Wednesday, November 21, 2012

Untuk Mak a.k.a Kak Yah (Happy birthday)

Assalamualaikum, hai :)

Sebelum tarikh istimewa 21 November, melabuhkan tirainya izinkan aku mengucap syukur kepada Allah S.W.T kerana telah mengurniakan aku seorang insan yang bergelar "Emak" yang tak penah kenal erti jemu dalam menjaga dan mendidik aku dan adik beradik yang lain.

21 November 1958- My birhday's mom :)

Mak kecik (macam anak dia) tapi mak kuat jaga anak anak dia. Anak anak dia bukan sorang dua, tapi SEMBILAN orang. Kami degil, selalu tak dengar kata, tapi mak sabar. sebab mak kuat.(juga kuat membebel, ini perkara WAJIB)

Kalau bukan sebab mak, agak agak aku dah tak jadi manusia berguna sekarang. Atas ketegasan mak aku tahu banyak perkara dalam hidup.

Dulu masa mak hantar aku sekolah agama, aku bentak marah marah nak pindah, sebab tak suka duduk asrama. Tapi mak buat tak layan je bila aku buat hal nak pindah, nak lari dari sekolah tu. Sebab mak tahu aku takkan mampu lari dari situ. Disebabkan mak tak terlalu ikut kerenah anak dia, maka aku sekarang ALHAMDULILLAH, aku kenal erti dosa dan pahala.(ya, aku manusia biasa, takkan lari dari dosa). Banyak perkara yang aku belajar kat sekolah tu. Ni semua atas jasa mak :)

Dulu waktu kecik, mak bebel suruh solat, mak paksa belajar mengaji. Kadang kadang aku belajar mengaji dengan mak. Tapi sekarang, mak dah makin berusia, tiba masa kami bertukar.Aku pulak yang ajar mak mengaji, suka sangat bila mak tanya ni nak baca Quran, sebutan dia macam mana? aku rasa berbaloi dengan jasa mak selama ni, aku mampu tolong ajar mak bila mak susah nak sebut sesuatu ayat tu.

Ya Allah, dipikirkan pikirkan, memang tak berbalas jasa mak. Anak mak ni selalu buat mak rasa sedih kan? anak dia yang sorang ni dah la PEMALAS, selalu tak boleh harap :'(

Pintaku,



Bismillahirahmanirahim,
Ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Dengan segala rahmat kasih sayangMu,
Kau ampunilah dosa ibuku, kasihanilah dia,
jagakan dia dalam rahmatMu,
Berkatilah dan panjangkanlah umur ibuku,
Permudahkan setiap urusan ibuku,
titipkan sedikit KekuatanMu buat ibuku supaya dia mampu menjaga dan mendidik kami selama kami hidup di muka bumi ini
Curahkan kasih sayang dan nikmat Syurga buat ibuku, Fatimah Binti Yusof :')
Amin :)

Selamat hari lahir, mak


Sayang mak :'), slim kan mak kita? hahahaha ;)

1 comments:

  1. happy birthday utk mak you, dear :)
    semoga doa awak dimakbulkan oleh Allah, insyaAllah..
    hehe :)

    ReplyDelete

Thankz ya! sudi komen =)
satu kiss, muahhh!!!

 
© Copyright | All Right Reserved | Edit By SehijauBlogRA