Wednesday, November 19, 2014

BUSINESS ONLINE : ifahdreams

Sekarang ni memang musim semua orang nak meniaga kan? tak kira la meniaga secara online/offline. Semua ada kelebihan masing-masing. Sebab semua orang tahu salah satu cara nak kaya selain bersedekah =) heee,ialah berniaga. 9/10 rezeki adalah dari meniaga. 




So, memang tak hairanlah sekarang ni kalau semua orang berkejar kejar nak berbusiness kan? macam aku sendiri jugaklah. Sebelum ni aku ada buat business jual pakaian wanita macam dress and kurung dekat fb dengan instagram, tapi just sebagai agent je. Aku memang akui susah sangat nak dapat customer. Sebulan dalam 2-3 sales je aku dapat. Kesian kan? tapi aku belajar dari kesilapan. Mungkin masa tu aku tak pandai lagi nak marketkan business aku tu. Heeee. So, aku pun stop la buat business jual dress masa tu.




Sampailah dua tiga bulan sebelum ni tiba tiba terbukak hati nak berbusiness balik. Tapi sebagai dropship sahaja. sebab takde modal lagi nak buat business sendiri kan? Alhamdulillah, kali ni aku tak jual dah pakaian wanita, tapi jual produk produk kesihatan dan kecantikkan. Masa ni macam aku sungguh2 sket la nak berbusiness. Dapat plak supplier yang sangat baik dan bagus cara kerja dia. Pantas.




Aku pun dah pandai dah ambik strategi cara nak marketkan business aku ni, hahaha. So, aku try la mintak buat paid review dengan Ainan Tasneem and blogger famous abdi Ima sahaja. Sebab aku tahu kalau kita review dengan diaorang, Inshaa Allah diaorang promote and boleh tolong business kita lebih dikenali.




Sebabkan aku memang baru lagi, aku memang business pakai instagram je, facebook memang tak campur aduk dah. Follower baru je dalam 400+ macam tu je tapi Alhamdulillah, boleh dikatakan hari hari ada sales. Pernah sehari dapat rm70 okay. Tu baru sehari, belum sebulan lagi. Sebagai dropship aku rasa untung yang aku dapat tu dah berbaloi baloi sangat. Sebab kita just dropship je, tak perlu simpan barang dan tak perlu pos barang. Kerja aku just duduk kat rumah ambik order and submit.



Seronok sangat walaupun kita sebagai dropship aje, tapi selalu dapat positive feedback from my customers. Happy sebenarnya dapat tolong customer sendiri settle kan masalah skin diaorang ni.hehehe.



So, inshaa Allah..untung yang aku dapat ni aku nak kumpul nanti bolehlah buat business sendiri plak kan? tapi ni just side income je. Sebab aku dah ada kerja full time buat masa ni. Nak tau aku kerja sebagai apa? bukan kerja makan gaji, tapi...jeng jeng jeng......



ohhh, yaaa! sebelum tu kalau korang nak tau aku business jual produk apa? heee, jangan segan silu follow instashop aku ye, ifahdreams. yang dekat sidebar tu personal instagram aku bukan instashop aku.



Mana tau nanti kalau korang duk follow instashop aku tu boleh jumpa jalan penyelesaian masalah skin korang atau apa apa je. Kan?? testimoni customer pun dah banyak, Alhamdulillah, rezeki ALLAH bagi =)



see you next post yee !!


1 comments:

  1. bestnya ada business. .macam mana nak join dropship nie ye?

    ReplyDelete

Thankz ya! sudi komen =)
satu kiss, muahhh!!!

 
© Copyright | All Right Reserved | Edit By SehijauBlogRA