Sunday, January 29, 2012

" Ape pun tak boleh "

Assalamualaikum...^_____^


Syukur, aku masih diberi nafas untuk menaip dan memberi nasihat kepada manusia lain walau aku tahu diri ni tak lah sesempurna manusia lain. Mungkin entri aku kali ni cukup panjang, bagi siapa yg sudi memberi pinjam hati dan jiwa mereka pada penulisan aku kali ni, terima kasih!



Aku tak tahu lah kenapa bila aku bukan FB je, hati aku akan rasa sangat kecewa dan sakit hati bila aku tengok kawan2 aku yang dulu nya ada ilmu agama sudah hilang ilmu nya dibuai dengan perasaan gembira berdamping dengan syaitan. Yeerr..aku tahu aku bukan nya wanita yg sempurna akhlak nya, aku juga rapuh kadang dalam menunaikan perintah nya.




Tapi kenapa  sahabat aku tu bangga menayang-nayang rambut mereka yang aku tahu sangat lawa tu, dan pantas mendapat pujian dr lelaki2 yg bukan muhrim mu..kau bangga dan berbesar hati dengan semua tu. Mana tak nya, kau bukan sorang-sorang kongi kegembiraan tu. Syaitan juga gembira dgn kebanggaan mu itu, kan?





 Salah kah aku menasihati mereka yang pernah aku kongsi ilmu tu bersama-bersama dulu2?? supaya balik semula ke jalan yg kita sama-sama lalui..jalan yg betul, dan kau pun takkan sesat. Aku bukan ustazah dan kadang aku terpikir siapalah aku untuk menaip meluahkan rasa seperti yang aku rasakan ni. Sebab aurat aku pun belum terjaga dgn sempurna lagi. Tapi sampai bila kita nk menunggu hidayah dan keikhlasan tu datang? kita kejar, kita cari benda tu INSYALLAH...Allah itu maha Besar Allah itu mampu memberi segala nikmat dan kurniaan Nya untuk kita.. Berdoa lah!



Bila aku nasihat, boleh dia kata APEPUN TAK BOLEH, BIAR BUMI INDONESIA BERGONCANG TAKKAN AKU MENYERAH KALAH, susah nya nak sedar kan kau nie? sampai kau boleh kata macam tu? boleh kau nak tunggu bumi Indon tu bergoncang tapi jangan sampai bumi Allah ni yg bergoncang dan kau tak sempat bertaubat.



Yesss... aku tahu walau kau tak tutup aurat tapi solat tetap kau dirikan.. SOLAT itu WAJIB dan tiang agama. Tutup aurat itu juga WAJIB , kerana di situlah aib mu terletak. Wahhh..suka awak ye, siap ada kawan tolong back up kat belakang lagi.sape tu? pakwe kau ke? pandai dia jaga maruah kau ye? siap kata ayat2 aku nak suruhnya kau jd baik macm dulu, kawan kau tu boleh kata ayat aku macam sial? terima kasih di ucapkan . Semoga bila ajal mu makin sampai, mulut mu yang manis berkata tu dipenuhi dgn zikrullah. Amin.


Susah sangat ke nak terima dengan hati terbuka. Aku pun pernah kena brainwash macm ni jugak. Lagi malu dari kau tahu tak? lelaki yg tegur cara pemakaian tudung aku. Kau? aku yang pempuan ni tolong ingatkan..bukan lelaki, syukurlah.. Tapi aku tak kisah semua tu, sebab malu aku pada ALLAH mengatasi segalanya...






1 comments:

  1. AKU SUKA NGAN ENTRI KAU NI....SEMOGA RAHMAT ALLAH SELALU BERSAMAMU DALAM BERDAKWAH

    ReplyDelete

Thankz ya! sudi komen =)
satu kiss, muahhh!!!

 
© Copyright | All Right Reserved | Edit By SehijauBlogRA