Tuesday, January 31, 2012

Watch your languange!

Aduhhh! susah sangat nak jaga lidah nie. Sangat beban? sebab mulut badan binasa. Jihad. Jihad nafsu. Jihad nafsu dari mulut ni kerja nya nak mengata dan mengumpat orang je.


Assalamualaikum, heyyo my readers!





Pinjam hati jap? kita pikir kejap, 2-3 minit je.. Macam mana kita nak reduce kan dosa2 kita sebagai seorang wanita. Ingat peristiwa di mana Nabi Muhammad s.a.w di Isra'kan di langit? wanita-wanita yg menerima pembalasan atas perbuatan mereka?


 Tak tahu lah kenapa, kadang mulut ni susah kita nak jaga. Lagi susah jaga percakapan dari menjaga seorang anak kecil. WHYYY???? perasan tak dalam percakapan seharian kita mesti, akan ada terselit sikit terngumpat orang, tak kisah lah sape2..tak senang dgn orang tu, hah..jadilah topik umpatan kita kan?


Aku lalui semua benda ni. Nak kata aku ni baik, memang lah jauh panggang dari api. Agak-agaknya dah bnyak aib orang yg aku dah sebarkan dalam sedar dan tak sedar. Malu tak ngaku semua ni? mestilah malu..tapi kita ni siapa lah?




Setan kiri kanan depan belakang, asyik buat benda lagha je..hitam legam abis hati. Zikrullah  agaknya bila takut hantu dtg je baru berbutir kat bibir, kalau tak? harammm..nak ingat tuhan kan? Manusia..memang mudah lupa. Lupa pada yg memberi nikmat dan rezeki pada diri mereka sendiri.


Try..try..nak jaga lidah ni. Kalau rasa nak marah je, bnyakkan Istighfar. Then, pejam mata 2 saat tenangkan diri dari nak mengeluarkan kata-kata tak sepatutnya.InsyaAllah..aku boleh! aku boleh! anda semua pun boleh cuba.ok bai!

" 1st Edition New Year Giveaway 2012 By Airin Aida "

Assalamualaikum...^____^





Sempat lagi nak join ni, jom klik banner! cepat! cepat!

Hadiah GA  sangat debommm! lebih dari 79 hadiah korang nak menang ni. InsyaAllah! harap-harap aku pun boleh menang kali ni..FIGHTING!!

DUE DATE ; 31 JANUARI 2012 ( hari nie kot )

SIGN PICTURE


OK BABAI..MUUAHHHH!

Sunday, January 29, 2012

" Ape pun tak boleh "

Assalamualaikum...^_____^


Syukur, aku masih diberi nafas untuk menaip dan memberi nasihat kepada manusia lain walau aku tahu diri ni tak lah sesempurna manusia lain. Mungkin entri aku kali ni cukup panjang, bagi siapa yg sudi memberi pinjam hati dan jiwa mereka pada penulisan aku kali ni, terima kasih!



Aku tak tahu lah kenapa bila aku bukan FB je, hati aku akan rasa sangat kecewa dan sakit hati bila aku tengok kawan2 aku yang dulu nya ada ilmu agama sudah hilang ilmu nya dibuai dengan perasaan gembira berdamping dengan syaitan. Yeerr..aku tahu aku bukan nya wanita yg sempurna akhlak nya, aku juga rapuh kadang dalam menunaikan perintah nya.




Tapi kenapa  sahabat aku tu bangga menayang-nayang rambut mereka yang aku tahu sangat lawa tu, dan pantas mendapat pujian dr lelaki2 yg bukan muhrim mu..kau bangga dan berbesar hati dengan semua tu. Mana tak nya, kau bukan sorang-sorang kongi kegembiraan tu. Syaitan juga gembira dgn kebanggaan mu itu, kan?





 Salah kah aku menasihati mereka yang pernah aku kongsi ilmu tu bersama-bersama dulu2?? supaya balik semula ke jalan yg kita sama-sama lalui..jalan yg betul, dan kau pun takkan sesat. Aku bukan ustazah dan kadang aku terpikir siapalah aku untuk menaip meluahkan rasa seperti yang aku rasakan ni. Sebab aurat aku pun belum terjaga dgn sempurna lagi. Tapi sampai bila kita nk menunggu hidayah dan keikhlasan tu datang? kita kejar, kita cari benda tu INSYALLAH...Allah itu maha Besar Allah itu mampu memberi segala nikmat dan kurniaan Nya untuk kita.. Berdoa lah!



