Monday, November 25, 2013

Happy Wedding, Syuhada :)

Assalamualaikum.



Pejam celik pejam celik, lepas dah lagi sorang kawan aku jadi isteri orang. Alhamdulillah :') umur muda bukan penghalang, asalkan dapat jauh dari perkara perkara yang tak baik kan?



23 November 2013, my bestfriend masa sekolah dulu dah selamat diijabkabulkan :) diaorang tak buat majlis besar-besar pun, masa akad nikah malam tu terus buat kenduri makan-makan. So, tak de lah kenduri nak sanding ape semua tu...



Aku ingatkan aku dengan ema (kawan sekolah) ni je yang datang majlis syuhada ni, tupp tupp tengah makan terserempak dengan ramai gak lah kawan kawan sekolah dulu. Yelah, mati-mati ingat semua tak leh datang sebab tak dapat cuti lah, ada hal lah..busy benor kawan-kawan aku semua ni kan..haishhhhh...






kalau dah berjumpa tu, tak sah lah kalau tak bergambar kan? macam dah jadi benda wajib plak..tak sangka Syifa' pun datang gak. Mana tak nya, dalam ramai-ramai kawan masa sekolah dulu, Syifa' lah orang yang tak pernah aku dengar khabar berita lepas abis sekolah..senyap, sunyi je dia..padahal belajar kat tempat aku je, Kuantan -_-' apa punya kawan lah kau ni syifa'..langsung tak contact aku..hehehe..




selamat pengantin baru syuhada and rahimi. Semoga kekal hingga akhir hayat dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah..serius je muka laki sue ni tau..nak tegur pun takut..ekekeke..


Diaorang belajar sekali dekat Mesir. Jumpa jodoh kat sana, balik Malaysia terus langsung..Allah..jodoh dekat..




antara geng-geng Al Attas yang datang..ada lagi sebenarnya, tapi ramai yang dah balik..so, kitaorang tak lepas peluang lah nak bergambar dengan pengantin kan..hehehe...




Okay sue, I tumpang ambik gambar dengan hantaran awak. I tengah ambik berkat ni. Semoga jodoh saya jugak dekat..ekekeke...jauh beribu batu takpe, asal dekat di hati..(kalau rasa macam loya, tahan je lah yee..hahaha)



cantik sangat awak sue. Alhamdulillah, sampai jugak jodoh awak sebelum saya..Actually I, syuhada and sorang lagi kawan, Azwanie memang rapat..kami bertiga sangat rapat masa sekolah dulu..Azwanie pun dah kawin, sekarang tengah pregnant and sue pun dah kawin..tinggal I sorang je lagi okay? I sorang je..rasa macam esok nak nikah terus je.. jeles sebab orang dah bahagia dengan pasangan masing-masing :')



Anyway..sekali lagi..Barakallah :')

1 comments:

Thankz ya! sudi komen =)
satu kiss, muahhh!!!

 
© Copyright | All Right Reserved | Edit By SehijauBlogRA