Manusia? senang kita nak nilai dari pandangan kasar. Buruk orang senang kita nampak secara zahir. Saya pun sebahagian dari nya. Cuma saya tak tahu orang menilai saya dari segi apa? perangai yang boleh pegi jalan lah dengan perangai kau atau ape, saya pun tak tahu. Yang saya tahu, dulu saya cepat melenting. Asal marah je, tweet kat Twitter. Apa barang? cakap depan depan, lebih mudah kan? Baru nampak kesungguhan nak lepas geram tu.
Setakat omong omong kosong saje, tiada guna. Kadang kadang saya tak boleh terima perangai buruk seseorang. Macam lah semua orang boleh terima buruk baik saya kan? muhasabah !
Andai kata, kita boleh tangkap balik kata kata yang kita luahkan macam kita snap gambar sendiri, dan kata kata yang buruk saya boleh delete, biar tiada siapa yang terasa dan saya biarkan kata kata yang cantik dan sedap di dengar saje yang orang lain boleh dengar, untung lah nama nya manusia seperti saya. Tak gitu?
Hidup penuh dengan cubaan. Nak jadi baik kemain liat. Asal nak buat baik je, perangai manusia lain plak yang boleh buat kita sakit hati. Tak semena mena saya dapat dosa free sebab maki awak dalam diam diam dan kadang kadang bukan dalam diam diam, terluah plak kat orang lain. Free dosa mengumpat. Alahai. Saya bukan manusia baik dan perfect.
Manusia, hati hati lah dengan lidah masing masing. Terlajuk perahu boleh berundur, terlajak kata ????
0 comments:
Post a Comment
Thankz ya! sudi komen =)
satu kiss, muahhh!!!