Saturday, January 26, 2013

Manusia dan Lidah.

Manusia? senang kita nak nilai dari pandangan kasar. Buruk orang senang kita nampak secara zahir. Saya pun sebahagian dari nya. Cuma saya tak tahu orang menilai saya dari segi apa? perangai yang boleh pegi jalan lah dengan perangai kau atau ape, saya pun tak tahu. Yang saya tahu, dulu saya cepat melenting. Asal marah je, tweet kat Twitter. Apa barang? cakap depan depan, lebih mudah kan? Baru nampak kesungguhan nak lepas geram tu. 

Setakat omong omong kosong saje, tiada guna. Kadang kadang saya tak boleh terima perangai buruk seseorang. Macam lah semua orang boleh terima buruk baik saya kan? muhasabah !




Andai kata, kita boleh tangkap balik kata kata yang kita luahkan macam kita snap gambar sendiri, dan kata kata yang buruk saya boleh delete, biar tiada siapa yang terasa dan saya biarkan kata kata yang cantik dan sedap di dengar saje yang orang lain boleh dengar, untung lah nama nya manusia seperti saya. Tak gitu?


Hidup penuh dengan cubaan. Nak jadi baik kemain liat. Asal nak buat baik je, perangai manusia lain plak yang boleh buat kita sakit hati. Tak semena mena saya dapat dosa free sebab maki awak dalam diam diam dan kadang kadang bukan dalam diam diam, terluah plak kat orang lain. Free dosa mengumpat. Alahai. Saya bukan manusia baik dan perfect.


Manusia, hati hati lah dengan lidah masing masing. Terlajuk perahu boleh berundur, terlajak kata ????


Sunday, January 20, 2013

Sukaneka kanak kanak riang

Tajuk tak boleh blaaa...
Nampak tak permainan dia kat situ?
nampak kan, yang kita kita sebenarnya masih berjiwa kanak kanak Ribena. Haha..


Kalau nak tahu sape paling muda kat atas tu cari budak yang bertudung blueblack eh, ngee~ kalau kawan kawan aku baca ni, confirm menyampah dengan ayat aku kat atas. Nak nak Azan, budak paling paling paling tak bape nak hensem tuuu. Muka sape paling poyo kat atas?


Mula mula rasa macam tak nak main je sukaneka ni, sebab sebab,sebab rasa cam tak best je. Rupa nya, best jugak. Alaa, kira macam terasa diriku masih kanak kanak. Tu yang join jugak main ikat kaki berpasangan, ingat boleh lah menang sebab game tu je yang saya main, tapi hampa. Hisyam dengan Asri punya pasal group kami kalah jugak. Haha..never mind.


Papepun, layan jugak la sukaneka ni walaupun hujan tak bape nak lebat. Redah je..Sekali sekala, bukan selalu pun. Untuk Adda dengan Imah yang dah menang lawan kaki berpasangan tu, sila silah kongsi hadiah kalau dapat nanti, tanpa sorakan aku siapalah kalian. Hahaha..tak kongsi, aku upload video korang tengan lawan game tu. Hahahaha..puas hati. Siapa jahat? saya !


Saturday, January 12, 2013

Setia Hujung Nyawa ;)



Finally, dapat jugak saya cari novel sweet sour ni. Motif saya bersungguh sungguh cari novel ni, sebab saya dah tak sabar nak tahu ending dia macam mane. Semangat tak semangat saya? Sampai tak reti nak bayar duit buku Taxation. Teruk nya! Yang pasti, happy ending. Biar macam macam dugaan pun yang Ersalina Imani dengan Zain Hakimi ni kena hadap, diaorang tetap bersama. Cewaaaaaaaahhhhhhh !!! geli geli geli.

Lelaki yang berzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina ataupun perempuan musyrik, dan perempuan yang berzina tidak akan mengahwini melainkan lelaki yang berzina atau lelaki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan ke atas orang orang yang beriman (Surah al-Nur : 3)

Allah tu maha Adil kan? Jadi kalau kita mengharapkan bakal suami kita seorang yang beriman dan soleh, kita sendiri pun kena belajar jadi wanita yang beriman dan solehah ;) Itu bukti tuhan tu Maha penyayang dan Maha Adil.

