Sunday, November 23, 2014

Convocation Day.

Ni post versi throwback. Sebab aku dah konvo lebih sebulan yang lalu dah. Tapi disebabkan dulu aku ajet ajet busy konon takde masa nak update, jadi aku biarkan saja.


Aku dah habis belaja lama dah sebenarnya. Tahun lepas bulan sembilan. Tapi konvo tahun ni. Mula mula tu macam tak nak pegi sebab dah takde mood. haahahaha. Surat pun dapat last minute, lagi la buat aku takde mood nak pegi. Sebab nak cari tempat tinggal lagi, susah. Call homestay semua dah penuh. Musim orang konvo la katakan. So, mak abah aku tak pegi la masa aku konvo tu. SEDIH! 

Last minute buat keputusan nak pegi. Tumpang rumah kawan kat Selayang. Konvo plak dekat PICC, Putrajaya. Nak hadap jammed lagi, memang pagi sebelum subuh la aku gerak jawabnya masa tu.



Malas nak cerita panjang. Tepek gambar sekeping dua dulu ahhhh.


Alhamdulillah,officially graduated from Mara Professional Collage in Diploma In Accountancy =) murah rezeki sambung degree. Buat masa ni tak lagi kot walaupun dari dulu memang bercita cita tinggi nak sambung degree.hahahaha.







Sahabat sahabat seperjuangan hadap quiz, test, exam belake semua. Semua grad, Alhamdulillah :) aku ni kecik jubah bapak ahh besar, macam jubah ahli silap mata dah aku nengok! spec pun dah campak kemana, sebab serabai pakai jubah besar besar. hahahaha.





Walaupun family tak dapat datang, Alhamdulillah sahabat sahabat masa sekolah Al Attas yang belajar dekat area sana semua sudi datang dan belikan bunga yang bertakhtakan POOH yang dah nak tercabut tu kat kita. ekekekeke. Sweet ahhh uolsss ni. Ni kita sayang ni. Muahhh muahh muahhh. terima kasih zizah, ena, ain and jihah. (aku lah manusia paling cinonet di situ)



 ok,bye. See u next post!

Wednesday, November 19, 2014

BUSINESS ONLINE : ifahdreams

Sekarang ni memang musim semua orang nak meniaga kan? tak kira la meniaga secara online/offline. Semua ada kelebihan masing-masing. Sebab semua orang tahu salah satu cara nak kaya selain bersedekah =) heee,ialah berniaga. 9/10 rezeki adalah dari meniaga. 




So, memang tak hairanlah sekarang ni kalau semua orang berkejar kejar nak berbusiness kan? macam aku sendiri jugaklah. Sebelum ni aku ada buat business jual pakaian wanita macam dress and kurung dekat fb dengan instagram, tapi just sebagai agent je. Aku memang akui susah sangat nak dapat customer. Sebulan dalam 2-3 sales je aku dapat. Kesian kan? tapi aku belajar dari kesilapan. Mungkin masa tu aku tak pandai lagi nak marketkan business aku tu. Heeee. So, aku pun stop la buat business jual dress masa tu.




Sampailah dua tiga bulan sebelum ni tiba tiba terbukak hati nak berbusiness balik. Tapi sebagai dropship sahaja. sebab takde modal lagi nak buat business sendiri kan? Alhamdulillah, kali ni aku tak jual dah pakaian wanita, tapi jual produk produk kesihatan dan kecantikkan. Masa ni macam aku sungguh2 sket la nak berbusiness. Dapat plak supplier yang sangat baik dan bagus cara kerja dia. Pantas.




Aku pun dah pandai dah ambik strategi cara nak marketkan business aku ni, hahaha. So, aku try la mintak buat paid review dengan Ainan Tasneem and blogger famous abdi Ima sahaja. Sebab aku tahu kalau kita review dengan diaorang, Inshaa Allah diaorang promote and boleh tolong business kita lebih dikenali.




Sebabkan aku memang baru lagi, aku memang business pakai instagram je, facebook memang tak campur aduk dah. Follower baru je dalam 400+ macam tu je tapi Alhamdulillah, boleh dikatakan hari hari ada sales. Pernah sehari dapat rm70 okay. Tu baru sehari, belum sebulan lagi. Sebagai dropship aku rasa untung yang aku dapat tu dah berbaloi baloi sangat. Sebab kita just dropship je, tak perlu simpan barang dan tak perlu pos barang. Kerja aku just duduk kat rumah ambik order and submit.



Seronok sangat walaupun kita sebagai dropship aje, tapi selalu dapat positive feedback from my customers. Happy sebenarnya dapat tolong customer sendiri settle kan masalah skin diaorang ni.hehehe.



