Friday, August 10, 2012

" Siapa NUR ARIFAH "

Assalamualaikum..



aku berketinggian 148 cm berbekalkan berat 35 kg.underweight ? aku selau tanya dan kadang cuba salahkan diri kenapa fizikal aku tak cukup kalsium macam serata manusia lain..hehehe :-)

rasa rendah diri selalu ganggu hati dan pikiran aku. Ya, aku dah berusia 20 tahun. Lama..aku pikir..sampai satu tahap aku sedar. Manusia tu ada kelebihan dan kekurangan nya sendiri.

Nanti perfect sangat, orang dengki orang cemuh kita. Lebih baik bersederhana. Dulu bila rasa nak salahkan diri aku rasa aku lah manusia yang tak kenal erti nikmat hidup yang tuhan dah bagi.

Cukup 2 mata, 1 hati, 2 telinga 1 mulut, tapi masih merungut tentang diri. Kadang kadang bila aku berjalan dan aku nampak orang tu punya kekurangan aku mula pikir sendiri..

Sedang dia bahagia dgn apa yang dia ada, kenapa aku tak boleh ? padehal nak ikutkan, aku punya hidup tak de lah sesukar hidup dia? kenapa dia boleh tabah ? kenapa dia boleh kuat? kenapa dia boleh senyum dan syukur dengan apa yang dia ada skang, sedang kan aku tak ?

aku belajar kenal siapa aku bila aku di hadapan manusia. Rupa rupanya apa yang kita ada, tak semua orang ada..

Dan Pak Wahab serta puan Fatimah adalah insan yang aku rasa kenal sangat dengan NUR ARIFAH ni, tiada mereka..maka tak lahirlah aku kat dunia..

dengan berbekalkan umor 20 tahun, orang dari sisi luar boleh nilai aku lain, tapi dia bukan tau siapa sebenarnya aku..

Orang boleh nampak aku banyak cakap, tapi orang tak tau aku dilema..
orang boleh nampak aku ceria, tapi dia tak sedar dia buat aku terasa..emmm..manusia !

pening melebihi tahap apa dah aku ni bila pikir masalah diri. Mujur ada kekuatan yang paling kuat buat hati dan jiwa aku..

Tak de yang lain selain Dia, bila aku gelisah jiwa rasa tak tenang aku sebut nama Dia, automatik jiwa aku tenang..automatik masalah yang timpa tadi, aku rasa hilang. Hebat kan tamparan cinta ilahi..

Siapa kita sebenarnya..kita saje yang tau. Orang boleh nilai, tapi mungkin ada silap. Jadilah diri sendiri. Mana yang kita kurang kita jadikan tu kelebihan yang kita ada..hidup kena kuat, kalau tak macam mane nak hadap ujian tuhan..Ujian dari tuhan tu kan tanda Allah sayang kita...


aku sayang nyawa hati dan perasaan aku. Itu anugerah yang tak ternilai yang Allah dah bagi kat aku. aku cuba belajar untuk tidak kecewa dengan diri sendiri..

2 comments:

  1. hehe..kite same ketinggian la..cume berat sy lebih..kih3..

    ReplyDelete

Thankz ya! sudi komen =)
satu kiss, muahhh!!!

 
© Copyright | All Right Reserved | Edit By SehijauBlogRA