Bila aku nasihat, boleh dia kata APEPUN TAK BOLEH, BIAR BUMI INDONESIA BERGONCANG TAKKAN AKU MENYERAH KALAH, susah nya nak sedar kan kau nie? sampai kau boleh kata macam tu? boleh kau nak tunggu bumi Indon tu bergoncang tapi jangan sampai bumi Allah ni yg bergoncang dan kau tak sempat bertaubat.



Yesss... aku tahu walau kau tak tutup aurat tapi solat tetap kau dirikan.. SOLAT itu WAJIB dan tiang agama. Tutup aurat itu juga WAJIB , kerana di situlah aib mu terletak. Wahhh..suka awak ye, siap ada kawan tolong back up kat belakang lagi.sape tu? pakwe kau ke? pandai dia jaga maruah kau ye? siap kata ayat2 aku nak suruhnya kau jd baik macm dulu, kawan kau tu boleh kata ayat aku macam sial? terima kasih di ucapkan . Semoga bila ajal mu makin sampai, mulut mu yang manis berkata tu dipenuhi dgn zikrullah. Amin.


Susah sangat ke nak terima dengan hati terbuka. Aku pun pernah kena brainwash macm ni jugak. Lagi malu dari kau tahu tak? lelaki yg tegur cara pemakaian tudung aku. Kau? aku yang pempuan ni tolong ingatkan..bukan lelaki, syukurlah.. Tapi aku tak kisah semua tu, sebab malu aku pada ALLAH mengatasi segalanya...






Aku ratu! kau mampu??

Assalamualaikum ^____^


Kau tahu aku ratu ape? haahhh...


*&%##..ehhh..tetiba keluar gambar yg tak berkenaan. Continue reading....

aku ratu longkang,paling orang suka main-main kat situ? ce teka..
Kalau longkang depan belakang rumah, semua org suka main tak? takkan? KECUALI..awk budak kotor..hikhikhik! 

Akulah ratu longkang BOWLING.. tak paham aku. Tau lah berat bola boling tu sama balance je ngan aku, tak sian ke kat aku? malu lah orang tengok aku asyik longkang je. Dalam hati manusia lain *ehh..dah lah keding, galok sangat nak main bola berat nanang tu bakpe*


Dah tak pasal2 menanggung sakit lengan 2 hari berturut-turut. Kesian kan? nasib tak patah je, kalau patah boleh transfer tangan baru, tangan yg berat nya lebih kurang sama dgn bola boling gemuk gedabak tu! ok..babai!


kenangan 1 batch yg join main boling hari jumaat tutt..nampak aku tak kat situ? yg paling PENDEK, KECIK dan berbaju PINK tu..ehem! see???

Friday, January 27, 2012

Sharing is caring!

Assalamualaikum ^___^





" Kalau engkau melihat orang sibuk dengan dunia, maka sibukkanlah dirimu dengan soal akhirat. Kalau engakau melihat orang sibuk dengan memperindahkan lahirnya (luaran), maka sibukkanlah dirimu dengan memperindahkan batinmu (dalaman). Kalau engkau melihat orang sibuk memperindahkan perkebunan, maka sibukkanlah drimu dengan memakmurkan kuburan. Kalau engkau melihat orang sibuk mengabdikan diri sesama mereka, maka sibukkanlah dirimu dengan RABBUL A'LAMIN. Kalau engkau melihat orang sibuk mencari keburukkan yang lain, maka sibukkanlah dirimu dengan mencari keburukkan dirimu sendiri ".

Thursday, January 26, 2012

" SEGMEN REVIEW 3 BLOGGER HEBAT "

Assalamualaikum w.b.t ^__^



klik banner chomel atas tu kalau nak join!!!


3 Blogger hebat pilihan jiwa aku :


Blog kaler merah, sangat lawa.Tuan blog pun cun. Hamboii!!! muji lambung-lambung nampak!
Background music blog dia asyik gile beb! layan abis..penulisan dlm blog CIK YEEN GADIS TOMATO ni pun simple then tak belit2 macam penulisan dalam blog nie! Awesome!



