Assalamualaikum.
Dari tajuk, orang boleh assume ni tak lain nak cite pasal hal jiwa jiwang karat. Biar lah, kalau orang tak abis baca, tak tahulah ape aku nak story sampai ke part perenggan akhir.
Umur masih muda, soal kawin jangan di bising bisingkan lagi. Diploma pun tak genggam lagi(dalam proses).Bila on twitter, couple selalu tweet madah kasih sayang, bila on Fb couple suka tunjuk picture sweet sweet.
Itu realiti, fantasi aku : Ordinary Fairytale Love Story(lepas ni boleh buat tajuk novel, kemain panjang berjela)
Perempuan impikan dapat future Husband yang beragama, solat jaga, baik, jujur, setia, penyayang dan semua yang baik. Kalau yang impikan selain apa aku nyatakan tadi mugkin kau perempuan luar biasa..Teheee:)
Aku pun nak macam tu. DENA BAHRIN jadi inspirasi aku. Tapi kisah kita takkan sama walau betapa aku nak jadi macam dia. Kira aku anggap apa yang tertulis kat bawah ni hanya kisah fantasi/dongeng love story aku je lah.
Aku selalu angan angan nak future, you know what i means "FUTURE" alaa bakal Husband lerr tak boleh ahh nak story straight to the point sangat, aku baca balik nanti, aku pun naik geli.
Back to the main, aku selalu angan angan nak future yang Beragama dan jaga solat, itu First. Sape yang nak pimpin aku ke jalan syurga nanti kalau tak de yang kuat nak bimbing aku?aku perempuan la beb, aku lemah. Iman aku tak sekuat dan sekukuh nya. Aku nak jadi solehah, InsyaAllah.. sebab kalau kita nak future kita yang soleh, kita kena solehahkan diri kita dulu kan kan kan? baru adil!
Ini terpaksa aku ceritakan, walau terselit perasaan malu sikit nak story kat sini. Dulu masa aku couple, aku penah bagitau copule aku tu aku nak ciri ciri yang macam aku nak tadi tu lah, sampai satu ketika kami break dan dia boleh cakap" kenapa? awak nak tunggu iman Mekah datang jadi suami awak ke? How dare you!
Boleh kau cakap gitu kat aku eh. Kau tu tak de perasaan so jangan nak kata aku terlalu memilih.Tuhan masih sayang aku, walau kau pujuk aku ngan Teddy besar, hantar lagu rindu setengah mati-Dmasiv kat aku, hati aku Allah dah tutupkan untuk terima mu kembali. Say goodbye to you, babai..aku tak pernah menyesal break sama kamu. Yang aku nyesal, kenapa aku penah lalai kerana Love Dusta mu itu.
Pandai- Bukan sekadar terror speak english, tapi terror semua ilmu agama. Nak future yang pandai dalam dua dua perkara, dunia dan akhirat.Amin:)
Materialistik- Perhatian buat kaum aku(para gadis) kita harus ada sifat yang saya bold kan tu ye?biar orang kata kita mata duitan, asal suatu hari nanti anak kau nak sekolah dan makan pun kau tak kena mintak sedekah(ok, ini ayat sangat kuang ajar, aku tahu tu) biar kan biarkan. Harus bersifat begini,ini kerana bukan untuk kesenangan mu membeli 10 tan emas untuk dililit di leher dan tangan tapi untuk kemudahan mu menjalankan tanggungjawab sorang mummy nak kasi anak dia makan bila suami bagi duit belanja..hahahaha..faham dop ni?
Sedap mata memandang- Rilek ahh kalau tak dapat muka future macam Aaaron Aziz pun,asal hati baik dan romantis macam Seth Tan(ada jugak kait ngan Aaron Aziz nya, nyampah)cukup sekadar aku yang memandang, aku sudah jatuh hati, bukan orang lain yang memandang semua nak jatuh hati jugak. Itu tak boleh lah..tapi kalau dapat muka macam Syamsul Yusof pun boleh, kira bonus ahh tu.Hahaha..
Impian hanya impian, segala nya Tuhan yang tentukan. Aku bukan perempuan yang sempurna dan solehah untuk mengharap semua nya baik untuk ku, itu sebab aku storykan ia sebagai kisah cinta dongeng saja. Harap di ampun kalau aku terlalu mengedik tak manja sepanjang menulis love story impian aku ni.Kelass kau!
Dear my Adam, you are Awesome when:
p/s:aku publish tanpa baca balik, sebab takut aku sendiri naik geli bila masuk bab LOVE LOVE STORY ni..hahahah:)