanggup ibu mu usung kesana kemari.


Ayat menggedik nampak tuan blog.


Untuk Angah,


"Semoga Allah memberi berkah kepadamu dan atasmu serta mengumpulkan kamu berdua (pengantin laki laki dan perempuan) dalam kebaikkan "

Wednesday, March 13, 2013

Cerita Si Kaki Bangku.

Tak sangka si kaki bangku boleh tendang tendang bola sampai dapat JUARA !!! Bab bab berlari kat atas padang, serahkan pada saya, tapi bab tendang bola masuk gol serahkan pada team saya yang lain. Ehh, kita lawan futsal tau semalam? team kita juara doe !!!




Menang tak menang, main pun ikut sedap rasa je, berterabur ! Hahaha :P Tak nak ahh cite panjang..Sebab kita si kaki bangku malu nak story banyak banyak. Bhahahaha...




Anna semangat nak tendang bola tu.


First game, sempat bergambar dulu.







Membajet betul saya bergambar. Pandang ape ntah ?









Kecik kecik cili padi. Nampak je kecik Kak Su ni, kaki power kot !!!








Ok bai, Rainbow Futsal. Nanti kita jumpa tendang tendang bola lagi.
Alhamdulillah, tak sangka boleh menang walaupun aku tak lah menyumbang hebat mana untuk team sendiri. Hahahaha ;)

Monday, March 11, 2013

Selamat Hari Tua - Syuhada Yusof

Bedak Dettol yang saya beli, sekali lagi menjadi tanda ucapan birthday untuk Adda Yusof, selepas Eymah menjadi mangsa tahun lepas. Hehehe ;)



Ucapan kami, buat Adda :


Semoga panjang umur murah rezeki :)
Semoga menjadi roomate yang lebih matang dan rajin, hahaha :)
Berjaya dunia akhirat, Amin :')


HAPPY BIRTHDAY TO YOU !!!
UMUR MAKIN MAJU !!!
WE ALL LOVE YOU !!!
 
© Copyright | All Right Reserved | Edit By SehijauBlogRA