Tuesday, October 4, 2011

KUDRAT SEORANG MAK..

Assalamualaikum,


Muka mak nampak tenang je..
muka mak nampak sabar je..
Kadang kadang tak tercapai dek akal
ape kekuatan mak sebenarnya dalam mendidik kami adik beradik seramai 9 orang nie..
Mak kuat, walau mak tak kena kerja keras macam abah ^_^
Mak tak habiskan duit nak motivasikan diri supaya jadik insan yang tabah dalam mendidik anak anak???tapi aku nak nyer jadik budak yang tabah kena dengar nasihat berpulun pulun dari orang lain,pegi dengar ceramah motivasi.menangis insaf..tapi kejap jer..tak lame.macam mak menginsafi diri mak pada Dia...

Ape kekuatan mak sebenarnya??
Lame aku tenung mata mak,lame aku pandang kelakuan mak,
Akhirnya aku tahu mane mak kumpul banyak banyak kekuatan mak sampai 
mak sekuat macam hero kat TV..cukup dengan bersujud dan berdoa kepada Dia,
Allah subhanawataala..Dia yang telah mengurniakan permata hati kepada mak aku..
Jadi pada Dia lah mak aku memohon kekuatan dan ketabahan dalam mendidik dan menjaga kami..

Macam macam dugaan mak dalam didik kami adik beradik, aku bukan anak yang mampu memberi sepenuh kegembiraan pada mak aku..aku sedar,aku penah salah tingkah dengan mak..

Mak..dengar anak mak nak cakap ni tahu..
walau saya tak sepintar anak anak kawan mak yang lain
saya nak bagi mak bahagia dengan cara saye yang lain..
Saya nak jage aurat saya,supaya nanti mak, abah,abang dan adik lelaki saye  tak menanggung dose saya yang tak pandai menjaga aurat..
Saya nak solat, supaya bila mak kembali kepada Dia suatu hari nanti doa hamba dan seorang anak ni akan termakbul kerana saya tahu pada Dia tempat untuk saya memohon supaya mak diberi sebaik sebaik tempat disane..SYURGAMU..dan jauhkan mak dari seburuk buruk tempat di sane NERAKA JAHANAM.. emak tak layak untuk berada di tempat yang buruk tu..saye berharap doa saye diterima tuhan sebagai tanda DOA kudus anak ikhlas untuk mak.....sayang mak sangat sangat...




*gamba hari lahir mak tahun lepas*

0 comments:

Post a Comment

Thankz ya! sudi komen =)
satu kiss, muahhh!!!

 
© Copyright | All Right Reserved | Edit By SehijauBlogRA