Aku berpegang pada pesan nabi " Bahawa hati itu tenteram kepada kebaikkan dan gelisah terhadap kejahatan "Kalau ujian tu datang bertimpa timpa, itu tanda Allah sayang kita. Manusia cepat lupa bila kesenangan sentiasa bertakhta. Bila kesusahan mula tiba, hati mula meraba meraba mencari secebis kasih tuhan.
Hati yang tenteram, bila hati mu sentiasa ingat tuhan. Biar kita di pandang hina tapi kalau hati kita sudah berpaut pada tali ikatan yang kukuh dengan Allah, pasti kau tidak akan merasa kecewa.
Mengapa salahkan takdir tuhan bila kita tak mampu nak gapai sesuatu, sedangkan dalam hati kamu penuh dengan rasa kedengkian pada insan lain.
Renung balik mana khilaf nya kita sebagai manusia.. mungkin kita mudah lupa Allah? mungkin kita selalu buat perkara yang Allah larang.
P/s Ilmu itu cahaya, maksiat itu kegelapan. Fikir fikir kan?
#muhasabah diri.
dengan mengingati Allah hati akan tenang...
ReplyDeletebetul, sebesar mana pun dugaan, klw kita yakin itu ujian dari-nya, dan percaya ada hikmahnya, tentu kita akan tetap tabah dan sabar :)
ReplyDelete