Friday, March 23, 2012

" Kehilangan "

Assalamualaikum.

Mati tak kenal usia, bila dah sampai malaikat izrail untuk mencabut nyawa, maka roh dan jasad akan terpisah. Kita tak sama nasib di alam sana. Bergembiralah insan-insan yg sentiasa melakukan kebaikan dan taat kepada penciptaNya.

Hari aku juga akan tiba, begitu kamu yang sedang membaca. Ya, amalan yang dicatat di bahu kiri ku mungkin lebih berat dari bahu kanan ku. Tapi, keindahan dunia tu selalu buat aku lalai mengingati MATI..

Syukur pada Allah kerana nyawa mak dan abah ku masih bersatu antara jasad dan roh. Entah macam mane perasaan aku kalau aku terpaksa merasai kehilangan tu. Tapi aku yakin,  kita yang dijadikan dari tanah akan kembali juga di tempat asal kita, tanah!

Bila ingat balik apa yg jadik kat  roomates aku buat aku terpikir sangat, macam mane hidup tanpa mak abah di sisi ye? pedih nya tak de orang kuat kat samping kita. Lebih-lebih lagi bila kita masih ada adik-adik yang kecil.

Aku tahu dia kuat nak hadapi benda nie, tapi kadang-kadang kita akan ingat juga benda tu. Perasaan sayu kehilangan tu memang susah kita nak elakkan lebih-lebih lagi benda tu baru singgah dalam hidup kita.

" MENANGISLAH WAHAI HATI "

Menagis tu tak salah, kerana air mata yang turun berjurai di pipi itulah yang meluahkan perasaan yg tergambar dalam hati kita. Saidatina Aisyah R.A juga pernah menagis bila mengingati takutnya akan neraka pabila mati kelak.

" Neraka tidak akan menyentuh pada insan yang menangis di malam hari kerana takut kepada ALLAH "

0 comments:

Post a Comment

Thankz ya! sudi komen =)
satu kiss, muahhh!!!

 
© Copyright | All Right Reserved | Edit By SehijauBlogRA