Pergi terjah blog dia skang! kenal tak? she is my inspiration !!! nak tahu kenapa? sebab tu saya kata pegi terjah blog dia skang! Gadis muda yg masih terjaga adab nya, suka share info yg baik..muslimah pilihan saya. Bila sy boleh jadi macam dia kan?



Blogger baru, tapi follower dia lebih gempak dari aku yg dah berbulan-bulan nie. Blog cantik and kemas. Then, suka review blogshop yang bestbest. Bagi aku, dia bijak attract follower! Thats good! Hahh..ape lagi? gi la singgah minum2 kopi kat blog NIENA SOFEA ni....




" fuhhh! dah siap pun entry nie,wkwkwkw "

Monday, January 23, 2012

Ilmu ada tapi tak amalkan!

Assalamualaikum....^___^

p/s : entri panjang berinci-inci, tapi bacalah sekadar untuk beringat.

Aku penah kena tegur dengan sorang sahabat about my aurat, masa wedding kawan aku baru ni. Uollss tau ape first komen dia?

" Woow...fenomena YUNA "

Kalau anda semua, camne perasaan kena sentap dengan komen macam tu? marah? geram? sakit hati? malu??? yuuppp..kalau itu yang anda rasa, macam tu lah yang aku rasa saat tu.
Aku tak senyap mulut masa tu tau..aku bidas balik.

Why, aku bidas balik komen dia, sebab bagi aku, aku tak salah..aku pakai tudung ape, aku tutup aurat ape? ekcelii..dia bukan tegur aku sorang je, cause masa tu aku tangkap gambar rama-ramai dgn kawan2 aku yg lain.

Dan memang kalau tengok pun,.betol la ape yg dia cakap " fenomena Yuna". Semua nya bershawl cuma yang membezakan cara kami pakai tu tutup aurat tak? atau sekadar orang kata pakai untuk balut kepala, nampak leher tak pe, nampak dada tak pe...

Dan sedang asyik aku berbalas komen dgn sahabat LELAKI yer..yg menegur aku tu tadi..Then,tiba-tiba muncul la seorang ustaz..Woow,ustaz? apa salahnya..kerja baik. Dia ni pun kawan kpd sahabat lelaki tadi.

Lagi aku sentap macam kejutan budaya dek kerana komen nya yang nampak dari cara kasar nya lembut tapi bawak erti yg sangat dalam bagi aku "seorang ex student agama".

" Orang lain tak leh baca hati kamu, hanya ALLAH sahaja yang boleh menilai keimanan seseorang, mulut orang kita tak boleh nak tutup, macam2 sangkaan orang boleh kata kat kita, mugkin sekolah jugak dapat nama buruk, punca sebab apa? sebab awk semua kan,awak semua belajar ilmu agama kan.Beramal je la dgn ilmu yg ada, tak nak tudung labuh pun tak pe, tapi ikut syariat dan syaratnya. Jaga identiti seorang muslimah "

Itu lah manusia kan? susah nak terima kebaikkan..aku tak tunding jari kat orang lain, sebab aku sendiri pun macam tu. Tapi sekurang-kurang nya aku masih sedar.

" Sesungguhnya ALLAH suka akan hamba nya yang berubah dari baik menjadi lebih baik..dan berpesan-pesanlah tentang kebenaran dan kesabaran ( al-asr : ayat 3 )" 



Tiba-tiba nak share cerita ni, bila tiba-tiba aku bukak FB tadi, then nampak budak sekolah lama aku dulu, duk tayang-tayang rambut dia yang ulik lagi mayang tu. Tak tahu nak kata apa #$%^***##$...Itu lah kata orang bila ilmu ada tapi tak amalkan!!!




✔ Bertudunglah walaupun keadaan terpaksa,
✔ Solatlah walaupun keadaan terpaksa,
✔ Puasalah walau keadaan terpaksa.

