Tuesday, March 13, 2012

Sebab budu aku update.

Ye, aku tahu, tajuk entri boleh mengundang perasaan muak dekat orang. Ape kau hingat aku nak baca sangat ke entri merapu rabun raban nie?


Ahhh..sudah! tak nak baca, aku terima. Update tetap kena update. Hari-hari kena share dengan diary teknologi canggih ni pasal hidup aku sehari-hari. Nak memuaskan hati semua readers dan follower memang tak termampu lah..


Asal berblog kena ikhlas kan? cukup memuaskan hati sendiri pun dah oke :). Lama nya tak mengomel di sini, macam-macam jadik dalam hidup aku. Tak ngan hidup aku pun berkait dengan orang terdekat ngan hidup aku. Maksudnya, otometik jadi perencah kehidupan aku lah.Ayat berbelit-belit, aku yang baca balik pun susah nak faham.


Sebab budu aku update! haah..sebab aku nak heboh kat satu dunia yang tak makan budu tu, sebenarnya budu ni lagi lazat dari kek indulgence SECRET RECEIPE tu tau? nikmatnya makan budu tu tak tergambar oleh perasaan, hehehehe. Tambah 5 pinggan pun tak pe ; )


Budu busuk? heyyy..budu pun boleh buat orang cantik. Tak caye? pegi search sendiri kat GOOGLE.Betapa dalam seminggu ni aku alami hidup sebagai manusia, macam-macam benda aku dapat Ye, sebelom nie aku rubah dalam cite korean yang orang duk menggila tu MY GIRLFRIEND IS GUMIHO. tengok tak? kalau tak penah dengar tu bukan fanatik korean la kot. Lupakan pasal orang luar negara tuutt..


Balik semula ke alam nyata. Baru-baru nie aku mengalami keadaan dimana memang aku tak terjangka. Mak roomates aku meninggal malam jumaat lepas. AL-FATIHAH. Semoga mak ADDA ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.Amin.


Sedikit sebanyak benda ni, buat aku terasa kehilangan jugak. Sebab kita rapat ngan dia, so..sometime kita dapat rasa ape yang dia rasa. Aku doakan semoga kawan aku ni sentiasa kuat semangat walau orang kuat dalam hidup kita dah pegi tinggal kan kita. Sesungguhnya Allah itu sentiasa bersama-sama dengan hambaNya. Kita rapatkanlah diri dengan pencipta kita. InsyaAllah, kehilangan yang kita rasa sekejap tu akan beransur pergi.


Panjang nya karangan kita,akhirnya terluah..titik noktah dah sampai, ok bai...

0 comments:

Post a Comment

Thankz ya! sudi komen =)
satu kiss, muahhh!!!

 
© Copyright | All Right Reserved | Edit By SehijauBlogRA