Macam tu lah yang jadi kat Zain Hakimi dengan Ersalina Imani dalam cerita novel ni. Zain tak boleh terima yang isteri nya sebelum ni yang dah lakukan dosa besar dengan berzina, tapi pada hakikat nya, dulu Zain juga pernah melakukan hal yang sama dan dia juga tidak bertanggungjawab atas kesalahan dia.
Bila dia sedar, barulah Zain ni mula menyesal Hebat kuasa Allah.


Jaga kehormatan diri kita dari sekarang, dan percaya dalam hati yang bakal pasangan hidup kita juga sedang menjaga kehormatan diri dia untuk kita. Kan sweet gitu?


So, tak menyesal pun beli novel ni. Sebab banyak benda yang saya belajar dalam hidup ni.

Monday, January 7, 2013

Semangat baru ;)

Akhirnya, saya secara rasminya dah pun menjadi super senior Diploma in Accountancy. Super senior yang punya ketinggian yang tak berapa layak nak bergelar super senior. Haha.Dan ni lah semester terakhir untuk saya pulun habis segala subjek dalam Accountancy course.


Selepas saya jatuh, tibalah masa nya untuk saya kembali bangun dan berdiri menghadapi segala macam benda yang saya suka atau tak dalam hidup ni. Harapan saya memang tinggi untuk semester terakhir ni. Betul. Sebab saya rasa sakit dengan kegagalan saya sebelum ni. Jadi saya tak nak rasa sakit ni berlarutan sampai ke sudah.



Apa orang nak label saya lepasni, saya dah tak kisah. Yang penting impian saya harus terlaksana. Inshaa Allah ;) Saya akan terus bangun tanpa terlalu mengharapkan orang lain. Saya ada Allah, dan saya yakin saya kuat kalau saya sentiasa bersama dengan Dia ;)



Saya bukan manusia sempurna, untuk menyempurnakan segala perancangan hidup saya dengan hebat dan jayanya. Sebab saya pun ade perasaan takut, perasaan hangat hangat tahi ayam. Alaa, orang kata mula mula je cakap macam tu, sampai tengah semester semangat semua dah terbang lari. Saya pun ada rasa takut kalau benda tu nanti akan jadi kat saya. Mohon mohon lah dijauhkan.




Saya akan usaha selagi saya mampu, doakan saya ;)



Tuesday, January 1, 2013

New World

Saya di dunia baru. Tahun lepas saya dah tinggalkan semalam. Tapi tahun ni saya tak ade azam baru, sebab azam lama masih disimpan tak terjadi azam. Faham tak maksud saya kat sini?

Okayy lah, azam paling bangang saya, saya bercita cita nak menambahkan berat badan dan ketinggian saya. Hahaha..kalu tak caye, rajinkan diri baca entry lapuk saya dulu. Dan sekarang hasilnya? tak ade hasil. Haha. Masih pendek dan keding dengan wajah semakin menawan. Ngeee~


New year, nem sem, new ARIFAH, new friends?? semua new, kawan je tak new new. Sebab saya sayang nak tinggal kawan kawan saya kat atas. Sweettttttt! macam mane nak tinggal kalau mereka lah peneman, pengajar, penasihat, penggalok (penggalok tu ape? bahasa ape?) penggalok, means kawan tempat kami meluahkan ketawa terbahak bahak secara bersama. haha.. tapi waktu sedih pun, kami meluahkan tangisan air mata secara bersama sama jugak. Ehh, yeke? saya rasa, saya sorang je yang suka cengeng dalam kalangan mereka. Tak gitu kawan kawan?


Lusa dah start sem baru, baju pun tak pack habis lagi, kenapa mood nak belajar tu tak datang secara teruja macam sem sem lepas eh?

Tak pe lah, yang penting sem ni subject calculate dua je, lagi empat semua teori. Hambekkk kau. Cemerlang lah otak saya banyak ingat fakta fakta nanti. Doa doa kan. Selamat malam. Saya nak layan movie best malam ni. Lepasni dah tak bole, kena FOKUSSSSSSSSSS !

Assalamualaikum ;)


 
© Copyright | All Right Reserved | Edit By SehijauBlogRA