Assalamualaikum....^___^
p/s : entri panjang berinci-inci, tapi bacalah sekadar untuk beringat.
Aku penah kena tegur dengan sorang sahabat about my aurat, masa wedding kawan aku baru ni. Uollss tau ape first komen dia?
" Woow...fenomena YUNA "
Kalau anda semua, camne perasaan kena sentap dengan komen macam tu? marah? geram? sakit hati? malu??? yuuppp..kalau itu yang anda rasa, macam tu lah yang aku rasa saat tu.
Aku tak senyap mulut masa tu tau..aku bidas balik.
Why, aku bidas balik komen dia, sebab bagi aku, aku tak salah..aku pakai tudung ape, aku tutup aurat ape? ekcelii..dia bukan tegur aku sorang je, cause masa tu aku tangkap gambar rama-ramai dgn kawan2 aku yg lain.
Dan memang kalau tengok pun,.betol la ape yg dia cakap " fenomena Yuna". Semua nya bershawl cuma yang membezakan cara kami pakai tu tutup aurat tak? atau sekadar orang kata pakai untuk balut kepala, nampak leher tak pe, nampak dada tak pe...
Dan sedang asyik aku berbalas komen dgn sahabat LELAKI yer..yg menegur aku tu tadi..Then,tiba-tiba muncul la seorang ustaz..Woow,ustaz? apa salahnya..kerja baik. Dia ni pun kawan kpd sahabat lelaki tadi.
Lagi aku sentap macam kejutan budaya dek kerana komen nya yang nampak dari cara kasar nya lembut tapi bawak erti yg sangat dalam bagi aku "seorang ex student agama".
" Orang lain tak leh baca hati kamu, hanya ALLAH sahaja yang boleh menilai keimanan seseorang, mulut orang kita tak boleh nak tutup, macam2 sangkaan orang boleh kata kat kita, mugkin sekolah jugak dapat nama buruk, punca sebab apa? sebab awk semua kan,awak semua belajar ilmu agama kan.Beramal je la dgn ilmu yg ada, tak nak tudung labuh pun tak pe, tapi ikut syariat dan syaratnya. Jaga identiti seorang muslimah "
Itu lah manusia kan? susah nak terima kebaikkan..aku tak tunding jari kat orang lain, sebab aku sendiri pun macam tu. Tapi sekurang-kurang nya aku masih sedar.
" Sesungguhnya ALLAH suka akan hamba nya yang berubah dari baik menjadi lebih baik..dan berpesan-pesanlah tentang kebenaran dan kesabaran ( al-asr : ayat 3 )"
Tiba-tiba nak share cerita ni, bila tiba-tiba aku bukak FB tadi, then nampak budak sekolah lama aku dulu, duk tayang-tayang rambut dia yang ulik lagi mayang tu. Tak tahu nak kata apa #$%^***##$...Itu lah kata orang bila ilmu ada tapi tak amalkan!!!
✔ Bertudunglah walaupun keadaan terpaksa,
✔ Solatlah walaupun keadaan terpaksa,
✔ Puasalah walau keadaan terpaksa.
❀ Kerana kewajiban itu memang kadang kala sifatnya terpaksa,
❀ Dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah,
❀ Dan pada akhirnya hati pun menjadi ikhlas untuk beribadah kepadaNya~
♥ Jika harus menunggu keikhlasan hati lebih dulu untuk beribadah,
♥ Sampai bila nak menunggu??
♥ Umur kita pun belum tentu panjang .. Hidayah bukan untuk ditunggu, melainkan dicari.....
❀ܓ InsyaALLAH ~
❀ܓ Ia ibarat makanan, jika tidak disuap, manakan ia masuk ke mulut.. (◕‿◕)
btl jugak tu.. rugi ada ilmu tp xamalkan..
ReplyDelete