❀ Kerana kewajiban itu memang kadang kala sifatnya terpaksa,
❀ Dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah,
❀ Dan pada akhirnya hati pun menjadi ikhlas untuk beribadah kepadaNya~

♥ Jika harus menunggu keikhlasan hati lebih dulu untuk beribadah,
♥ Sampai bila nak menunggu??
♥ Umur kita pun belum tentu panjang .. Hidayah bukan untuk ditunggu, melainkan dicari.....

❀ܓ InsyaALLAH ~
❀ܓ Ia ibarat makanan, jika tidak disuap, manakan ia masuk ke mulut.. (◕‿◕)




Sunday, January 22, 2012

" JOM TAMBAH GENG BLOGGER "

Assalamualaikum...^__^



Klik banner nak join!!!

Syarat nak join contest ni tak susah pun, hadiah pun best!
Boleh tambah geng nak pukul orang lagi..ahakks! ( tipu je )
Boleh kenal dgn geng-geng blogger yg baru!!!!!


Saturday, January 21, 2012

Tahun lepas punya cerita, Tahun ni baru kita update!

Assalamualaikum...^__^


Heayyy! kamu? yang chomel..pandang sini, kalau tak pandang sini, makna nya kau tak chomel, tapi hudoh!!! hahahaha..yeah! sbb kalau kau tak pandang sape nak baca cite basi aku nie?

Buat ape cite benda yang dah basi kat sini? sebab bila aku tua, blog ni boleh jadi terapi penyakit nyanyuk, kau hado? 


ARABIAN DINNER," ALFLAILA WA LAILA" <============== (rasa macam salah eja)
Malam dalam seribu malam, tapi malam aku tetap sama seperti malam2 kemarin..ngeh..ngeh!



muka budak 12 tahun,sebab munasabah! aku kontot!


lokasi: dewan kolej 5 stars..ahakss!


lagi-lagi gambar aku!


yg sebelah aku tu, minah arab copycat..hahaha( gelak setan)


arabian dinner la sgt kan? sooryy..tak leh nak tepek gamba pemenang king & queen malam tu
sebab: saje malas nak ambik gamba KING malam tu..king? wekkks!

Friday, January 20, 2012

Reward untuk diri sendiri !!!

Assalamualaikum..^_^


Done ! satu soalan beserta jawapan untuk satu assigment..wawawawa! tepuk tangan sikit, sape yg tengah ngadap lappy tu! akhirnya account syarikat partners saya balance.Ahakss!

Salah ke betul lain cite. Janji usaha nak buat tu ade jugak. Sebab aku ni malas sebenarnya. Ntah nape tetiba jadik rajin sesangat malam ni..Syukurlah!

Akhirnya aku balik ke jalan yang lurus,.hikhikhik! hallow......! sebagai reward untuk diri sendiri, aku..dibenarkan untuk online sampai ke mati! Nak buat ape?

.....................BLOGGER SIGN IN.. boleh!
.....................FACEBOOK SIGN IN..pun boleh!
.....................MENYANYI SAMBIL MENARI DI YOUTUBE..juga boleh!
....................?????..................Twitter? jom kita bertweet-tweet..mengikutilah saya NUR ARIFAH92 di laman burung tweet! tweet! Tahniah pd diri sendiri..


Sila lihat dan teliti budak PEACE tu, bajet kan dia?? student life la konon nya tu..Hampeh!!!!

Thursday, January 19, 2012

" JOM JENJALAN DENGAN JEJARI RUNCING "

Assalamualaikum..^_^




"Klik banner jejari chomell kat atas tu kalau nak join"


Ok.. tak nak market kan sangat blog naif nie..ahakks! sebab malu. sebab blog kita nampak gedik je kaler-kaler gegerl gitu...

Tapi, sebab saya hyperactive nak jalan2 atau erti kata jiwa bahasa blog ni, blogwalking, maka haruslah saya dengan perasaan rendah diri, muka tebal tapi ayu marketkan diri..ehh..sorry! silap! marketkan blog ni, untuk dijejaki oleh para bloggers yang cantik lagi kachak agar ringankan jejari runcing anda tu untuk TERJAH blog STORY TELLER nie.

Jemput-jemput singgah yer! nanti saya sediakan cekodok panas untuk anda-anda yer???

Jeng..jeng...jeng...QUESTIONS FOR ELIA!!!!

