Cuti hari pertama aku bakalan berakhir, tunggu waktu beberapa jam dan saat lagi. Dan bila aku berada di sini (syurgaku rumahku) maka kiri kanan aku sudah tiada yang nama nya teman berjimba jimba siang malam malahan sebelum tido tengah malam pun kami masih bergelak tawa bersama. Wooow ! so sweet ! muahh, muahh *hug each other*.
Entry aku berkemungkinan mendapat A+++, sekiranya tajuk karangan pada hari ini ialah " ceritakan tentang sahabat karib, karangan haruslah tidak melebihi 1000 patah perkataan". Kren tangan I kalau habis 1000 words I kena describe bout my Bestfriendforever tiga orang ni ( bakalan aku ceritakan perihal mereka, sebentar lagi)
Manusia pantang kita buat baik dengan mereka, mudah dia nak ambik kesempatan. Bila kita kesiankan dia, dia pijak lumat lumat kepala kita. Siapa mereka? meraka manusia yang tak tahu nak hargai kebaikkan orang lain. Aku menyampah manusia jenis macam ni. Berlambak dah aku jumpa( tak tahu lah kot kot aku termasuk jugak dalam kelompok ni) kalau termasuk, im sorry. I janji I tak buat dah.
Manusia macam ni kan kan kan, suka ambik kesempatan kat kawan kawan aku. Cubalah bila orang buat baik, reti hargai sikit. Teringat cerita Ana, my bodyguard..tiba tiba aku rasa macam "eeeewww, orang punyalah kesian kat dia, dia boleh buat muka toyol kat Ana bila dia gunapakai barang Ana, dia tak pulang elok elok macam yang dia pinjam masa mula mula tu. *soryy, tak ade yang terasa kan*malas cerita panjang, nanti aku yang over nak marah orang, padehal Ana rilek je. Hahahaha *take a note* aku paling tak suka kalau orang buat jahat dengan kawan kawan aku. Hoookeeey??? sokayy lah kan, tiba tiba aku emo kat sini. Hahaha..Dah dah, balik semula kepada yang lebih berkait perihal tajuk entry aku sebentar tadi (macam skrip Wanita Hari Ini pulak )tak langsung..puihh!
Maka dengan ini, aku mulakan ;)
Are-da@syuhada-emm..emmm..ini dia Kak Ada kita. Ada suka gelak kuat. Dia punya gelak, kalau aku rasa benda tu tak kelakor pun aku boleh gelak sekali dengan dia sebab dengar cara dia gelak yang sangat lah overrr itu.(banyak pulak word "gelak" dalam mendescribe Ada ni) nampak tak apa yang sama? bukan kaler baju, bukan bukan...yaayyyh, kami punya ketinggian yang sama! hahaha#ehh, ketinggian apa benda nya#kerendahan yang sama la# hahaha...Hati Ada sedang berbunga sekarang(alaa..dalam hati ada taman), dan aku pun tumpang berbunga bunga untuk dia sekali.
Anna Liana- Aku rasa Allah kirim Ana ni memang untuk menceriakan kami berempat. Aku tak boleh nak emo marah secara kritikal bila Ana start buat lawak, kadang kadang lawak dia tu tak de lah bodoh mane, tapi bagi aku lawak dia boleh kalah dengan Mr Bean yang trolololol tuuu..hahahaha! Orang kalau tak kenal Ana ni, mesti akan kata Ana ni budak bajet*opss, sory Ana*nak tau kenapa? dia ni orang yang paling berani yang aku pernah jumpa. Kalau dia tak suka orang, laju je mulut dia "Sound" orang. Tapi, hati dia baik ;)hanya kami yang tahu.Mujur lah aku kawan ngan kau Ana, kalau tak mungkin kau salah sorang, orang yang aku anti kat kolej dengan perangai kau yang otai tu. Hahahaha :) but you are the bestforeverfriend i have. Kalau aku tension, dia lah tempat aku nak lemparkan jauh jauh rasa tension aku tu.
Eymah@ karimah- Tu dia, akak manis aku lagi sorang. Akak september, akak apa lagi. Hahhh, eymah kalau baca ni confirm geli dooo dengar aku panggil dia akak. Tapi itu lah kenyataan. Sudah ditakdirkan, I memang lebih muda diantara kalian bertiga. Hahahaha ;P Eymah suka ajar aku akaun. Sebab akaun aku bebal sikit. Dia ni memang kepala otak "nombor". Kalau Akaun tu, serah kat dia sorang lah. Ramai peminat dalam diam ni, hehehe. Sebelum tido tu, kalau tak bergelak ngan dia tak sah!Kami suka layan #Adam Hawa sama sama. Lepastu Eymah suka bentak marah marah kat Ain Hawani dalam cite tu sebab ego sangat tak nak terima Adam Mukhriz tu.Tension plak aku tengok cite ngan dia, overact lah pulak. Hahahaha ;P
Mula mula nak masuk sem empat ni, aku rasa dunia sangat tidak adil sebab kami dah tak dapat duduk sebilik lagi(gila kau, dunia tak adil terus aku bagi) rasa macam "alaaa..dah tak best ahh gini, dah tak boleh nak bergosip sekali" nanti susah dah arr nak story mory! padehal tak terpisah jauh pun bilik nya. Sebelah je kot. Haaha..Never mind, class still sama, group assignment tak menyempat kat orang lain dah. Memang tak berpisah lah. Selalu bersama :) ngeeee~ wa cakap sama lu, payah doo nak dapat group terbaik dari dorang ni.. sebab kami sekepala, seminda, seakal..Gituuu! tengok adil dan saksama..siap buat undian lagi sape first nak kena present Law...baru adil kan kan kan?
last last, aku yang first kena present. Terbaik lah :) I like, I memang suka bab bab bercakap depan orang ni. Rasa macam aku lah raja dimana yang lain semua kena dengar apa yang aku nak present kan tu, heheheheehe! osemm nya I*ini budak cakap bapak berlagak, sekeh kepala kan baru tau*
Dan ini lah kami. You are the best friends i have in the world ;D
Tiada ganti, special for you : Ana, Ada and Imah (my kakak kakak, uolsss)
tak dpt sebilik, terus ckp dunia tak adil ye. hahaha
ReplyDelete