Peminat gila Kpop sure tahu, magazine apa ni kan? Epop. Ni yang aku jumpa je, yang lain tak tahu dah aku humban entah ke mana. Dulu aku ni kategori peminat gila mati Kpop yerrr..Aku tak penah missed beli magazine ni. Mana yang tak sempat beli, aku rela order balik, tunggu la berabad posmen anta depan rumah. Tapi sejak masuk kolej, dah tak bape nak mati dah minat. Dah suam suam kuku dah. Dah tak macam dulu dah. Biasa biasa aja. Tapi still layan lagi drama drama korea, sebab cite korea ni sume best best dan paling penting tak mengarut dan berjela jela episod macam sinetron pak Indon.
Kad raya !!!! Ya Allah, memang cantik tulisan dia. Cute je. Haha..tiba tiba terjumpa dalam kotak bawah katil. Ekceli ni kad raya abang angkat zaman muda mudi aku dulu yang bagi. Entah macam mane lah boleh terjebak dengan abang adik berangkat angkat ni. Haha..duduk hostel kan? tak sah kalau tak berangkat. Entah hape hape =.=
Tapi bila ingat balik, sumpah lawak. Main kirim kirim surat segala bagai lah. Kalau time study malam, mesti ada yang kirim roti lah, nasi lemak lah eskrem lah. Konon abang ngan adik penyayang sangat. Hehe..tapi sweet ekau! hahaha..jimat duit I abang angkat I selalu kirim makanan. Arghh, cite lama, tapi kenangan masih ada =)
Kad kad raya yang membe membe bagi dari form 1 sampai la aku form 5, ade lagi aku simpan dalam kotak ni hahh..Memang banyak gila. Jeng jeng jeng.........tiba tiba terjumpa sekeping gambar mamat macho ni. Haha..macam mane lah boleh sesat dalam kotak ni. Boyfriend pertama di zaman cinta monyet. Gelak, gelak, gelak. Orang nak bercinta aku nak bercinta jugak. Masa form 3 dah mengatal. Kemain ekauuu ye. Suka sangat la dapat teddy bear dari dia dulu, sampai tak nak lepas. Sumpah, jakun.
Dia ni mamat paling nakal masa kat sekolah dulu. Seriussssss! Dah la kuat mengusik orang. Tak sangka dah besar panjang berubah sopan dah dia. Seingat aku, dia ni minat memasak. Masa abis PMR kitaorang ada buat macam macam aktiviti. Salah satunya pertandingan masak. Dia masak tom yam tak salah aku. Aku rasa masakan dia, memang besttttt ! tapi dia tak tau pun aku rasa, sebab aku curi curi rasa. Masa tu dah break off dah pun. Dan sekarang, aku rasa anak ustaz Hamdan Yusi ni dah hampir mencapai cita cita dia nak jadi tukang masak/chef. Setahu aku, dia belajar skang pun, dia ambik bahagian masak masak. Tengok dia dah macam terror je buat kek dalam gambar kat facebook. Alhamdulillah =) berubah 100%..heehee..
Paling aku tak bole ingat, masa aku putus dengan mamat ni, aku demam. Kawan kawan aku cakap aku demam sebab aku putus dengan dia. Padahal aku memang dah nak demam pun haritu.
Couple pun tak lama, dua bulan je kot. Cinta monyet kan? tu pun sebab kawan kawan aku tak suka dia. Aku jenis kalau apa yang kawan aku tak suka, aku pun ikut tak suka jugak. Teruk kan? Nak nak masa tu aku couple ngan dia bukan sebab aku suka dia pun. Tapi sebab saja saja. Aku pun tak tau lah nak cakap camne. Sebab masa ni, aku ada minat kat sorang mamat tu. Tapi mamat tu tak suka aku pun. Kawan kawan aku plak duk cakap, mamat yang aku suka tu lagi baik dari dia ni. Aku pun ape lagi, ikut la telunjuk kawan. Hahaha...
Tak masuk lagi cite dengan kawan2 aku yang semua gila gila perangai. Aku ni nampak je muka cute, kecik, baik dan sewaktu dengan nya. Tapi perangai masa kat sekolah dulu macam
Tapi ai dah berubah. Naik form 5 (2009),Alhamdulillah jumpa jalan lurus sikit. Dah tak bebal macam form 3(2007) dulu dulu. Dan yang degil degil pun semua dah kawin ada anak pun.
Nak ikutkan cite dengan kenangan dulu dulu, memang takkan abis si baju hijau ni nak cite. Terlampau banyak sangat memori masa sekolah dulu. Dari form 1 sampai lah aku form 5. Macam mane lah aku tak sayang sekolah aku tu. Sekolah kecintaan dunia akhirat aku. Banyak benda tau aku belajar kat sekolah tu. Baik buruk semua aku simpan kemas dalam minda =)
banyak betul harta karunnya yek. If me banyak artifak-artiak dan fail-fail bersejarah. buku2 dari tadika sampailah dah form4 nak masuk form5 ni still hado di rak-rak. atas almari baju pun hado. Hahaa! btw, follow sis :D
ReplyDelete