  • Sejak bila berdating dengan dunia blog ni???
  • Reason kenapa Elia memilih url blog, JEJARIRUNCING? Adakah kerana memang jejari elia runcing? ahakss!..(soory, soalan merepek keterlaluan)
  • What about your life right now??


I think that's all..ok..thanks!! babai!!!

Wednesday, January 18, 2012

Rasa malu mesti timbul.

Assalamualaikum...^_^


Dua tiga hari nie, mudah sangat pick up waktu belaja. Bukan pick up, macam budak bijak, Tapi pick up sebab kita sedar kita lembap. 

Syukur,tak yah dah nak menyusahkan kawan2 sebab pening dengan kita sekali, bila study sama-sama. Tapi aku sedar, ni nikmat yang Allah bagi.

Bila kita paham, bila kita pandai, kita malu nak ajar kawan, malu nak explain kat kawan, sebab kita tak seEXPERT macam yang lain.

Bila aku bodoh, sebab..Allah dah bagi akal kat aku, tapi aku tak guna dgn sebaik nya...Bila aku pandai, Allah lah yang kurniakan kefahamanNya untuk aku, Allah yang kurniakan kepandaianNya untuk aku.

Aku malu, bila aku pandai sebab aku tahu itu hanya pinjaman buat hamba2 yang disayanginya. kan? soo..please..jangan label saya seorang yang kedekut ilmu.
Mugkin bila-bila masa saja.nikmat ni akan ditarik..awak dan juga saya..Jadi, belajarlah bersyukur untuk setiap apa yang kita kecapi sehingga hari ni.



Itulah tanda Allah sayang kita!!!



Monday, January 16, 2012

Kita Dulu-dulu..

Assalamualaikum..^_^

Zaman dulu-dulu..gambar lama-lama. Nanti InsyaAllah, bila dah tua nyanyuk, bila bukak balik blog pink gedik ni, boleh teringat zaman muka tak kedut-kedut, kat gambor-gambor kat bawah ni kan?
Parokk..ayat berganda-ganda aje..jenuh nak membaca...!!!


Masa tu la, boleh perasan sorang-sorang diri, Ehhh..cun jugak aku zaman muda-muda dulu??! 



Roomate merangkak ketua BODYGUARD aku, kau hado????



Nanti tua-tua tak de dah nak duduk bawak ketiak kawan lagi, kan???




Aku bukan model, so..pose gambar harus maintain sama@ muka cover chomelll......


Tu kawan-kawan kategori COPYPASTE,Maksud nya?
bila dia siap keja dia, kita tiru, bila kita siap keja kita, dia tiru...faham???
Ahakks!!!!

Suka aksesori comel2 macam blog nie tak?

Saturday, January 14, 2012

Dia lah Adik Dia Lah Mak Su!

Assalamualaikum w.b.t. ^_^




Agak-agak sape lah budak kecik yg tutup muka ngan beg kaler PINK dia kat atas tu???

Kawan aku penah cakap, nape tak cite pasal budak kat atas ni kat blog? hah..aku nak cite la ni, cite dua dalam satu..bercerita sambil menaip, sebab kalau tak taip kat sini, reades aku pun tak leh baca kan?

Nama nya reades aku, makna nya ade lah yg baca entri aku nie. Kalau yang tak sudi baca, boleh tekan tab X kat sebelah kanan atas. Tapi..pless..aku tak mengalu-alukan nya untuk tekan tanda X tu...ahakks!

Nanti tak de yang baca..sian saya kan!! tersusun molek plak dah intro kali ni,



Dah nampak muka sikit2 tu, boleh lah saya kenal kan sape budak kenit atas buaian tu. Tu la adik kpd penaip blog ni, dia lah jugak Mak Su Da kpd anak-anak buah dia..hahaha..

Dia kecik, dia kenit dan dia chomel macam akak dia..Sape akak dia tu? boleh tengok gambar kat header atas tu ea? ngeh...ngeh..

Dia budak banyak mulut, dia bukan setakat boleh jadi adik pada aku, bukan setakat boleh jadi mak su kpd anak2 buah dia, tapi.....................boleh jadi artis wei, boleh jadi mak orang wei..sebab mulut dia banyak..jap..

