Saturday, August 17, 2013

Aidilfitri 2- Raya Sakan.

Assalamualaikum, hye :)



Disebabkan raya pertama aku hambar, so aku ingat raya kedua tu aku nak raya sakan lah kan dengan kawan kawan sekolah menengah kat Pekan. 


Aku ingat bila lama tak jumpa ni perangai dah elok lah sikit kan. Alaa, perangai sopan santun macam bakal mak mak orang. Haram jadahhhh sikit pun tak berubah. Semua otak gila gila macam dulu. Hahahaha ;P





Tempat pertama di tuju, rumah Ain (membe lama). Ain ni spesis aku jugak. Tak handal masak, tapi skrang aku dah handal sikit. Hehehe..datang datang je rumah ain, mak dia plak tak de. Tapi dia ada lah..maksudnya dia lah yang masakkan untuk kami aritu.


Gila kau Ain masak mee masin bestttt gila gila(makan mee pagi raya pun jadilah) hahahaha..walaupun aku kaki kutuk paling power masakan ain tu, tapi aku lah jugak yang menambah 3 kali. mihmihmih..tak nak bagi ain kecik hati la konon nya..hahaha. Dia tak tau aku kebulur macam mane pagi tu...



siap siap beraya rumah ain, terus chauuu pegi rumah tok ilwanie. tetiba gi raya rumah tok orang. Hahaha..dah alang alang wanie ni ada kat situ, kita beraya teruslah kat situ kan. Lama tak jumpa dengan ilwanie ni. Maklumlah bakal bini PM (yang selalu disebut sebutkan oleh beliau) memang susah lah nak jumpa selalukan.


Ni pun nak datang naik angin jugak orang duk menelefon dia. tak nya diangkat angkat. busy duk basuh pinggan kat dapur katanya, tetamu ramai sangat nak datang. Tapi memang ramai betul la tetamu rumah dia haritu. Aku siap keliling meja salam dengan semua tetamu dia. sopan sangat kita tau, maluuu ;
p (hehehehe)



Ilwanie. tiada dalam gambar. hehe.

Ilwanie ni kaki gosip tau. kuat gila bergosip. kalah kiah propa Galaksi kau!

ngam la ngan aku. dalam kereta tu duk dengar suara dia je bercakap. orang lain yang tukang dengar pun penat. Dia? tak reti penat langsung.

lepas beraya kat rumah tok wanie, terus gi beraya rumah rohanis plak. Rohanis ni adik kepada warden kami masa sekolah dulu.


Kok Na (warden) ada la masa kitaorang datang tu. Malu, sebab masa sekolah dulu geng kami boleh di katakan paling nakal la  kat sekolah. Hahaha..
selalu lawan cakap Kok Na.

Kok Na ni ada anak tiga orang. dulu kecik kecik je lagi sekarang dah besar panjang. Dulu, kami memang kuat kianat kat anak kok Na ni. Ambik basikal dia gantung kat tempat tinggi lah. Sorok basikal dia lah, macam-macam.


disebabkan kami baik ngan adik kok Na ni ada satu rahsia yang kok Na tak penah tau sampai skarang. Asrama aku dulu selalu tak de air, petang petang nak mandi ramai orang. Sekali bawak baldi gi mandi dalam rumah kok Na. Hahaha..tengah syok2 mandi, tiba rohanis (adik kok Na) jerit cakap kok Na dah balik. Mahu tak tercabut kaki lari lintang pukang...hahahaha (banyak kali jugak buat keje ni)

Tak pasal pasal cerita pasal kok Na kat perenggan atas ni. Kok (kak) maksud dia ye.kang orang pelik plak nama warden aku gitu.


Nak balik tu, sempat lagi Kok Na tanya " ingat lagi tak sape yang kena jalan itik depan asrama laki dulu".

Semua diam, tahan malu. Kami lah tu..hahahaha...padan muka sape suruh tak turun study petang kan? hahahaa...


panjang plak part ni ***

puas beraya, pegi plak makan KFC. Tak pe Ilwanie blanja. Ngehh...


jemput makan, beraya di KFC. memang bising suara ilwanie je kot masa ni. Izzue islam kawin, ashraf muslim kawin lagi satu, abby abadi kawin, suami muda hensem plak tu semua dia cerita. betul, kalah kiah propa. jadi wartawan melodi sesuai jugak kau ni wanie. hahahaha


tengoklah ilwanie tu. Kalau makanan depan mata bangunan bergegar pun dia tak peduli.dahla kuat makan, kuat bergosip plak tu :P ishh..ishhh..dah keje kau sekarang. makan pun tak senonoh lagi, nak kawin camne ni?hehe..gurau je lah wanie ;D



Ain, tukang masak mee paling best abad ini. Hahahaha...



Salam Aidilfitri, dua sayawal dari saya melaporkan. mohom maaf terkasar bahasa :)

2 comments:

  1. selamat hari raya!

    btw, meh follow blog kite. blogwalking tiap hari pun boleh. hikss
    http://fianceetobe.blogspot.com/

    ReplyDelete

Thankz ya! sudi komen =)
satu kiss, muahhh!!!

 
© Copyright | All Right Reserved | Edit By SehijauBlogRA