Ya Allah..tiba tiba rasa macam terbeban kat kepala..tak tau la nak cakap macam mane..mungkin terlalu lama aku terleka dengan kelalaian dunia..SubhanaAllah..Engkau masih memberi rasa kekesalan pada aku saat nie..
Saat saat rasa terbeban macam nie lah manusia mula hampir dengan Allah..aku pun begitu..aku manusia lemah,aku manusia tak sempurna..bila bahagia aku lupa Dia,bila kecewa aku datang menagih kasihNya..aku datang menuntut cinta hatiNya..
Ya Allah..sungguh Engkau Maha Penyayang Maha Pendengar..Engkau tidak pernah berpaling untuk memberi nikmat pada hambaMu..sehina mana hamba itu dimata manusia lain,hanya Engkau yang lebih mengetahui segalaNya..tautkanlah hatiku dengan hatiMu...jagalah hatiku ni Ya Allah...aku tak nak terlalu bahagia dengan nikmat dunia..aku mahu merasai kenikmatan di akhirat kelak..aku mahu ke Syurga Mu..walau aku tahu aku bukan hamba Mu yg selayaknya untuk singgah dan tinggal di syurgaMu...
Bila waktu telah berakhir..hanya amal yang dibawa...hayatilah...
0 comments:
Post a Comment
Thankz ya! sudi komen =)
satu kiss, muahhh!!!