Tuesday, December 18, 2012

Sibuknya Dunia

Tiga hari berturut turut, aku jadi anak dara bangun seawal pagi. Demi lesen kereta yang bakal aku miliki, sedaya upaya gigih tahap nak final exam aku study buku jalan raya, jalan bengkok, simpang kiri kanan, berhenti jarak meter dan pelbagai.

Niat selama bercuti semester, ANTI DAN BOIKOT SEGALA BUKU! (sangat kuangajor ayat ni)Tapi sayang dunia ni memang nak nobatkan aku sebagai manusia ULAT BUKU*kembang lobang hidung*

Makan, tidur, bangun tidur, gambar lampu isyarat je yang aku nampak, tak nampak dah nombor berjuta juta, tak nampak dah kalkulator saintipik kecintaan. Hahaha..semua nya demi ujian statik harinie. Bagai nak gila aku study kan? entah hape hape =.= okaaayyy, foineee!

Mujur, lulus. Cuba teka, berapa markah yang aku kutip? 42/50. Cukup cukup makan. Hahaha..Kalau dapat bawah 42 gedebuk gedebak melayang tigapuloh hinggit aku nak ambik balik ujian ni. Memang tension bagai nak gila lah kalau kena ambik balik, nak tunggu turn jawab ujian boleh aku berkempen kat situ. Lamanya, naik kebas punggung aku. Dah lah sorang sorang, macam patung barbie comel sumbang pun ade(hahahaha) kemain. I tak nak dilabel kera sumbang. Kera tak comel macam barbie doll. Ngeee..motif? sudah lah!

Cuti sem pun bakal berakir, lagi dua minggu aku akan jumpa boyfriend baru kat kolej. Argghhh, rindu nya(buku buku tebal semester 5 adalah boyprend kecintaan terbaru saya) Sukaaaanyaaa...

Mungkin cuti sabtu ahad aku akan terganggu nanti, aku nak habiskan waktu jam belajar drive cepat cepat. Tak nak bertangguh, dan Kancil di rumah, akan menjadi milik aku. Hahahaha...orang lain pakai kereta/van baru lah. Ngeeeeeee~

Aku dah tak sabar nak tinggalkan tahun 2012 ni. Terlalu banyak pahit dari manis.Hai tahun baru, ayuh datang berikan keajaiban buat aku ;)

1 comments:

  1. Good luck tau ! Nanti dah dpt lesen , bawa saya jejalan eh ? Hehe , gurau .

    ReplyDelete

Thankz ya! sudi komen =)
satu kiss, muahhh!!!

 
© Copyright | All Right Reserved | Edit By SehijauBlogRA