Mulut dia satu je kot, nanti orang cakap adik aku makhluk aneh plak sebab ade banyak mulut..banyak cakap! tu maksud dia..ahakks!!!

Dia lah pemenang Juara Lawak kat rumah aku.!!! orang kata ape? penceria rumah tangga..penceria rumah tangga mak bapak aku noo........bukan rumah tangga aku, sebab aku tak kawin lagi..ahakkks!


babai budak idong tepet! hahahahaha........

Benda baru..harus terima!

Assalamualaikum w.b.t..^_^


Haaiishhh...baru-baru ni lecturer Law dah suruh buat group masing-masing. Macam biasa la, kalau bab2 group ni kalo boleh memang tak nak pisah langsung dgn kawan-kawan makan minum mandi bersama..ahakks!

Tapi apakan daya, impian hanya impian. Tak dapat dilaksanakan. Sebab terpaksa bercerai talak 1 dgn kawan2 macam yang di nyatakan atas tue..

Group kali ni, aku dijadikan kuli batak.ehh..tak baik cakap cenggitu..aku dijadikan senoir partner, kuli batak ape nya..senior ni macam leader group la, tapi aku ni leader la sangat kan?
dah arrr kecik, pendek keding plak tu, ahli batak aku pun tarak takuut punya sama aku..wawawawa.....

Ehh..tak de la..aku nipu je kat perenggan atas tu, nak potong markah karangan aku pun boleh..tak pe..tak kisah..

So...maknanya ..aku??harus belaja benda baru. Benda baru camne tu? benda baru macam ermmm..........................
..........................
..........................
..........................
...........................
..........................
.........................
konon-konon je ni:


wanna be:
senior yang sangat berdedikasi.
senior paling baik.
senior paling rajin 
senior yang paling HOT..HOT..HOT.. dan CANTIK   wekkksss!

Aku bajet, aku gediks..lalalalalala~

Friday, January 13, 2012

Urrmphhh!!! sedap nya! tapi banyak lemak pulak!!!

Assalamualaikum...^_^


Entri khas untuk orang yang bukan kurang zat makanan macam saya. Faham tak? saya keding! so..anda yang merasakan berat badan anda terlebih zat atau dos, boleh terus baca sampai esok..

Suka makan kan? makanan yang sedap pulak ada je terlebih kalori lah, terlebih lemak lembu lah..macam mana deria rasa nak menikmati makanan yang SUPERLAZAT? Sia-sia deria rasa tak digunakan dgn sebaiknya..ahakss!


nyum! nyum!



macam desert ala-ala mat salih pulak kan??


yang ni kalau boleh aku nak, tapi masalahnya kat dalam GOOGLE je aku jumpa..

Nak makan yogurt kecur air liur macam yogurt Google kat atas tu tak? tanpa kalori, sihat! sedap! berkhasiat!

Boleh try usha-usha kat SINI yer....

Kongsi ilmu, kongsi pahala!!!

Assalamualaikum..

Saya tengah update ni, percaya kan? nak kata sibuk dua tiga hari ni, tak la sangat. Tapi sebab aku tak tahu lah nak menaip apa kat blog naif ni.

Orang kata, tulis blog ni sekurang-kurangnya boleh lah sikit2 kongsi ilmu kan? tak kisah la tips2 ke,tutorial ke apa, tapi at least bagi la blog kita nie diumpamakan makanan jajang untuk kadar-kadar isi perut time lapar sangat, time nasik dah tak de sangat..ahakss!

Wahhh..gila ayat aku kat atas tu kan? korang paham ke tak, tak tau lah aku. Kalau asyik2 duapulohpatjam je duk cite pasal diri sendiri, nanti kan orang pun naik longlai duk dengar cite pasal kita2 je.., tak ke syok sendiri nama nya?? kesian kan?

Tak nak tergolong dalam kalangan macam tu...



Sharing is caring kan? benda baik disebarkan, free dapat pahala!! kita nie bukan ape manusia biasa, tak sedar kadang-kadang benda yang kita buat sebenarnya buat dosa kita jadik bukit..

Macam peribahasa" sikit-sikit lama-lama jadi bukit". Duit 20sen yg sikit tu lama-lama kita kumpul leh jadi banyak kan?

