Tuesday, November 13, 2012

Ubat untuk uolls bergelar STUDENT

Assalamualaikum, hai :)

Buat sesiapa yang pegang takhta "student". Aku ada ubat buat korang yang sedang mengalami gangguan emosi tahap kritikal, bukan maksud aku korang mengalami masalah jiwa macam GILA tu, bukan bukan. It's something like when uolsss sangat tension dan stress tunggu nak gila je, sebab kena hadap dengan buku buku just like me baru baru ni. Teheee :) aku nak share something yang boleh kalian jadikan panduan. Ecececehhh..ayat aku, tak boleh blaaaa...hehehe..

Aku rasa abis kepala otak aku lebur hafal punya hafal kes untuk paper Company Law semalam. Paksa otak, paksa akal kalau tak kau nak jawab apa nanti. Aku rasa beban yang amat. Aku admit aku banyak mengeluh. Aku rasa tu salah satu reason kenapa benda yang aku baca susah sangat masuk dalam kepala otak.

Heyyy, sangat mudah ya anak anak, ibu ibu untuk mendidik diri supaya menjadi kuat dan gagah dalam menghadapi apa saja ujian dari tuhan buat kita, kita perlu bijak nak tangani. Ya, aku di sini mahu berkongsi resepi hidup yang paling simple dalam dunia :-)

  • Banyakkan solat sunat (solat hajat, solat Dhuha=bertambah rezeki, solat tahajjud, solat witir dan paling penting solat sunat Taubat )
  • Baca Al Quran, jangan tinggal. Satu muka, sehari pun dah okayy. Yang penting baca, biar dalam sehari tu terisi sikit makanan untuk rohani, biar seimbang.
  • Bagi girls, yang ma'zurah/haid..banyakkan berzikir dan berdoa. Even korang tak boleh solat and baca Quran, jangan biar hati tu kosong tanpa sebut nama Allah dalam sehari. Nak nak time kita macam ni lah emosi selalu terganggu kan? biar setan bertanduk dua tu payah nak dekat ngan kita.
  • Banyakkan dengar ayat ayat Quran, sure 100% hati dan jiwa tenang(boleh cuba dengar, SELAWAT TERAPI JIWA BY UNIC, trust me..lagu terbaik abad ni..hehehe, sangat terbaik ;-D
Aku harap resepi ni sangat berguna, aku bukan dari kalangan yang bijak pandai dalam hal hal agama, cuma apa yang baik aku cuba sampaikan. Jaga hubungan dengan Allah tau. Ini hadiah buat kalian :)


Nur Arifah, Cintailah Allah sebelum cintakan dunia dan isinya, insyaAllah hati tenang :)

Lots of love,




Arifah Wahab.

2 comments:

  1. betul2..setuju semua tips yang diberikan..=)

    ReplyDelete
  2. nice entry :)

    Follow Blog Ni Kalau Sudi :)

    http://mynameishafizah.blogspot.com/

    ReplyDelete

Thankz ya! sudi komen =)
satu kiss, muahhh!!!

 
© Copyright | All Right Reserved | Edit By SehijauBlogRA