So, inshaa Allah..untung yang aku dapat ni aku nak kumpul nanti bolehlah buat business sendiri plak kan? tapi ni just side income je. Sebab aku dah ada kerja full time buat masa ni. Nak tau aku kerja sebagai apa? bukan kerja makan gaji, tapi...jeng jeng jeng......



ohhh, yaaa! sebelum tu kalau korang nak tau aku business jual produk apa? heee, jangan segan silu follow instashop aku ye, ifahdreams. yang dekat sidebar tu personal instagram aku bukan instashop aku.



Mana tau nanti kalau korang duk follow instashop aku tu boleh jumpa jalan penyelesaian masalah skin korang atau apa apa je. Kan?? testimoni customer pun dah banyak, Alhamdulillah, rezeki ALLAH bagi =)



see you next post yee !!


BLOG BAJU BARU LAGI.

Setelah berbulan bulan blog diabaikan, bila sign in balik rasa macam nak ada perubahan sikit lah kan. Kali ni lebih simple, and harga untuk edit blog kali ni pun sangat la murah dan berbaloi baloi.Alhamdulillah.


Simple sebab lebih senang mata memandang. Ikutkan kat header tu aku nak letak gambar gigirl tengah minum coffee (gedik kan, ajet ajet je) hehehe, tapi tak jumpa jumpa plak gambar yang aku nak tu. Senang cite tambah bunga je sekuntum kat tengah tu. Bagi nampak nama "Nur Arifah" tu macam sweet sweet sikit.


Post yang poyo poyo pun dah banyak aku delete. Post pasal kawan2 tak sampai hati nak delete walaupun adalah perkataaan sepatah dua macam poyo sangat. hahahaha.


Sidebar kat tepi pun dah tak sarat macam sebelum ni. Simple simple gitu. Nak private tak? macam tak jadi je. Hihihihi. Kalau betul betul ada mood dan masa, inshaa Allah akan update apa aktiviti aku dalam tahun ni. Kalau takde yang baca pun, cukuplah untuk diri sendiri baca bila ada hari tuan blog ni bosan kan.



Nak tau, siapa yang edit blog aku? yang simple but nice. Aku suka, tenang je tengok blog sendiri. Kaler pink memang takleh lari. Inilah gerangannya (http://greenhousera.blogspot.com/) thanks awak, saya suka =)



so, sape nak servis edit blog yang cantik, murah dan cepat, bolehlah tempah dengan akak manis tu. Blog aku ni siap tak sampai sehari pun. hehehehe.



Okay tu je nak share. See u on next post yeee!

Monday, November 17, 2014

Banyak yang aku delete.

Hai, selamat malam. Lama tak meluah kat sini. Last pun tak tau bila sebab malas nak belek belek balik. Sebab kalau belek jadi malu sendiri sebab banyak post merapu. Ni dia buat fefeling letak lagu mendayu dayu pak Indon plak. Heheheehe. Kalau ada yang tetiba terbukak blog aku kalau rasa macam serabut je dengar lagu kat blog aku ni, takpe. Aku tak kisah pun. Korang boleh je stop kan lagu tu kat bawah. Hahhh, pegi stop sekarang.hihihi.


Serba salah nak menulis kat sini. sebab macam dah kaku je. Lepastu aku ada banyak cerita nak share pasal life aku. tapi tak syok la nak becerita kat sini, sebab kita tak kenal each other sangat kan. Hambek koya mat salleh plak minah ni.Padahal sebelum ni habis semua ko nak share kat sini kan?? alaaa, jangan lah diingatkan balik. aku malu seyhhhhhh (seyhhh hekkk ko)



Ni post last kot. Inshaa ALLAH. Konon nya nak private. tapi tapi serba salah plak nak private. Kang orang cakap aku gila plak duk bercerita sorang2 kat sini. Mana mana je lah.


berkenaan tajuk. tajuk tu macam takde kena mengena pun. tapi sebab aku blur nak letak tajuk apa. aku kalau boleh nak main sebat je apa aku nak tulis kat post ni, tak yah nak bertajuk tajuk bagai. Allah...panjang plak dah mukadimmah pasal tajuk. Ni baru cite pasal tajuk je, dah nak abis satu perenggan. kau mampu? berbalik pasal tajuk, sebenarnya main point dia aku dah banyak delete post2 aku sebelum ni. sebab haritu aku ada la duk usha usha post aku yang lama baca balik..ya rabbi, apa punya karangan aku buat la kat blog ni dulu. menggedik je keje kau kan.


ni pun tak boleh taip panjang2 sangat. Busy busy. Busy nak tido. Assalamualaikum =)


ada masa aku cerita. ada masa aku menaip. itupun kalau ada yang sudi.
 
© Copyright | All Right Reserved | Edit By SehijauBlogRA