Macam tu lah jugak dosa kita..So..TOPUP pahala sebarkan ilmu atau pun benda baik. Wahh..ntah ape-ape perenggan kat atas tu kan?

Yelaa..bila pikir singkat, aku ni macam tak layak nak beri wasiat kat orang? ape? wasiat? salah laa..nasihat, bukan wasiat. Sebab kita bukan baik sangat pun, hari-hari kita buat dosa jugak.

Tuu..yang aku duk umpat orang hari-hari tu..ahakss! nak kejar perubahan la ni. Biar mulut tu diam sikit, tak yah nak care sangat pasal orang. Aku surrender ni..aku pun bukan baik sangat..

So..mudah je.. TEKAN SINI DULU!!!

Thursday, January 12, 2012

Jadi peguam lah kejap, boleh?

Assalamualaikum....

Hye, hye..wujud lagi saya rupa-rupanya. Terima kasih pada yang sudi menatap entri aku hari ni..wawawa...sangat dihargai..Hamzamida!

Aku ni bercita-cita nak jadi akauntan sebenarnya. Wahhh..bajet la kau ni. Hebakkk sangat leteww..tak..tak, tu cita-cita dari segi aspek bidang yang aku belaja sekarang ni.

Tapi..tapi..kenapa tiba-tiba sem 3 ni, aku harus belaja LAW??? kenapa? tak shuke..tak shuke..otak saya dah pusing-pusing macam roda-roda Kuala Lumpur la lagaknya...kenapa banyak sangat perkataan berganda-ganda kat atas tu? buat pening je kat orang yang tengah membaca ni kan??

Padahal baru blaja chapter 1..mengada-ngada betol la aku ni. Nak tukar bidang kuasa jap ni, tak nak jadi akauntan lah esok, sebab subjek Accounting esok tak de..ahakkks!

Jadi peguam je la. Sebab esok subjek LAW ada tau? buat pulak Sir aku tu nak buat soal jawab macam kat TV3 tu..mampus! ahakss!

Okla..kita nak tido..sorry entri merapu,sebab tgh taip-laju2 ni..kawan-kawan kita sume dah tido..tinggal kita sorang2 je..babai...



Wednesday, January 11, 2012

BEN ASHAARI: BLOGLIST FEB 2012


Assalamualaikum..


Akhirnya..blog saya terupdate jugak hari ni gara-gara segmen abg Ben Ashaari kita. Toce..toce..abg Ben..cayalah..sekurang-kurangnya blog saya masih hidup lagi sampai ke hari ni..hehehe..So..kalau nak join, boleh tengok syarat-syarat nya kat SINI


Kelebihan blog saya:

Ok..sebenarnya aku pun tak dapat kenalpasti apa kelebihan kat blog aku ni. Nak kata, blog aku cantik? cantik lagi blog kanak-kanak riang yang lain. Blog kemas? lagi la bukan kan. Mungkin hanya anda-anda yang di alam maya ni, yang sudi membaca blog naif saya ni yang tahu apa kelebihan di blog saya ni??? kan? kan?

Blog saya!!! setiap dari huruf yang anda baca dari blog ni, adalah detik kata hati saya yang saya sampaikan melalui penulisan..mungkin itu adalah kelebihan blog saya, blog saya tak pandai menipu, blog saya tak hipokrit...

Tuesday, January 10, 2012

BEN ASHAARI : PESAN DIA IBUKU..

Assalamualaikum..



Jangan lupa klik banner kalau nak join ok???

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdulillah..akhirnya ada juga satu segmen abang Ben yang dapat aku join, untuk berkongsi sesuatu yang aku rasa agak bermanfaat untuk semua readers..

Mak..pesan mak dari aku kecik sampai lah umur aku yang dah mencecah 20 tahun ni, tak pernah berubah. Satu..hanya satu..dan yang satu pesanan ni lah yang mampu buat aku atau anak-anak yang lain insyaAllah sangat-sangat cukup buat mak senang hati.

Mak mana yang tak pernah nasihat anak supaya jadi pelajar yang cemerlang?pelajar terbaik? mak senang hati tengok anak-anak berjaya kan? macam tu lah mak aku. Tapi?

"Mak tak kisah anak mak tak pandai dalam ilmu dunia macam anak orang lain, mak lebih suka, mak lebih bahagia kalau anak mak berjaya dalam ilmu akhirat..jangan tinggal sembahyang,jaga aurat".




InsyaAllah..dengan berkat doa mak,,aku janji..aku akan belajar jadi anak solehah yang macam mak harapkan. Akan selalu aku titipkan doa buat mak di setiap butir bicara kala tangan ku menadah mengharapkan keredhaan dari Nya,yang telah mengurniakan seorang mak buat saya..PUAN FATIMAH BINTI YUSOF..

Anakmu,
NUR ARIFAH

Wednesday, January 4, 2012

Get ready nak perah otak!!!

Assalamualaikum


Ok..ade masa lagi ni nak taip entri, walhal beg nak balik ke tempat penginapan pembelajaran tak siap2 sampai ke sudah. Motifnya? tak nak balik kolej lagi. Tak puas lagi bermesra dengan banglo 5 tingkap ni.Wahh..malam tadi aku mimpi rumah aku macam rumah bapak nya Syamsul Yuosof tu la..

Pagi2 dah sentap, rupanya mimipi pukul 11.00 pagi!!! ngeh..ngeh..kena tipu. Dengan sape? dengan mimip sendiri..tunggu haku kawin dengan anak raja generasi ke 3030 nanti, baru mimipi boleh menjadi KENYATAAN...yeke?

Esok kita nak balik kolej dah. Nanti kita kena perah otak lagi. Perah sampai kering biar tak de satu ilmu pun yang aku blaja sem 3 ni ketinggalan.Ahhh...aku menaip sambil menipu lagi. Sila jangan percaya...

Perenggan ni, sumpah aku tak tipu.. Aku nak hidup bersemangat lebih sikit, nak blaja dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Kita nak jadi pandai lah..ayat skema jeng!!!..hampehh la kalau tak pandai2 jugak.

Kita dah nak masuk sem baru nie..tapi kita tak besor-besor lagi, shorty keding macam tu jugak..budak-budak kecik, mak bapak, akak-akak yg nak anak2 yang sihat dan tinggi macam model, boleh ikut kata saya..TERJAH SINI..nak pandai pun boleh TEKAN SINI..

" SEGMEN SIAPAKAH NAMA SAYA? "

Assalamualaikum..

Helloww..ada orang tak ni? tuan blog nak ajak join segmen ni. 
Ada hadiah menanti anda..ngeh..ngeh..

Klik lah banner comel kat atas tu kalau nak join yerr, sayangs???

Setelah meneliti doll cci yang comel ni, maka terdetiklah hati aku nak letak nama dia nie.................
CIK RED RIBBON BLOSSOM 

Harap-harap tuan doll menerima lah nama yang tak seberapa dari saya ni sebagai pemenang..Amin.......

Tagged :




Tuesday, January 3, 2012

Yeeey..esok saya tak nak pegi sekolah!

Assalamualaikum..


Mesti budak bawah 19 tahun dan kebawah sedang lena dibuai mimpi,jumpa boiprend baru kat sekolah kan esok? ehh..tak la..saya tipu je. Mereka sedang dibuai perasaan keterujaan la nak gi sekolah esok. Kenapa?

Sebab...........????

Pakai baju sekolah baru, lagi?
Pakai kasut baru, lagi?
Pakai beg baru, tu je? lagi?
Semua baru..yang lama?
Azam yang tak tercapai-capai lagi untuk tahun2 yang sebelom nya...hikhikhik...

Tapi kita tak pegi sekolah esok? sebab kita dah tua? tua, tapi baru 20 tahun..ngeh..ngeh..muda kan? muka pun tak kedut lagi sebab pakai SAFI RANIA GOLD yang Rozita Che Wan guna tu.

Yang tak pegi sekolah esok, dan yang mata masih menatap entri saya kali nie..jom kita skodeng SINI..

Menarik bukan? nak2 lagi yang suka makan sambil dapat voucher melambung lambung..tak gitu? saya gitu lah..ok..otak saya dah sentap dari menaip benda yang tak munasabah. Babai..muaaahhhh..Kalau baik jangan lupa...


 
© Copyright | All Right Reserved | Edit By SehijauBlogRA